Written by Bella | September 28th, 2015

Meskipun kes khalwat Shah Jaszle masih belum selesai selepas hampir dua tahun dibicarakan di mahkamah, nampaknya Shah boleh melupakan sedikit tekanan beliau dan merasa teruja apabila isterinya Hanis Husna kini sudah hamil empat bulan.

Memang tidak sabar menunggu kelahiran cahaya mata pertama. Saya sudah bersedia menjadi seorang bapa meski ramai yang cakap masa tidur akan kurang apabila ada anak nanti. Sekarang pun saya sudah biasa melayan anak-anak saudara di rumah.

Tambah Shah, beliau tidak akan mempunyai masalah untuk menjaga anak sendiri nanti dan bersyukur kerana rezeki beliau semakin murah selepas berkahwin.

Jadi rasanya tidak ada masalah untuk menjaga anak sendiri nanti. Syukur rezeki semakin bertambah selepas berkahwin. Malah dengan ada isteri di sisi, kehidupan menjadi terurus dan saya rasa lebih tenang.

Tahniah kami ucapkan kepada Shah Jaszle dan isteri, semoga segala persiapan menjelang kelahiran anak sulung mereka akan berjalan dengan lancar. Apa yang penting, Shah juga kena menjaga kesihatan ibu yang sedang mengandung baik dari segi pemakanan sehinggalah pergerakkannya.

Sumber Berita: Mangga Online

 

 

9 responses to (TAHNIAH) Isteri Shah Jaszle Disahkan Hamil Empat Bulan

  1. adudu says:

    tahniah yaa

    0

    0
  2. Mak Jemah says:

    bukan mmg isteri die dh pregnant ke masa nikah aritu???
    bkn nk mengate ke ape tp gmb nikah tu mmg nampak sgt die pregnant..
    Maaf kalau tersalah pandang…

    KBAI

    0

    0
    • Anonymous says:

      mungkin tu bju pinjam.. bersangka baik je!! kalau salah bole jatuh fitnah tau.. lg pun dia dh kawin..

      0

      0
    • Menjawab kpd mak jemah says:

      Mak jemah jgn mintak maaf sebarang sbb kenyataan awak berbaur fitnah
      Ingat dosa kita dgn manusia hanya terhapus bilamana kita minta maaf dgn manusia sendri
      Saya bukan peminat depa pun
      Cuma td saya perhatikan balik.. Baju tu di ambil pada angel yg salah..
      Mungkin kipas meniup baju tu dr sebelah so nampak kembong dr sisi nya
      Cuba perhatikan pic yg lain.. Kempis jer bajunya…

      0

      0
  3. nur kaseh says:

    zzzzzzZZZZZZZZZZzzzzzzzzz…(-+-)….next……

    0

    0
  4. minah jambu says:

    asek asek dailog > kalau ada isteri makan minum pakaian semua terurus n terjaga < ape selama ni idup terumbang ambing tido kt tepi jalan ke??? eeeeeee tk paham lah minah jambu ngan jantan2 ni semua huh ! ape2 pon tahniah bni tu dh ngandong ! semoga dapat anak kembar yeee..

    0

    0
  5. lin says:

    Setiap orang ada kisah silam. entah2 apa yang berlaku pada dia mungkin pernah berlaku pada kita pada masa lalu. atau masa hadapan nanti? Sebab tu mulut tu kena jaga. Jangan nanti korang yang kena, i mean nafsu tu stiap manusia ada. manatau one day korang pula yg termengandungkan anak dara orang. or maybe anak korang. time tu flashback la apa yg kuar dri mulut korang. nawuzubillahiminzalik. Doa kan baik suda. tak payah nak tambah garam tambah macam2 :) Muhasabah diri. People deserve a second chance

    0

    0