(TAHNIAH)Kutipan Filem KL Gangster Melepasi RM10 Juta

Hiburan

(TAHNIAH)Kutipan Filem KL Gangster Melepasi RM10 Juta

kutipan filem KL Gangster

Akhirnya angka keramat RM10 juta yang cuba dilepasi oleh semua pengarah filem Malaysia telah pun dilangkaui oleh Syamsul Yusof, pengarah filem KL Gangster. Menurut Syamsul Yusof di dalam Pancaindera hari ini, kutipan filem KL Gangster kini hampir mencecah RM11 juta. Abang Nara cuma mampu mengkagumi kehebatan pengarah muda yang sangat berbakat ini. Respek bro!!!

Advertisement

Terharu sekejap Abang Nara membaca pesanan Tok Wan Syamsul Yusof di dalam Pancaindera hari ini:-

Tiada apa yang mustahil jika kau bersungguh-sungguh berkerja,ikhlas dengan niat yang baik.Yang lain kau serahkan pada DIA.DIA tahu kerja DIA.DIA Maha Adil.Orang nak cakap buruk tentang kita,biarkan.Orang mahu perlekehkan usaha dan hasil kerja kita,biarkan.Jangan melatah dan mudah naik darah.Fikir sebelum kau bercakap dan bertindak.Terlajak perahu boleh diundur.Terlajak kata?Berganding bahulah dengan Papa dan keluarga.Merekalah orang-orang yang tidak akan pernah jemu memberi sokongan dan akan terus membantu sampai bila-bila,walaupun sampai Tok Wan tiada.

Berita baik untuk kita semua, Syamsul khabarnya akan mengarah filem prekuel KL Gangster selepas sambutan yang sangat memberangsangkan ini. Kejayaan Syamsul ini sepatutnya dijadikan pedoman kepada pengarah-pengarah lain. Sesungguhnya filem yang baik pasti akan mendapat sambutan daripada penonton filem Malaysia. Tak gitu?

Kepada Syamsul, semoga terus maju dan terus berusaha membuat filem-filem yang mantap.

P.S: Kalau bukan Pancaindera, rasanya tulisan Syamsul nie ada kat BiPop. Sorry

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...