(TAHNIAH)Memey Suhaiza Hamil Anak Kedua

Hiburan

(TAHNIAH)Memey Suhaiza Hamil Anak Kedua

Alhamdulillah. Gembira Abang Nara membaca berita mengenai kehamilan kedua Memey Suhaiza. Pelakon ini telah berkongsi berita gembira ini menerusi akaun Instagramnya dan memaklumkan yang kandungannya telah pun mencecah usia 6 minggu. Semoga segalanya berjalan lancar sehingga ke hari kelahiran kelak. Pasti Memey, Norman dan anak sulung mereka, Awishz teruja yang amat dengan berita ini.

memey suhaiza hamil

Advertisement

Berkongsi gambar imbasan kandungannya di bawah, Memey menulis:-

Doktor ckp sy mengandung 6 minggu Rezeki tak ternilai dr Allah ,
Hadiah utk suami tercinta, Adik utk #awishz, Cucu baru utk mak& abah + mak n ayah mertua sy? syukur ya Allah….

memey suhaiza hamil

Abang Nara suka melihat kegembiraan yang jelas terpancar di wajah keluarga ini. Semoga dengan kehadiran orang baru nanti, makin bahagia mereka hendaknya. Tahniah Memey dan Norman atas berita gembira. Banyakkan berehat dan tidak membuat kerja berat di awal-awal kehamilan ini. Semoga semuanya selamat. Amin.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...