Written by Bella | June 15th, 2017

Tahniah kami ucapkan kepada penyanyi Hafiz Suip yang bakal bergelar bapa selepas setahun mendirikan rumah tangga. Isterinya, Nureffy kini disahkan hamil 11 minggu. Teruja dengan berita tersebut, Hafiz menerusi akaun Instagramnya telah memuat naik video sewaktu isterinya menjalani pemeriksaan kandungan.

Memang rasa sangat teruja apabila dapat tahu isteri mengandung pada beberapa minggu lalu. Kini usia kandungannya sudah memasuki fasa pertama. Saya nak kongsi berita gembira ini dengan semua peminat sebab itu saya memuat naik video tersebut di laman sosial biarpun kandungan masih awal.

Hafiz juga memberitahu beliau turut mengalami alahan yang teruk dan kerap muntah sama seperti isterinya. Namun, kini alahan yang dialami oleh Nureffy sudah berkurangan.

Assalamualaikum semua,Alhamdulillah syukur ke hadrat illahi.. #hafizsuipjourney #hafizeffyjourney

A post shared by hafizsuip (@hafizsuip) on

Alhamdulillah, alahan yang dialami Nureffy semakin hari semakin baik. Biasalah, pembawaan ibu mengandung yang sentiasa rasa mual. Malah, saya mengalami alahan dan muntah-muntah seperti dia. Sekarang saya perlu fikir tentang keadaan kesihatan dan menjaga makan minum isteri dengan baik.

Hafiz Suip dan Nureffy berkahwin pada 14 Mei 2016 dan bayi sulung pasangan ini dijangka lahir pada penghujung tahun ini.

Sumber Berita : mStar Online

10 responses to (TAHNIAH) Hafiz Suip Bakal Bergelar Bapa, Isteri Sah Hamil 11 Minggu

  1. Anonymous says:

    tahniah..semoga bakal melahirkan zuriat yang baik..amin

    1

    0
    • One direction says:

      Nape hafiz lagi ramai followers kat IG tapi org tak berapa komen??
      Nape ramona zamzam yg tak bape ramai followers org komen kaw2 bile kua cite dia pregnant kat blog??

      1

      0
      • zaynmalik says:

        gi mmpos la dgn romonazumzam ko tu . lama2 mnyampah lak eh dgn fanataik cm ko ni , obses xbertempat .

        2

        0
        • Linda Chunz says:

          Uiks. Rasanye one direction ni tak obsess pun, dia pelik psl tu die tanye. Lerr marah naw org atas ni

          0

          0
        • zaynmalik says:

          xde ape pun yg peliknye , klu berbilion org komen ramona tu skali pun , itu pun nk compare ke ? penting ke jumlah komen org

          nnt klu dorg branak , anak plak dicompare compare kan . teruk perangai

          0

          0
      • wekkkkkkk says:

        sbb kawen belacan + belacan mana ada lawa anak kan..mix2 jugk yg lawa..semua mix lawa kan..cer tgok nicol david pun lawa walaupun mak cina bpak india..blum lagi yg spesis lain..(spesis pun kena tgok spesis)..

        0

        0
  2. Anonymous says:

    Tahniah….

    1

    0
  3. Anonymous says:

    tahniah…

    0

    0
  4. cristial says:

    tahniah

    0

    0

Leave a Comment

Optional