Written by AbangNara | March 7th, 2016

Setelah hampir 2 tahun mendirikan rumah tangga, akhirnya Misha Omar telah pun disahkan hamil. Jutaan tahniah diucapkan buat Misha dan suami, Firos Ezzwan Rosly. Untuk makluman, Misha dan Firros telah berkahwin pada 2 Mei 2014 dan mempunyai 2 orang anak angkat iaitu Muhammad Adam Emir, 10 dan Humaira Lateefa, 4.

misha omar hamil

Pastinya ini satu berita yang amat menggembirakan buat Misha Omar dan suami. Walaupun enggan mendedahkan usia kandungan, Misha telah sudi untuk berkongsi berita gembira ini dengan para peminatnya. Kata Misha:-

Saya tahu ramai yang mendoakan saya segera menimang cahaya mata namun saya tidak pernah memberikan tekanan kepada diri. Saya dan suami hanya berusaha, selebihnya kami serahkan kepada Allah.

Sebagai wanita, disahkan hamil adalah antara detik yang paling dinanti kerana ia menjadi permulaan yang melengkapi lagi hidup ini. Saya terharu kerana permulaan tahun 2016 membawa pelbagai kenangan manis dalam hidup ini.

Secara jujur, tidak banyak yang dapat dikongsi kerana semuanya masih terlalu baharu. Alhamdulillah pada permulaan ini, saya tidak berdepan dengan alahan teruk malah setiap urusan kerja berjalan lancar.

Suami antara insan paling gembira dan pada masa sama terharu apabila mendapat tahu saya sudah hamil. Dia begitu mengambil berat, malah layanan yang diberikan juga lebih istimewa membuatkan saya rasa diri dihargai.

Pengalaman mendidik dua anak angkat membuatkan saya tidak lagi kekok untuk menjalankan tanggungjawab sebagai ibu. Namun, pengalaman terbaharu ini agak mengujakan kerana saya bakal melalui sendiri apa yang pernah dilalui setiap wanita yang menjadi ibu.

Saya hanya mampu berdoa diberikan Allah kesihatan yang baik supaya dapat melalui detik ini dengan indah kerana zuriat adalah amanah yang menjadi pengerat kepada kebahagiaan dalam kehidupan berumahtangga.

misha omar mengandung

Tahniah diucapkan buat Misha Omar dan suami. Semoga segalanya berjalan lancar sepanjang kehamilan ini. Sama-sama kita doakan. Sumber Berita Harian.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

17 responses to (TAHNIAH)Misha Omar Kini Hamil

  1. minah jambu terlajak habis says:

    gemok Nye laki kau misha..

    0

    0
  2. Minah Jambu otak tahi says:

    Minah Jambu Bodoh

    0

    0
  3. Pramugari Yang Melampau says:

    Laki Misha ni pilot kan??? Macamana dia muat masuk kokpit???

    0

    0
    • sambil menguap says:

      dia bawa airbus. ko pernah naik x. dreber bas gumuk ko x pelik plak. adesss…

      0

      0
      • Sayur says:

        Airbus yg mana?? A330 ke A380??? Rasanya A380 tu pilot dia semua tua-tua belaka.. A330 kecik je kokpit dia..

        0

        0
        • Mimiloma says:

          Hubby dia batchmate my bf. Hubby dia bawak A330. Seat kat cockpit tu kan bole adjust , ape tak muat lak

          0

          0
  4. edda41 says:

    tahniah misya..

    0

    0
  5. missy says:

    Salam. Napa rambut misha mcm lelaki ah? Saya tngok mcm dia cukur je rambut dia tu.. mcm tomboy lah?

    0

    0
  6. Sabri Ali @ Nick says:

    Tahniah akak Misha! Suka lagi lagu-lagu akak daripada lagu-lagu nyanyian Faisampah Tahiq yang serba sampah itu!

    0

    0
  7. Der2016 says:

    Akhirnya tembakan mengena…Tahniah misha dan husband

    0

    0
  8. aj says:

    aku xmalas nk minat die nih! makin tua makin terdedah lak aurat nye. pastu konon2 nk stylo..pelissss

    0

    0
  9. Anonymous says:

    Untungnye laki tu.. Mesti sedap henjut misha.

    0

    0