Pengarah muda yang juga merupakan adik kepada Syamsul Yusof telah pun selamat bergelar suami kepada Aeisha Ustaz Zainal pada 5 April lalu dengan sekali lafaz. Majlis pernikahan telah berlangsung di Surau Tabung Haji, Kuala Lumpur kira-kira jam 9.50 pagi. Sebelum ini, pasangan ini telah pun mengikat tali pertunangan pada  23 Disember 2012.
Majlis resepsi Syafiq Yusof dan Aeisha akan diadakan serentak dengan abangnya, Syamsul Yusof dan Puteri Sarah. Jutaan tahniah diucapkan kepada Syafiq dan Aeisha atas perkahwinan ini. Walaupun masih muda (22 tahun dan 21 tahun), langkah berkahwin harus dipuji kerana mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.
Lagi beberapa gambar sekitar majlis pernikahan Syafiq Yusof dan Aeisha Ustaz Zainal dengan membaca artikel ini sepenuhnya.