Written by Bella | August 12th, 2015

Sekitar minggu lepas, foto Diana Danielle yang dipercayai sudah hamil anak kedua menjadi topik yang sensasi di Forum Cari. Menerusi foto tersebut, jelas menunjukkan perut Diana yang sudah besar dan ia tidak dapat disembunyikan lagi.

Selepas lama peminat berteka-teki, akhirnya Farid Kamil telah mengesahkan isteri tercinta beliau kini sedang hamil cahaya mata kedua mereka.

Buat masa ini, Diana tidak mengalami sebarang alahan sepanjang tempoh kehamilan kali ini. Farid juga memberitahu beliau dan isteri telah membuat keputusan untuk tidak melakukan sebarang ujian imbasan untuk mengetahui jantina anak kedua mereka nanti. Farid mahu perkara tersebut menjadi satu kejutan buat mereka berdua.

Walaupun kandungan Diana sudah memasuki usia 5 bulan, pasangan berkenaan tidak belum lagi membuat sebarang persiapan untuk menyambut kelahiran bayi mereka lagi setakat ini.

Alhamdulillah, saya mendapat rezeki untuk kali kedua. Saya bersyukur kepada Allah kerana bagi saya merasai satu lagi peluang untuk memiliki cahaya mata. Alhamdulillah, kandungan isteri kini hampir memasuki lima bulan.

Saya tidak tahu jantina kandungan kedua dan tidak mahu tahu kerana kami berdua sudah bersetuju untuk tidak melihat jantina lebih awal. Kami terima apa sahaja jantina dan harap semua berdoa agar ibu dan kandungan berada dalam keadaan sihat dan selamat.

Alhamdullillah, makin bertambah besar lagi keluarga Farid Kamil dan Diana Danielle. Semoga segala proses ketika bersalin nanti berjalan dengan lancar. Lepas ni Muhammad dah tak boleh manja-manja sangat dah, kan nak jadi abang tak lama lagi. Hehe.

Sumber Berita: Tonton Extra

18 responses to (TAHNIAH) Farid Kamil Sahkan Diana Danielle Hamil Anak Kedua

  1. minah jambu says:

    ye ke !

    0

    0
  2. Anonymous says:

    tahniah! klu perempuan cun dah sepasang. mesti cntk mcm dd nanti. ank 1st dia pun nsem dah bsr nanti.

    0

    0
  3. Jemah tumpang lalu ye says:

    DD dah baik dengan mak dia ke belum? Tgk dr IG, byk gmbr family FK je.

    0

    0
  4. Memerhati says:

    2 weeks pregnant, cepat2 upload insta.. 5 months pregnant media kena cari hang….
    Biasala mula2 mommy teruja…. lepas tu media plak yang teruja…
    earrkkkkkkk………………….

    0

    0
  5. jojoyah says:

    so, no university degree then? tiada perkembangan genetik.

    0

    0
  6. Anonymous says:

    inilah akibatnya pakai seksi seksi tutup buah ada dgn bendera america bagai..kan laki kau tak bleh tahan sampai ngandungkan kau..dpt bayangkan diana di romos atas katil..

    0

    0
    • Anonymous says:

      apa punya statement dah. laki dia kot yg mengandungkan dia..so apa mslhnya??

      0

      0
      • Anonymous says:

        takde masaalah pun cuma..bukan laki sendiri je dpt jamah malah mata2 luar dah pun jamah dalam senyap.. secara halus..hehehe

        0

        0
        • Anonymous says:

          itu memang lah. tp statement tu ckp laki dia tak thn sampai ngandungkan dia… pointnya di situ. bukannya psl jamah mata laki lain. ko ni kluar tajuk pulak.

          0

          0
      • Anonymous says:

        apa apalah..kau farid kamil eh

        0

        0
  7. Anonymous says:

    kali ini dah takyah lari luar negeri…stay aje kat malaysia..universiti semua dah tutup utk kau..

    0

    0
  8. aiihh says:

    congrataz!!

    0

    0
  9. markonah says:

    yg ni baru la anak sah taraf.. oppppssssss

    0

    0
  10. adudu says:

    TAHNIAHHHH !

    0

    0
  11. cikgu cikgi says:

    barua semua ni…dah la la main dulu kau farid kamil sampai mengandung anak orng…lepas tu tunjuk baik konon

    0

    0