Written by AbangNara | January 14th, 2015

Tahniah buat Black dan isterinya, Cira atas kelahiran cahaya mata lelaki pada jam 7.48 malam semalam. Walaupun dilahirkan sebulan lebih awal daripada yang dijangkakan, pengarang hati buah jantung Black ini dilahirkan secara normal dengan berat 2.09 kilogram. Tahniah Black dan Cira.
black dan ciraBlack turut sama berkongsi detik-detik kelahiran anaknya yang lahir tidak cukup bulan ini. Kata Black:-

Alhamdulillah isteri saya sihat. Begitu juga dengan anak saya. Walau bagaimanapun kini anak saya masih ditempatkan di wad NICU yang dikhaskan untuk kanak-kanak baru lahir. Wad tersebut bukanlah untuk kanak-kanak yang kritikal.

Anak saya perlu ditempatkan di situ kerana dia lahir tidak cukup bulan dan perlu mendapatkan sedikit lagi antibiotik tambahan untuk mengelakkan dia terkena apa-apa jangkitan.

Tetapi kini Alhamdulillah kerana dia sudah boleh minum susu dan jika tidak ada apa-apa dalam sehari dua lagi anak dan isteri saya sudah dibenarkan keluar.

Air ketuban isteri saya pecah awal kerana terkena jangkitan. Dia sakit dalam dua hari juga. Selepas dua hari, petang semalam barulah rahimnya terbuka. Ketika lahir anak saya tidak menangis dan memberikan respon walaupun ditepuk.

Hampir 10 minit jugalah doktor yang bertugas berusaha. Ketika itu, saya rasa sangat resah dan 10 minit kemudian barulah terdengar tangisannya. Saya tergamam hingga tidak mampu berkata apa-apa.

Saya rasa terlalu teruja sehinggakan tidak berselera untuk makan. Manakan tidaknya, sekejap-sekejap saya akan menjenguk isteri, sekejap-sekejap saya akan menjenguk anak.

anak blackAlhamdulillah semuanya berjalan lancar buat Black dan isteri. Semoga si comel membesar dengan sihat dan sempurna. Insya Allah tak ada apa-apa komplikasi walaupun lahir tidak cukup bulan. Sama-samalah kita doakan. Selamat menjadi ayah dan ibu diucapkan kepada Black dan isteri. Sumber Media Hiburan.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

25 responses to (TAHNIAH)Black Timang Cahaya Mata Lelaki

  1. Peah says:

    nama..

    blackie?

    0

    0
  2. Kopisusu says:

    Tahniah????

    0

    0
  3. Mememe says:

    tahniah wt black & isteri.. Moga baby sihat & dimurahkn lg rezeki
    All the best for AJL.. Rezeki baby dpt juara..
    Semiga berbahagia until jannah

    0

    0
  4. Hitammanis says:

    Aikk bila kawin? Tak tau pun ! Tau2 je dh ada anak bini ..
    Melepas akakkk !

    0

    0
  5. Kemek Suhaiza says:

    habislah pasni tunjuk muka anak gelap gelita kene byk guna flash baru nampak!

    0

    0
  6. anita says:

    Nasib baik dah lama kawin. Kalau bunting pelamin tetiba beranak awal mesti kena fitnah dengan mulut kepochi. Sekian.

    0

    0
  7. ilya says:

    jahat sungguh mulut kamu kemek suhaiza. jangan kerana ayat kamu nanti sekelip mata Allah tarik balik kelebihan yg diberi.

    0

    0
  8. Anonymous says:

    tahniah black. wah…penyayangnya. smoga kekal hingga ke hujung nyawa.

    0

    0
  9. Anonymous says:

    tahniah..

    0

    0
  10. rara says:

    Tahniah Black& cira .. Semoga orang baru dapat memberi lagi kebahagian dalam family korang okay !

    0

    0
  11. Anonymous says:

    TAHNIAH

    0

    0
  12. eimza says:

    tahniah black…..jgn lupa tanggungjawab sbg bapa…….jgn lupa jg upload gambar baby…

    0

    0
  13. para para sakura says:

    Yang komen negative ni semua mulut puaka. sigh~

    0

    0
  14. CikTipah says:

    NARA ni reti tulis ke tak reti tulis blog… wakakaka!!! “pengarang hati buah jantung Black ini dilahirkan secara normal dengan berat 2.09 kilogram. Tahniah Black dan Cira”.

    PENGARANG HATI BUAH JANGTUNG??? APAKAH????? huhuhu..
    Bukan ke sepatotnye “Buah Hati Pengarang Jantung”? Ngok ngek NARA.. bweerkkk!

    0

    0
    • Anonymous says:

      mana taknye..keje kopipes blog org lain…bile nak buat ayat sendiri dah berterabur ayat..mcm gigi die jugak…hahaha

      0

      0
  15. CikTipah says:

    Tahniah buat black dan isteri. Semoga Isteri dan anak sihat Alhamdulillah.

    0

    0
  16. jangan hina says:

    @Kemek Suhaiza tak baik cakap macam tu. nanti tak pasal 2, anak mu warna seperti itu.

    0

    0
  17. MINACY says:

    hitam ke…. putih ke…. anugerah allah

    0

    0