(TAHNIAH) Yaya Maembong Selamat Bersalin Anak Pertama

Hiburan

(TAHNIAH) Yaya Maembong Selamat Bersalin Anak Pertama

Menerusi akaun Instagram suami kepada Yaya Maembong iaitu aktor Wan Raja, beliau memaklumkan isterinya sudah selamat bersalin anak mereka yang pertama.

Advertisement

Difahamkan bayi perempuan mereka dilahirkan semalam tetapi buat masa ini Wan Raja masih belum mendedahkan butiran lanjut mengenainya.

Mereka berdua menerima ucapan tahniah yang tidak putus diruang komen dan ada yang mendoakan agar ibu dan bayi berada dalam keadaan sihat.

Untuk pengetahuan anda, Wan Raja dan Yaya Maembong mendirikan rumah tangga pada 12 Disember 2014. Majlis mereka berlangsung dengan cukup meriah sekali lebih-lebih pada majlis resepsi yang ala-ala bangsawan Melayu.

Tahniah kami ucapkan kepada Wan Raja dan Yaya Maembong. Semoga dengan kehadiran cahaya mata ia dapat mengeratkan lagi hubungan anda sekeluarga.

Sumber Berita : Instagram Wan Raja

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...