Written by Bella | January 25th, 2016

Sebelum ini Rajah Farah menerima tomahan serta cacian daripada orang ramai yang menganggap beliau bercerai kerana tidak mampu memberikan zuriat kepada bekas suaminya Megat. Malah, ada pihak yang mengatakan beliau mandul.

Namun, kuasa Allah SWT itu tiada siapa mampu menghalang apabila Raja Farah disahkan hamil anak pertamanya bersama suami Iskandar Ismail. Berita gembira itu diketahui seminggu selepas beliau dan suami pulang daripada mengerjakan Umrah pada 18-29 Disember lepas.

Alhamdulillah kerana akhirnya keinginan untuk menjadi ibu dimakbulkan Allah. Saya hanya mengetahui diri saya hamil apabila membuat pemeriksaan pada 5 Januari lalu. Berita ini cukup menggembirakan saya dan suami kerana setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga pasti mengimpikan cahaya mata.

Diikutkan saya tidak pernah merancang apatah lagi mengharap kerana bimbang nanti diri akan kecewa. Saya sering memujuk diri mungkin masa untuk hamil belum tiba. Pernah juga terdetik di hati, apakah saya tidak mungkin mengandung tetapi berita ini melenyapkan semua perasaan sangsi itu.

Raja Farah tidak boleh menggambarkan betapa gembiranya beliau dengan kurniaan terindah ini. Buat beliau, ini adalah hadiah yang tidak ternilai selepas di uji dengan pelbagai dugaan dan cabaran sebelum ini.

Raja Farah sebelum ini pernah berkahwin dengan Megat Bashirun Qhuyum Zakaria pada tahun 2010 sebelum bercerai pada 25 Mei 2015.

Kemudian beliau bernikah dengan Iskandar pada 6 September 2015 selepas dua bulan berkenalan. Semalam, Raja Farah dan suaminya sekali lagi diraikan dalam satu majlis resepsi yang diadakan di Anjung Floria, Precint 3, Putrajaya.

Rezeki untuk mendapatkan cahaya mata ini semuanya ketentuan Allah SWT, kalau lambat tidak semestinya kita harus mencari kesalahan pasangan, sebenarnya Allah SWT hendak duga kesabaran serta kesetiaan kita. Siapa yang cakap Raja Farah mandu tu mesti korang terkedu baca berita ni bukan?

Sumber Berita: BH ONLINE

19 responses to (TAHNIAH) Raja Farah Sah Hamil Dua Bulan

  1. Dah jd mak says:

    Alhamdulillah..tahniah ye..

    0

    0
  2. Anonymous says:

    Alhamdulillah

    0

    0
  3. Anonymous says:

    Alhamdulilah. Tahniah jg diri n kandungan

    0

    0
  4. Rita says:

    Msa hamil pn bleh romen jgak mainlah sepuasnya raja farah oii jgan jubur sudah….

    0

    0
  5. Alhamdulillah..tahniah ye.

    0

    0
  6. Anonymous says:

    alhamdulillah tahniah

    0

    0
  7. mrs pip says:

    tahniah …. sweet ja raja farah ni …. hope kekal hingga ke akhir hayat :) …

    0

    0
  8. Anonymous says:

    Mungkin juga suami pertama dia dulu ada bermasalah… bukan Raja Farah ni. Sekarang ni…baru beberapa bulan kawin, dia terus mengandung.

    0

    0
    • gisele says:

      Sibuk ko ni nak keluarkan kenyataan yg mcm ni..ntah2 ex husband dia dulu xde masalah kesuburan pon..Allah cuma dh tentukan diorang mmg XKAN ada anak..

      0

      0
  9. Spice Girl says:

    Tahniah Raja Farah… sama kes spt sy juga… first married 12 thn xder anak pastu cerai… 2nd married… after 1 month kawen trus mgandung… Alhamdulillah rezeki dr Allah swt… berkat sabar selama 12 thn dulu d beri gelaran ppuan mandul dan bmcm2 sindiran dr bekas mertua… Apa2pun sudah d maafkan…Alhamdulillah :)

    0

    0
    • Mirai Suenaga says:

      12 tahun kata kau? 12 tahun lalu pun Raja Farah skolah lagi.

      0

      0
      • Spice Girl says:

        Ha Ha Ha Mirai Suenaga, tlg paham kan dulu apa yg sy tulis sblm nie… maksud sy sama kes ialah first married xder anak then cerai then 2nd married xlama pas kawen trus pregnant… yg 12 thn tu kisah hidup sy bkn nya Raja Farah :)

        0

        0
  10. Rasdam Mewangi says:

    Tahniah..

    0

    0
  11. Anonymous says:

    Alhamdulillah,tahniah..muka husben raja farah ada iras2 husben nabila huda la.

    0

    0
  12. Hannah says:

    Alhamdulillah,tahniah..muka husben raja farah ada iras2 husben nabila huda la.

    0

    0
  13. kikilala says:

    Alhamdulilah… Alhamdulillah… Alhamdulillah!! Tahniah Raja Farah.. Smoga perkahwinan kali ini dilimpahkan rezeki yg melimpah ruah serta anak yg soleh+solehah.. kepada kt luar sana yg kata Raja Farah ni mandul mereka silap!! kerana Allah Maha kuasa dalam ssuatu perkara!!

    0

    0
  14. makjemah says:

    Kepada ex husband dia… kesian.. lain kali jgn ingt Raja Farah tu mandul ya.. ntah2 si megat tu yg problem… btw tahniah Raja Farah!! untung dapat suami yg skrg ni.. nampak jauh lebih bahagia berbanding dgn suami sebelum ni!! happy for you! berkat org yang sabar…

    0

    0
  15. Karma says:

    Suka tengok pasangan ini, dua-dua mempunyai senyuman yang menawan..Anak keluar nanti mesti cantik dan kacak.

    0

    0
  16. Lazara says:

    alhamdulillah…masyarakat kita lebih suka menuding jari kepada pihak wanita..terdapat bnyk faktor dari pihak yg boleh menyebabkan pasangan tidak boleh mempunyai anak..contohnya kuantiti sperma kurang…sperma tidak berkualiti..sperma mati…

    0

    0