Di kala rakyat Malaysia sedang berpusu-pusu pulang ke kampung, Pierre Andre telah pun selamat melangsungkan pertunangannya dengan seorang gadis yang berasal dari Johor. Gadis yang berjaya mencuri hati Pierre ini bernama Nurhidayah.
Daripada gambar yang dikongsi oleh MIG Online, jelas terserlah kemeriahan majlis pertunangan Pierre dan Nurhidayah. Semoga segala perancangan mereka untuk mendirikan rumahtangga akan dipermudahkan selepas ini.
Khatijah Tan tentulah manusia yang paling gembira dengan berita ini kerana anaknya bakal bergelar suami orang tidak lama lagi. Tersenyum lebar Khatijah Tan bergambar di sebelah bakal menantunya.
Kepada Pierre Andre dan Nurhidayah, tahniah diucapkan. Cepat-cepatlah naik pelamin. Tak sabar kami nak melihatnya.