(TAHNIAH)Noryn Aziz Kini Hamil 4 Bulan

Hiburan

(TAHNIAH)Noryn Aziz Kini Hamil 4 Bulan

Alhamdulillah. Setelah 4 tahun berkahwin, akhirnya Noryn Aziz telah pun disahkan hamil sejak Januari lalu. Untuk makluman, Noryn telah berkahwin dengan Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad sejak tahun 2010. Pastinya Noryn kini sangat teruja dan bahagia kerana impiannya untuk bergelar seorang ibu tercapai jua akhirnya.

noryn aziz hamil

Advertisement

Menariknya, Noryn telah mencuba pelbagai rawatan untuk membantu dirinya hamil. Kata orang, kalau berusaha pasti akan ada hasilnya. Kata Noryn menerusi Mstar Online:-

Sebelum ini macam-macam cara saya dan suami ikhtiar untuk mendapatkan zuriat namun tidak berjaya. Alhamdulillah usaha dan doa kami berdua akhirnya membuahkan hasil dan saya kini sedang hamil empat bulan dan dijangka bersalin pada September depan.

Alhamdulillah dengan izin Allah selepas beberapa kali melakukan rawatan itu saya disahkan hamil anak pertama selepas sekian lama mencuba mendapatkan zuriat. Saya juga banyak meminta nasihat dan pandangan daripada rakan selebriti seperti Nurul dan Betty Benafe kerana mereka mempunyai pengalaman

 noryn aziz mengandung

Tahniah diucapkan kepada Noryn dan suami atas berita gembira ini. Sepanjang kehamilan ini, banyakkanlah berehat dan kurangkan melakukan aktiviti berat. Semoga semuanya berjalan lancar sehingga hari kelahiran nanti. Sama-samalah kita doakan.

pts

P.S: Kami sudah berpindah! Temui PTS Media Group Sdn. Bhd di tingkat 4, Dewan Merdeka, PWTC sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2014
dengan tawaran dan diskaun menarik yang menanti anda. 

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...