Alhamdulillah. Tahniah diucapkan kepada Leez Rosli dan juga suaminya, Aepul Drama Band kerana telah pun menerima kehadiran cahaya mata sulung mereka. Bayi perempuan seberat 3.5 kilogram ini telah dilahirkan pada 4 April 2016 (Isnin) dan diberi nama Nur Safiyya Alisha. Leez telah menjalani pembedahan untuk kelahiran pertamanya ini.
Leez Rosli dan Aepul telah bergelar suami isteri selama setahun 5 bulan. Sebelum ini Leez pernah mengalami keguguran. Alhamdulillah rezeki mereka dimurahkan untuk menimang cahaya mata. Kata Aepul:-
Saya menemani Leez bersama semasa bersalin tadi. Bila pertama kali dengar suara anak sendiri, bergenang air mata kami jadinya. Betullah orang cakap perasaan itu (jadi bapa) tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Saya terharu bercampur gembira sampaikan menangis.
Sudah setahun lima bulan kami berkahwin dan sudah tentu semua pasangan mahu zuriat sendiri. Walaupun Leez pernah mengalami keguguran sekali sebelum ini tapi alhamdulillah akhirnya kami mendapat zuriat pada kali ini
Semoga dengan kehadiran Nur Safiyya Alisha akan menceriakan lagi kehidupan Aepul dan Leez. Tahniah diucapkan sekali lagi. Sumber Mstar Online.