Gile ah. Dah 45 tahun dah rupanya Halim Othman nie. Muka nampak macam muda lagi. Akhirnya selepas 45 tahun membujang, Halim bakal menamatkan zaman teruna trang-trangnya bulan Jun nie. Tahniah kami ucapkan. Dengar ceritanya bakal isteri dia berumur lebih kurang dalam 30-an. Kira oklah tue. Standard la lelaki kawin dengan perempuan beza umur 10 tahun. Tak gitu?
[note]Saya mengenali dia sudah 15 tahun tapi baru enam bulan kami betul-betul menjadikan hubungan tersebut lebih serius. Dia seorang yang mempunyai pakej yang sempurna sebagai seorang isteri dan kami saling lengkap melengkapi. Umurnya sekitar 30an, merupakan seorang ahli perniagaan dan cukuplah saya katakan dia orang Malaysia.[/note]
Dan untuk mereka yang merindui suara macho Halim Othman, anda bolehlah la layan Suria FM untuk rancangan Suria Breakfast dari jam 6 hingga 10 pagi. Secara ikhlasnya kami tak boleh dengar sangat suara Halim Othman nie. Terlalu macho untuk didengar oleh telinga kami nie. Lagipun style dia cakap agak lambat. Secara mudah dia bukan taste kami.
Oh ya, Linda Onn pun bakal turut serta dalam Suria FM bersama Halim. Tapi Linda amik slot petang dari pukul 4 petang sampai 8 malam. Alasan Linda meninggalkan Sinar ialah sebab dia rasa ketinggalan. Kesian jugak bila Linda cakap yang malam AJL tue baru first time dia dengar lagu Yuna dan lagu Aizad.
Pengajaran yang kita boleh amik dari kisah Linda Onn ialah jangan buat kerja di tempat yang tidak sesuai dengan jiwa anda. Kang hati mesti rasa memberontak. Buat kerja pun tak ikhlas jadinya. Yang paling penting ialah kepuasan diri sendiri. Hidup nie sekali je seumur hidup.