Written by Bella | January 1st, 2017

Tahniah kami ucapkan kepada pelakon Julia Ziegler yang sudah sah bergelar isteri kepada seorang jurutera mekaninal iaitu Johan hanya dengan sekali lafaz,  dalam satu majlis akad nikah yang berlangsung  kira-kira jam 11 pagi tadi di kediaman keluarga pengantin perempuan terletak di Kampung Baru, Kuala Lumpur.

Julia menerima mas kahwin RM80 berserta tujuh dulang hantaran berbalas jumlah yang sama. Walaubagaimanapun, pasangan ini enggan mendedahkan jumlah wang hantaran.

Pada masa yang sama, Julia sempat meluahkan rasa syukur kerana majlis perkahwinannya itu berjalan dengan lancar.

Alhamdulillah segala-galanya berjalan lancar. Terima kasih dan semoga fasa baharu ini akan terus memberi keindahan berpanjangan.

Beliau lelaki yang satu kepala dengan saya dan antara kami pula memang cepat serasi. Mungkin kerana masing-masing berdarah campuran dan berfikiran terbuka, jadi senang untuk kami saling memahami.  Saya percaya, beliau jodoh terbaik untuk saya dan memang membuatkan saya amat gembira saat ini. Muka kami pun hampir sama, sehinggakan ada yang menyangka beliau abang saya.

Semoga perkahwinan yang dibina kekal sehingga anak cucu dan dilimpahi dengan kebahagiaan. Tahniah sekali lagi buat Julia Ziegler dan suami.

Sumber Berita : BH ONLINE

Kredit Foto : HVP Production

7 responses to (TAHNIAH) Julia Ziegler Selamat Diijabkabulkan Dengan Jurutera Mekanikal

  1. Rabun says:

    Gambar yang first tu, tak tau la sebab lighting dia kot, aku ingat part muka tu kerat dari gambar orang lain then tampal kat badan dlm gmbr tu. Haha sorry julia. but you loook gorjazzz!

    10

    0
    • minah latoya mulot longkang vazzzz says:

      Bagusla dapat mamat engineer. Kerja tetap, gaji tinggi. Handsome lak tu. Neelofa pun kena plih yg macam ni. Kalau cam si patah tu, ntah2 duk tumpang ko nye duit je

      6

      0
  2. Pekerja Gomen says:

    Satu kepala dan berfikiran terbuka??woww..

    0

    1
  3. shark says:

    Ayda Jebat kantoi ciplak lagu orang…

    https://youtu.be/xrYfcALZ14E

    0

    0
  4. m says:

    gmbar last tu cm che ta pulak..senyap2 dah kawen..cantiknya majlis ni. tahniah

    1

    0
  5. congrattts says:

    ini lah cantik semula jadi tak perlu dress kembang bagai pun dah lawa gila…tak perlu publisiti melebih2..yang penting dapat lelaki yg tak bergantung pada bini…
    handsome couple..tahniah Julia…

    3

    1
  6. mimi says:

    msti cantik n hensem anak dorang nanti…

    3

    0