Written by Bella | March 7th, 2017

Tahniah kami ucapkan kepada selebriti Hafiz Hamidun yang bakal mendirikan rumah tangga bersama seorang wanita berstatus ibu tunggal pada bulan Mei depan. Hafiz merencana untuk mengadakan majlis pernikahan sebelum tibanya bulan Ramadhan.

Bagi pihak saya, memang dirancang untuk menikah sebelum Ramadan dan majlis resepsi akan diadakan selepas raya tahun ini. Saya tak rancang untuk bertunang, sebaliknya mahu terus bernikah. Saya berdoa semoga perancangan saya untuk berkahwin kali ini berjaya… insyaAllah.

Hafiz dan bakal isterinya itu mula berkenalan sekitar dua bulan lalu sebelum merancang untuk berkahwin. Keluarga Hafiz juga tidak mempunyai sebarang bantahan dan merestui hubungan mereka. Walaubagaimanapun, Hafiz masih belum bersedia untuk mendedahkan identiti wanita berkenaan serta bilangan anak beliau.

Apa-apa pun, kami mendoakan agar segala perancangan dan persiapan Hafiz untuk mendirkan rumah tangga berjalan dengan lancar.  Semoga perkahwinan yang bakal dibina kekal sehingga akhir hayat.

Sumber Berita : mStar Online

24 responses to (TAHNIAH) Hafiz Hamidun Bakal Berkahwin Dengan Ibu Tunggal Mei Depan

  1. cik piNgu says:

    itu ajelah statement mamat ni… tp tak jugak kawin2.

    17

    0
  2. Anonymous says:

    Lama dah dengar cerita mamat ni nak kawin tapi tak kawin kawin jugak. Dulu dia dgn Heliza kalau tak silap. Mungkin dia takde aura utk dijadikan suami buat anak dara kot. Dapat janda pun oklah juga dari tak dapat kawin langsung…

    3

    10
  3. doa yg baik2 sajaa says:

    alhamdulilah… tahniah Hafiz.. semoga dipermudahkan segala urusan…

    9

    0
  4. Anonymous says:

    FARAH LEE KE?

    20

    0
  5. b-0-0-0-0 says:

    mat poyo
    sekian

    3

    2
  6. Fidot says:

    Dia ni gaya poyo ckit. x minat. hihi

    6

    1
  7. Cik bunga says:

    Baru nak cakap, farah lee ke?????huhu

    2

    1
  8. what a life!!! says:

    haritu macam dia pernah kluarkan statement bercinta dgn adiela ridzuan…ape cite bro???

    5

    0
  9. kepoci says:

    ostat wannabe

    2

    1
  10. Alahai says:

    Alahai hazif ngeko pun taknak d telam zaman juga. Nak kawen,kawen jelah takyah buat statement separuh kalo nk cite org hah bgtau janda anak brapa sapa nama kenal kt mane bru owg respek..kecoh lebi lah alahaii

    1

    1
  11. IbuTinggal says:

    Ibu Tunggal jer rezeki mamat poyo ni ??? …
    Boleh lah dari x merasa langsung….

    1

    8
  12. CPS says:

    alhamdulillah.. semoga diberkati..

    3

    0
  13. Anonymous says:

    Apis taknak kak rita ke??

    2

    0
  14. Anonymous says:

    ex gf kawin dia pun sibuk kluar statement ckp nak kawen.. x payah ckp pape..nak kawen..kawen jer lah..x payah heboh..benda ntah ke mana lagi..cite2 mcm ni la memalukan diri sendiri bila dgn org tu x jadi..dgn org ni x jadi..ni dgn janda kalo x jadi..nak ckp ape lagi..janda kaya oii..tokey cosmestic sape xnak kan..seksi bak ang..semoga berbahagia..

    2

    3
  15. Byie says:

    Wakakaka aku btl2 tau nk tgk nti sapa lah yg nk dgn c rita tu

    0

    0
  16. anon says:

    Kalau betol, respek dia ni. Anak teruna tapi memilih ibu tunggal. Tak mcm sesetengah yg bergelar ustaz yg dah tua & duk dakwah sana sini, tapi duk mengatur bini, pilih yg muda dara je… Cakap tak serupa bikin.

    2

    0

Leave a Comment

Optional