Written by Bella | November 24th, 2016

Empat tahun menyulam cinta, akhirnya pasangan Hazama dan Genervie Kam bakal diijabkabulkan pada bulan Disember depan.

Difahamkan Hazama dan Genervie akan menghadiri kursus perkahwinan pada awal bulan depan bertempat di Setiawangsa, Kuala Lumpur. Genervie juga kini dalam proses untuk memeluk agama Islam.

Memang saya berhasrat untuk bernikah dulu pada bulan depan. Diharapkan, dengan pernikahan itu akan mengelakkan fitnah dan cakap-cakap orang mengenai hubungan kami.  Alhamdulillah, dia (Genervie) pun kini dalam proses memeluk agama Islam dan keluarganya juga menerima saya dengan sebaiknya.

Menurut Hazama, majlis pernikahannya itu akan diadakan secara tertutup dan belum mempunyai sebarang rencana untuk mengadakan majlis persandingan, kerana menelan belanja yang agak tinggi.

Mungkin saya akan bernikah di masjid atau pejabat agama saja. Lepas nikah, saya akan maklumkan kepada semua orang di laman sosial.  Bukan saya tidak mahu menjemput ramai tetamu, cuma saya takut akan menjadi gementar apabila ramai yang datang. Jadi, saya akan memberikan video apabila majlis nikah selesai.

Orang ramai memang mengharapkan saya mengadakan majlis perkahwinan besar-besaran seperti dianjurkan beberapa teman lain. Bukannya saya tidak mahu berbuat begitu, namun ia tetap berbalik kepada keadaan ekonomi dan kewangan. Jadi, saya rasa lebih elok kami berjimat.

Sebagai selebriti, pasti peminat ataupun masyarakat akan bercakap serta mencetuskan spekulasi kerana Hazama cuma mengadakan majlis sederhana. Namun, Hazama enggan memikirkan tanggapan orang lain, apa yang penting beliau ingin mendahulukan perkara yang wajib dan pernikahannya itu sah.

Tahniah kami ucapkan kepada Hazama dan Genervie kerana bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi. InshaAllah segalanya akan dipermudahkan. Tidak apa lakukan majlis yang kecil dan berjimat bukan?

Sumber Berita : BH ONLINE

10 responses to (TAHNIAH) Hazama Dan Genervie Kam Bakal Berkahwin Disember Ini

  1. Najib says:

    Badan mantop…tahniah Hazama pandai ko pilih

    1

    0
    • Pekerja Gomen says:

      Bersederhana je Hazama….
      Mmg la kawen tu sekali je seumur hidup…
      Tp kalau lepas kahwin asyik bergaduh sbb bayar hutang kahwin…
      Silap2 terpaksa kahwin lagi… hehehe

      13

      1
  2. Anonymous says:

    Bkn nk ckp apa.. knape Sume gambar sama?? Peluk bahu?? Dia blom Islam.. tpi kite dh ajar2 pegang2.. esok2 dh kwin bile dia bgambar mcm tu dgn org lain tibe2 Hazama ckp haram lak.. mesti ler bini dia pelik.. dulu ko kmain peluk2 aku..

    31

    0
  3. minah jambu say no to DRUG says:

    betol tu hazama buat kecik2 aje suda yg penting nikah n kasi tetamu makan makana nyg sedap ala kampong gitu best…

    16

    0
    • NurMuslimah says:

      sokong, hazama…yg wajib itu penting, grand bagai nak rak kwin, klau lpas tu hutang keliling pinggang, tak guna juga kan…the most important thing, hazama kena bersedia utk mnjlnkn tnggungjwb sbgaia seorang suami yg akn membimbing bakal isteri utk mendalami ugama Islam, smoga istiqomah dan akan menjdi seorang islam dan isteri yg solehah, sya doakan smoga pernikahan yg akan di laksanakan akn dipermudahkn serta brjln dgn lancar…dan akan kekal hingga ke jannah…aminnn~

      9

      0
  4. Firdausi tnya mna pondan mak becok says:

    Dan dia jgela komposer Ezra Kong merangkak musician utk Hazama gk. Tulang belakang karier.

    8

    0
  5. Mat Ronggeng says:

    Sweet Genieve ni. Tahniah hazama . Selamat Pengantin baru. Semoga berkekalan ke anak cucu.

    5

    0
  6. kona says:

    nmpk tua genieve ni yer.

    2

    1
  7. Anonymous says:

    Lerr..tgk pada cara peluk bagai..aku ingatkan dah lama kawen.genevie ni kesian lah dia..spatotnya dpt org mcm ustaz don ke..bolehlah jd pmbimbing..ini..hmmmm…

    0

    0