Written by Bella | August 2nd, 2016

Hampir 5 tahun bergelar janda, pelakon Ana Dahlia akhirnya telah mengikat tali pertunangan bersama anak pengarah Datuk Jurey Latiff pada 30 Julai lepas.

Pada awalnya Ana sendiri tidak menyangka bahawa majlis merisik itu akan bertukar menjadi majlis pertunangan beliau dengan jejaka bernama Mohd Ahsraf Jurey.

Meskipun pada saat akhir, majlis pertunangan mereka berjalan dengan lancar.

Asalnya hendak diadakan acara merisik sahaja. Tetapi, tiba-tiba ia bertukar menjadi majlis bertunang. Keputusan untuk bertunang dibuat tidak sampai seminggu dengan acara sebenar. Kebetulan, ia dilangsungkan dalam bulan Syawal yang penuh berkat.

Persiapan pun dibuat serta-merta termasuk mencari pelamin, katering dan kanopi. Malah pereka fesyen Ari Wedding Couture juga bersedia untuk menyiapkan pakaian bertunang pada minit akhir. Majlis berlangsung dengan gaya sederhana. Hanya ada pemanis daripada kedua-dua keluarga dan cincin tanda.

Majlis diadakan di kampung halaman keluarga Ana di Taiping, Perak, dengan dihadiri kira-kira 100 tetamu membabitkan keluarga kedua-dua pihak.

Berbicara mengenai percintaan mereka, Ana dan Ashraf berkenalan kira-kira setahun yang lepas di produksi milik Jurey Latiff.

Untuk pengetahuan anda, ini merupakan perkahwinan kedua buat Ashraf juga dimana beliau sebenarnya seorang duda anak tiga.

Perkahwinan ini nanti akan menjadi yang kedua buat kami. Saya sendiri pernah berkahwin sekitar enam tahun lalu. Dia juga bergelar duda dan mempunyai tiga anak. Ibaratnya saya akan dapat anak segera tak lama lagi.

Cuma setakat ini belum ada tarikh tepat kami akan berkahwin kerana bakal suami dan bapanya sibuk dengan kerja mengarah. Saya kini pun berehat daripada lakonan dan dapat memberi tumpuan penuh untuk kerja persiapan kahwin.

Ana Dahlia dan Mohd Ashraf merencana untuk mendirikan rumah tangga pada bulan Ogos ini ataupun pada awal bulan September depan.

Semoga segala perancangan mereka berdua untuk berkahwin berjalan dengan lancar. Harap perkahwinan kali kedua ini akan berkekalan sehingga jannah. Amin..

Sumber Berita : BH ONLINE

15 responses to (TAHNIAH) Pelakon Ana Dahlia Sudah Bertunang Dengan Anak Pengarah Jurey Latiff

  1. mak kuntum says:

    suami ke tiga buat ana la kan..yg 1st dulu cerai, lepas tu rujuk semula,..lepas tu baru kawin ngan chef riz tu..bukan la yg kedua

    0

    0
    • Peah Ronggeng aka PR says:

      takpelah mak kuntum..biarlah..barang yang lepas jgn dikenang..

      0

      0
      • kentut padu kicap dan minyak masak says:

        tahniah ana…
        cantik u berhijab

        0

        0
      • Anonymous says:

        mak kuntum boleh apply koje dgn abg nara…baru la info terkini….abg nara pun main ikut je info BH Online…copy paste bulat2

        0

        0
    • anonymous says:

      jangan suka menghina takdir orang wahai Mak Kuntum..nnati kena kat Mak Kuntum atau anak Mak Kuntum….baru nak paham apa itu takdir ke..

      ada orang bila musibah kena kat batang idung di katanya takdir kalau kena kat orang..dicaci selagi boleh…

      0

      0
  2. mak kuntum says:

    apa pun semoga berbahgia hendaknya perkahwinan kali ni, sekali gagal..dua kali gagal x semestinya akan gagal selama lamanya

    0

    0
  3. Dahlia bunga ana says:

    bukan dengan lelaki sado ke hari tu

    0

    0
  4. Latipah says:

    untung laaaa….tahniah….

    0

    0
  5. kakikucinghitam says:

    tak perlu kut tunang2 bagai mcm ni beria betul…. low profile je lg sesuai… yg ke-tiga dahh kut

    0

    0
  6. Anonymous says:

    Yup ketiga…

    0

    0
  7. Kaukuncicintaku says:

    Sukati dia la kakikucingitam oiii… ko jeles ke dia laku berkali kali…kakaka.. duit dia..lantak dia la…kali kespuluh pun ikut suka dia laaaaa…hua hua huaaa

    0

    0
  8. Toronn says:

    Laaa…. tunang dengan orang lain plak, abis tu dengan mat sado mata sepet yg sampai pegi bangkok sama-sama tu apa jadik??? Tak leh pakai Ana Dahlai nih..

    0

    0
  9. Anonymous says:

    kenapa yg kedua pula? bkn sebelum chef riz dia prnh kwin jg ke? takkan tak tau diri sendiri dah prnh kwin?? itu pun dia ckp sekitar 6 thn lalu.. sekadar pertanyaan. tiada niat apa2

    0

    0
  10. sentap says:

    klo dah cantik jap je kena sambar…yg anak dara gak tak kawin2….

    0

    0
  11. bunga says:

    tahniah ana..semoga berbahagia.

    0

    0