Written by Bella | April 2nd, 2015

Pengacara popular Sarimah Ibrahim akhirnya telah sah menjadi milik Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar atau Tunku Jamie apabila sah bergelar suami dan isteri hanya dengan sekali lafaz.

Pihak pengantin perempuan telah menerima 7 dulang hantaran berbalas 7 juga hantaran kepada pihak lelaki. Sarimah telah menerima wang hantaran sebanyak RM 6,000. Pasangan ini telah dinikahkan oleh jurunikah Istana Negara, Ustaz Nik Ridzuan Nik Mohamad dan disaksikan wali iaitu bapa pengantin perempuan, Ibrahim Ahmad.

Majlis tersebut telah berlangsung di sebuah hotel terletak di ibu kota Kuala Lumpur dengan penuh adat melayu tradisional dan dihadiri oleh ibu bapa Tunku Jamie, Tunku Kecil Besar Tunku Datuk Mudzaffar Tunku Mustapha dan Tunku Dara Tunku Tan Sri Naquiah Tuanku Jaafar serta Tuanku Najihah Tunku Besar Burhanuddin, Tunku Ampuan Negeri Sembilan.

Ini adalah perkahwinan kali kedua buat Sarimah dan juga Tunku Jamie. Sarimah sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama jejaka Australia Andrew John Browning dan bercerai sekitar tahun 2008.

Tunku Jamie yang juga cucu kepada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-10 merupakan seorang duda yang tidak mempunyai anak.

Tahniah kami ucapkan kepada Sarimah Ibrahim dan Tunku Jamie. Bertuah Tunku Jamie kerana dapat memperisterikan seorang wanita yang jelita pada pandangan kami. Semoga perkahwinan anda berdua kali ini akan berkekalan sehingga ke anak cucu. InshaAllah.

Sumber Berita: Berita Harian

11 responses to (TAHNIAH) Sarimah Ibrahim Sah Isteri Tunku Jamie

  1. nana says:

    Congratulations to both of u

    0

    0
  2. Anonymous says:

    Tahniah dh kawin dh sarimah.
    Dulu awk sik melepak kat prince hotel.
    Now wat majlis pun kat sane..ok la 2
    Btw tahniah dpt ank raja u..

    0

    0
  3. cik mek molek says:

    Tahniah sarimahhh..

    sama cantik sama padan

    semoga berbahagia !!! :)

    0

    0
  4. Tahniah pada pasangan raja sehari. Sama cantik sama padan.

    0

    0
  5. suka komen says:

    tahniah buat pengantin “sarimah dan suami”
    semoga perkahwinan kli k2 ni akn kekal hingga kjannah dan dkurniakan putra dan putri yg comel…

    0

    0
  6. Anonymous says:

    GAMBAR KAHWIN SARIMAH DAH..MANA PERGINYA GAMBAR KAHWIN ISSEY KUMP.TITAN…ABG NARA..

    0

    0
  7. Tahniah..moga bahagia sampai ke anak cucu..

    0

    0
  8. Teddy Bear says:

    Tahniah..moga bahagia sampai ke anak cucu..

    0

    0
  9. baik sangka says:

    Semoga kekal hingga ke jannah….

    0

    0