Written by Bella | May 11th, 2017

Tahniah kami ucapkan kepada bekas pelajar Akademi Fantasia, Nubhan yang kini sudah bergelar bapa. Isterinya, Afifah Hidayah telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan secara normal pada jam 9.45 malam 10 Mei 2017 di KPJ Seremban Specialist Hospital.

Berita gembira itu diumumkan oleh Nubhan sendiri menerusi akaun Instagramnya. Pasangan ini telah memilih nama Aafiya Kamilia buat cahaya mata sulung mereka.

Alhamdulillah kami sudah menjadi ibu dan ayah. Harapnya anak kami ini akan membawa bahagia dalam setiap langkah yang diatur. Indahnya rasa saat ini. Biar pernah diuji dengan keguguran awal tahun lalu, akhirnya rezeki kami tiba dengan kehadiran Aafiya. Doakan bayi kami sihat dan membesar dengan baik.

Semoga dengan kehadiran cahaya mata sulung mereka, keluarga Nubhan akan dilimpahi dengan rezeki dan kebahagiaan yang lebih lagi. Tahniah sekali lagi daripada kami.

Sumber Berita : BH ONLINE

6 responses to (TAHNIAH) Nubhan AF Dan Isteri Selamat Timang Cahaya Mata Perempuan

  1. Nota Nutrisi says:

    Tahniah Nubhan dan isteri. Selamat menggalas tanggungjawab ayah dan ibu. Semoga baby menjadi anak yang solehah, penyejuk mata ibu ayah.Aminn

    7

    0
  2. Anonymous says:

    Comey… Sama lak rmbut anak dgn ayah nya..

    2

    0
  3. belacan says:

    skali pndang si laki dkt bini dia tu…mcm bkn nubhan je..mcm “Lee Gang Kang Kung”..

    0

    0
  4. sakit mata says:

    Tahniah Nubhan dan isteri…

    1

    0
  5. sepaun says:

    comel, lebat lg rambut :) semoga membesar menjadi anak yg solehah & muslimah yg baik :)

    0

    0

Leave a Comment

Optional