Written by AbangNara | September 4th, 2013

Alhamdulillah. Pelakon Kuza atau nama sebenarnya Tengku Sariza Tengku Muzani telah pun memakai tudung sepenuhnya pada usia 40 tahun. Penghijrahan ini berlaku sejak hari pertama bulan Ramadhan yang lalu. Jutaan tahniah Abang Nara ucapkan kepada Kuza atas perubahan ini.

kuza bertudung

Kata Kuza kepada portal Murai:-

Saya mula berhijab ketika masuk bulan Ramadhan yang lepas. Niat saya tiada lain hanya kerana Allah SWT kerana bagi saya, sudah sampai masanya dan saya telah bersedia sepenuhnya untuk melaksanakan tuntutan agama ini.

Saya tak mahu ada yang ingat kerana fesyen dan trend sekarang sebab saya berhijrah. Sudah lama saya memasang niat, cuma mencari kekuatan diri dan cukup bersedia dan InsyaAllahsaya akan kekal dengan imej begini.

Lagipun umur saya sudah memasuki 40 tahun. Sesuai kiranya saya mendekatkan diri kepada Allah. Alhamdulillah, sampai saat ini Allah mempermudahkan urusan saya seharian dan tenang menjalani kehidupan dalam imej baru ini.

Saya mulakan dulu dengan melengkapkan solat lima waktu sebagai penguat saya untuk berhijrah. Syukurlah, tiada rasa macam cemburu tengok orang lain dengan pelbagai fesyen rambut. Saya sangat selesa dengan tudung yang saya pakai.

kuza bertudung

Bagus sangat Kuza nie. Ayatnya nampak cukup merendah diri. Yang penting kita berubah walaupun agak lambat. Abang Nara suka tengok gaya tudung Kuza. Tak ada lebih-lebih berfesyen. Kuza pun nampak lebih manis dan berseri-seri. Semoga Kuza terus istiqamah dalam hal ini di masa hadapan. Sama-sama kita doakan.

P.S: Kereta diesel vs Kereta Petrol

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

30 responses to (TAHNIAH)Kuza Kini Bertudung Sejak Bulan Puasa Lalu

  1. Anonymous says:

    ALHAMDULILLAH..Moga berbahgia di dunia dan akhirat.

    0

    0
  2. Anonymous says:

    bagus la kalau sdh sdr diri n sdh berhijab…kita sampai bila nk menongkat langit…umo pn dh nk masuk senja…pd retis y sudah hampir senja n x sado2 lgi tu..bila nk berubah…

    0

    0
  3. Anonymous says:

    Alhamdulillah..kalau boleh labuhkan sikit tudung tu…biar tutup dada..=)

    0

    0
  4. jibby says:

    eleh..skjp je malaon ni..lps ni buka blk punye la

    0

    0
  5. yumi says:

    Alhamdulillah..makin hari, makin ramai yg bertudung…moga2 ramai lagi artis yg ikut jejak untuk berubah ke jalan yg baik nie…

    0

    0
  6. Alhamdulillah, Koci suka Kuza ni sebenarnya, kalau dia berlakon penuh lemah lembut, alhamdulillah, Allah lembutkan hatinya untuk mengenakan hijab, sepatutnya daripada dulu, tapi takpe lah, yang lama tu kita jadikan sempadan, yang mendatang ni ditempuhi dengan keimanan. Gituh!! kemain kata-kata Koci.

    Tapi, bukan Koci nak gossip lah, satu dua yang pakai tudung, tutup kepala, hijab, 5-10 orang anak-anak baru datang ke dunia hiburan dan tayang kepala, tayang itu, tayang ini. Ughh… kadang-kadang, Koci sedih juga tengok perangai dorang, tapi nak buat camne, mungkin dorang tunggu umur 30++ untuk pakai hijab,

    dah la, kesian Nara, Koci amik limelight dia, Toodle!!

    0

    0
  7. SH says:

    Alhamdulillah…gambar iras Noor Kumalasari…cantik ..istiqamah dalam amalan dan tahniah

    0

    0
  8. nak nanges sebab santek sanad

    0

    0
  9. reeza says:

    Alhamdulillah….perubahan perlukan kekuatan dan perlahan-lahan Insyaallah..

    0

    0
  10. jeman jawa says:

    alhamdulillah..manis bertudung.. :)

    0

    0
  11. proudmalaysian says:

    alhamdulillah..moga terus istiqamah..dan moga dipermudahkan maksud aurat sebenar agar dijadikan panduan dan perbuatan..insyaAllah. doa utk diri saya sendiri dan pembaca/pengomen lain yg beragama Islam juga.

    0

    0
  12. Hmmm says:

    Alhamdulillah..tahniah kuza..kuza sedar peningkatan usianya menyebabkan dia mula mendekatkan dirinya dgn Allah.mmg hidayah tu dr Allah.tp kita kna cari hidayah tu.artis seusia kuza yg lain (xperlu la mention nama) wpn anda aggp blum smpai msa atau blum dpt hidayah,tp jgnla anda pkai pakaian yg melampau batas susila & paling memalukan,x seswai dgn usia anda.pkai pakaian yg sopan & menarik da ckup bgs.modern atau vogue nya sorg wanita bkn t’letak pd cra b’pakaian,tp pd minda.xda gna anda sggp tahan kejian masyarakat krn penampilan tp otak anda kosong..klo nk ckp artis mcm ni impikan glam mcm selebriti hollywood,rsanya artis ni ketinggalan zmn da kot sbb selebriti hollywood skrg xda yg mekap berkilo-kilo demi tutup flaw.dorg simple n presentable ja pn wpn atas karpet merah.

    0

    0
  13. abangcakau says:

    Abang ucapkan tahniah….tapi iman abang pulak makin tak lengkap tengok dada adik.
    Dulu abang hayati krindahan mahkota adik…srkarang dah tutup abang tertengok lagi lower pulak….
    Abang ikuf fitrah jer..tengok benda2 cantik
    Tsk gitu?
    Esok abang kena puasa sunat.bini abang lagi 2 bulan habis pantang.

    0

    0
  14. Alhamdulillah. Moga terus istiqamah. Seronok membaca bila, Kuza start dengan lengkapkan solat lima waktu. Moga ramai lagi yang mengikut jejak Kuza.

    0

    0
  15. wawa says:

    alhamdulillah..cantik sgt2…

    0

    0
  16. insan biasa says:

    alhamdulillah. maaf cakap sekarang ni ada artis pakai tudung tapi tak tutup aurat. ada beza pakai tudung dan tutup aurat. tak faham tanyalah ustaz atau ustazah.

    0

    0
  17. Dara says:

    Aku kenal sape ko Olga..

    0

    0
  18. huhuhu says:

    Alhamdulillah
    tahniah kuza sbb dh menuju ke arah kebaikan.

    Zaman skg mmg ramai artis yg dh mula bertudung, tp mcm2 gaya, colourful dan mcm2 fesyen bbelit2, mekap tebal berinci2..Apakah itu?
    Skg perempuan ni ramai yg btudung tp blm tentu jaga solat.

    Saya hrp semua wanita islam menutup/menjaga aurat, bukan hanya “tutup rambut” dan jagalah solat.

    “Org yg menjaga solat sudah tentu berpuasa, tetapi org yg berpuasa belum tentu menjaga solat”

    0

    0