Written by Bella | November 30th, 2015

Selepas beberapa tahun hidup sebagai seorang ibu tunggal, Nabila Huda akhirnya mengakui bakal menamatkan zaman janda dengan kekasihnya yang merupakan pengurus kepada restoran Kulcats sekitar bulan Disember ini.

Walaubagaimanapun, buat masa ini Nabila yang mesra disapa sebagai Abil enggan mendedahkan tarikh sebenar kerana banyak lagi urusan mengenai majlis perkahwinannya  belum selesai.

Abil juga berkata beliau tidak akan berkahwin secara senyap dan akan menjemput pihak media untuk menghadiri majlis raja sehari beliau.

Memang benar saya akan bernikah pada Disember ini. Namun, saya tidak boleh memberitahu tarikh pernikahan kerana banyak lagi urusan yang belum selesai.

Tunggulah sehingga kad diedarkan. Saya tidak akan berkahwin secara sembunyi, tetapi akan menjemput semua pihak termasuk media.

Nabila Huda sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama penyanyi  Eddie daripada kumpulan Tiga Swagger pada 6 Disember 2008 sebelum bercerai sekitar tahun 2011. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Keisha Laila yang kini berusia lima tahun.

Tahniah kami ucapkan kepada Abil, semoga perkahwinan anda kali ini berkekalan sehingga ke akhir hayat dan dilimpahi dengan kebahagiaan.

Sumber Berita: Kosmo!

32 responses to (TAHNIAH) Nabila Huda Akui Bakal Nikah Disember Ini

  1. Anonymous says:

    wow tahniah abil…suka sgt lkonan dia.. bella ko xde gamba lain ke nk taruk tuk 1 pic tu?

    0

    0
  2. pemerhati says:

    rasanya tak perlu la letak gambar yang seksi tu
    tolong la jaga ckit

    0

    0
  3. tahniah dh nak kawen dh

    0

    0
  4. Pekerja Gomen II says:

    Abang Nara tak perlu lah nak letak gambar macam gitu.. Boleh google gambar elok sikit tak? Ke ni dah memang koleksi gambar Abang Nara sendiri “P

    0

    0
  5. Anonymous says:

    sukaaaa sangat dengan nabila huda. dia punya lakonan terbaikkk!! sukaaa jugak tengok gigi dia.. sebab gigi dia cantikkk!! hihihi tahniah abil!! sy peminat awk!

    0

    0
  6. sotong hitam says:

    bermake up atau tidak, she is still pretty and sexy….semoga kali in mendapat pasangan yg dapat membawa abil ke arah yg diredhai…

    0

    0
  7. nok gebuzzz says:

    dlm byk2 artis aku paling suke tgk bibir abil,cantik n seksi

    0

    0
  8. Bella says:

    Tahniah Abil!!!!!!!! Akak suka sangat Abil berlakon.. and akak jeles sangat dengan hidung abil… saling tak tumpah macam hidung papa abil…

    0

    0
  9. mrs pip says:

    congrats ………. suka abil dlm aku balqis …

    0

    0
  10. melati says:

    Tahniah.. Nabila, .kalau kawin gan Laki org ???..gi mampos..

    0

    0
  11. Anonymous says:

    Kagum dgn lelaki yg nk jadikan nabila sbgai bini. Kagum juga dgn mak mertua yg nk amik dia jadi menantu. Bukannya apa, krn nabila ni byk kontroversinya, esp dr sudut sosial dan pakaian yg tidak sihat. Kalau nk ikutkan dr sudut islam, Nabi pun sarankan pilih pasangan yg beragama (elok tgkh laku, pakaian, solat etc) Semoga perkahwinan kedua ni berubahlh, jgn pulak semakin ke laut. Setiap manusia melakukan dosa dan sama2 lh kita bertaubat. Sekadar renungan dan penginsafan.

    0

    0
    • Nazli says:

      Memang kau patut rasa kagum dgn bakal husband & mak mertua abil. Sebab hati dorang lagu ikhlas. Jgn kau fikir kau cukup baik & alim sampai tak terima seseorang ats sebab kontrovesi bagai. Org macam kau yg patut rasa rugi..sebab tak rasa cabaran & ujian utk menerima seseorang yg kononnya kurang baik dpd keturunan kau. Tak payah soalkan rasa kagum kalau diri kau sendiri tak cukup kuat nak terima sesuatu yg kau / family kau boleh terima.

      0

      0
    • Chacha says:

      Lu comment mcm online pey ustaz ke ustazah eh! Mcm mane pey bagos! Nnt kene kat kau nye own generation baru tau. Org ckp pasal family kau baru kau tau! Comment tu maintain siket!

      0

      0
  12. Anonymous says:

    byk2 gambar c Nabila.. gambar sexy mexy nie gak c nara masuk kn.. ayooooooooo

    0

    0
  13. neutral says:

    jodoh dan maut ditangan tuhan,dari kita saja yg tentukan mcm mana nak menjalani kehidupan seharian….

    0

    0
  14. Anonymous says:

    Bakal hubby Dia is a Singaporean, Bakal
    Mil Pon Singaporean.

    0

    0
  15. Anonymous says:

    Boyfriend aka Bakal Hubby is a Singaporean yang menetap di kl yang run kulkats tu.So, Bakal family hubby semua Singaporean. Rasanya takde masalah utk family dierang Terima abil seadanya.

    0

    0
  16. noni says:

    aku suka lakonan dia,tp x berapa suka cara pakaiaan dia,,seksa je,,dh kawin nanti jaga aurat utk suami yea,,,,,

    0

    0