Written by Bella | October 11th, 2016

Tahniah kami ucapkan kepada pelakon Zarina Zainuddin yang kini sudah berhijrah ke arah lebih baik dan kembali berhijab sepenuhnya sejak 30 September lepas.

Zarina memberitahu beliau mendapat petunjuk ketika menunaikan solat Subuh dan kini cukup selesa dengan penghijrahannya.

Entahlah, tiba-tiba apabila melihat anak-anak, terasa sayu di hati. Selama ini, ketika saya menunaikan solat, sukar untuk saya melakukannya dengan khusyuk. Bagaimanapun pada Subuh Jumaat itu (30 September), sewaktu solat, hati terasa sayu dan tiba-tiba pula saya menangis ketika sujud.

Saat itu, seakan-akan ada suara yang berkata, berubahlah untuk kebaikan. Kemudian saya berdoa kepada Allah, kenapa saya tidak mendapat hidayah-Nya, apakah saya jahat atau adakah hati saya keras untuk mengikut suruhan-Nya? Sedangkan, saya sudah berasa semua kesusahan, kesenangan dan kebahagiaan yang Allah beri.

Saya berdoa kepada Allah, saya tidak mahu apa-apa lagi kerana sudah serba cukup, mempunyai keluarga sempurna, anak-anak, suami dan madu yang baik, tetapi iman pula belum kuat.

Namun, Zarina tidak mahu bercerita lebih lanjut mengenai penghijrahannya itu kerana beliau masih baru lagi dalam langkah untuk menjadi wanita  Islam yang sejati. Pada masa yang sama, Zarina akui beliau risau dengan pelbagai ujian yang bakal beliau lalui pada masa akan datang.

Sejujurnya, saya selesa dengan perubahan ini. Selama ini, pengikut laman sosial juga sering mendoakan saya. Mereka banyak memberi sokongan. Cuma saya tidak berani untuk bercerita lebih-lebih.

Diharap saya dapat mengharungi kehidupan ini dan saya berdoa, sekiranya gagal, saya berharap Allah dapat membantu saya ke jalan yang lebih baik.

Alhamdullillah, kami gembira melihat Zarina yang kini sudah berhijrah. Memang benar akan ada ujian yang mendatang untuk mengetahui setabah mana hati kita, namun janganlah berputus asa dan mengalah. Berdoa kepada Allah SWT dan inshaAllah segalanya akan dipermudahkan.

Sumber Berita : BH ONLINE

12 responses to (TAHNIAH) Zarina Zainuddin Kini Berhijab Sepenuhnya, Padam Foto Tidak Menutup Aurat Di Instagram

  1. sentap says:

    alhamdulillah tp jgn sekejap2 cam sblm ni…ckp klo rasa nak pakai baru pakai…nmpk lg lawa bertudung penuh…

    yg kertu lain x nak ikut ke…
    jasmin hamid
    amelina
    raja ema

    12

    0
  2. Anonymous says:

    alhamdulilah..hrp d permudhkn sgalanya…cantik sungguh bla kak ina brtudung…

    6

    0
  3. Shhh says:

    Beruntung zarina ni..walaupun dia hidup bermadu, tpi dia sgt bahagia..mgkin sbb dia pandai jga diri..lgi2 lepas kahwin..dia tahu dia dh ambik hak org..mmg org dh cop dia perampas..sbb tulah dia sebaik2nya jg hbg dgn madu dgn anak2nya..suami dia betu2 bersikap adil..zarina lepas kahwin tk da kontroversi…walaupun dia berdepan dgn anak autism, bukan satu tpi dua…tapi dia thu jga family dia mcm na….lama gak kita nk tahu siapa suami dn madu dia..dia mg jujur yg dia bermadu….kalo kita pun sbgi ppn..kalo dapat suami yg baik, adil dn bertanggungjawab…dpt madu yg baik..sesapa pun sgugp bermadu..tu kalo dpt mcm zarina..kalo yg madu asik nk menghasut, dengki dgn madu lain..suami pulak tk adil..tu yg org takut nk bermadu..org lelaki mmg dia da hak berkahwin lebih..(kalo bab kahwin mmg lelaki suka)..mgkin sesetngah wanita dia izinkan..tpi mcm na nk handle diri kita dgn madu kita..nak ke madu ngam ngan kita anak2 kita..sy sendiri sbg wanita mmg tk blh kot..tk tahulah mcm na..tk berani nk ckp lebih..apapun teruskan istiqamah..

    43

    0
  4. Kojak.... says:

    pakai jubah tu baik..
    yg tak baik ketat dan tudung pendek…
    paham eh…!!

    0

    2
  5. aaakulahhh says:

    Alhamdulillah..semoga istiqomah

    0

    0
  6. wakawakaeheh says:

    nk pakai ke x pakai ke xde kene mngene ngn korg .. asal baru pki tudung je puji melangit expectation tahap gaban kalau boleh nk org tu terus pakai purdah rantai diri bawah basement ngaji 24 jam and nk saiko retis lain sume berubah ikut tekak korg ,

    acah2 bertudong alim je korg padahal kaki gosip mngumpat mmfitnah , wakakak

    0

    0
  7. maria says:

    alhamdulillah. benda baik kita raikan. moga terus kekal menutup rambut, dan moga pembaca yg masih free hair juga tergerak hati menutup rambut..bermula dr bawah, slowly belajar what are the dos n donts..jgn bash org pasal baju ketat dll..bila dah mula bertudung KERANA ALLAH slowly Allah akan gerakkan hatinya utk menutup yg lain2 juga, insyaAllah.

    0

    0