Written by AbangNara | December 13th, 2014

Jutaan tahniah diucapkan kepada Faralyna Idris dan Muhammad Fikri Abdullah yang telah sah bergelar suami isteri malam semalam. Majlis pernikahan pasangan ini telah berlangsung di  atas kapal Cruise Tasik Putrajaya. Pihak pengantin lelaki dan perempuan masing-masing menghantar 5 dulang hantaran. Untuk makluman, Faralyna dan Fikri telah bertunang pada Mei lalu selepas bercinta selama dua tahun.

faralyna

Majlis resepsi Faralyna dan Fikri akan berlangsung di Grand Ballroom The Place Once City, Subang Jaya, malam ini. Faralyna telah pun melahirkan rasa syukurnya atas kelancaran majlis yang berlangsung walaupun lokasi majlis pernikahan ditukar pada saat akhir. Kata Faralyna menerusi Berita Harian:-

Alhamdulillah di sebalik kekalutan dan minit akhir kami mengubah lokasi majlis perkahwinan, akhirnya semua berjalan seadanya. Terima kasih kepada keluarga yang banyak membantu melancarkan segala-galanya.

Setakat ini kami tak merancang lagi nak berbulan madu ke mana-mana. Keputusan berkahwin ini pun mengejut… secara tiba-tiba apabila Fikri ajak saya kahwin. Perkara baik, keluarga pun tak ada halangan. Mungkin tahun depan kami akan berbulan madu.

Ikut keinginan hati ingin ke Pulau Maldives. Tapi tak kisahlah mana-mana janji kami dapat luangkan masa berdua menikmati keindahan fasa awal perkahwinan. Soal anak pun kami tak ada perancangan. Terima saja rezeki jika ada dalam masa terdekat

faralyna

Selamat pengantin baru diucapkan kepada Faralyna dan Fikri. Semoga berbahagia ke akhir hayat. Semoga dimurahkan rezeki untuk cepat-cepat menimang cahaya mata. Tahniah!!!

19 responses to (TAHNIAH)Faralyna Idris Dan Muhammad Fikri Kini Sah Suami Isteri

  1. next? says:

    who???

    0

    0
  2. tukar topik says:

    kenapa ada iklan panties/seluar dlm kerawang kat atas tu nara hoi…eeee.

    0

    0
    • zairin says:

      Tak senonohkan tukar topik … ada yg bg komen mr roger kata ” sepender saper tersidai di atas tu …. boleh batal puasa … ” gatal betul mcm pervert pun ada jgk mr roger tu. Ada ke boleh dia tulis nanti “aauummm ” tapi terktawa lah jgk.

      Huduh lah abg nara. Cuba letak underwr org lelaki pula .. ntah apa2lah abg nara ni. Ambik iklan tu biarlah tngk cntent mcm mana. Letak syrt2 sblm nak masuk kat sini. Letak belah tepi ke atau sikit2 sudah lah .. ini berderet2 panties tu … Hari tu iklan V … ayat2 iklan tu sungguh memualkan …

      p.s. mr roger sedapnya mulut kata sy lurus bendul.

      0

      0
      • zairin says:

        Eh … lupa nak ucap Tahniah kpd pasangan pengantin. Semoga bahagia hingga ke jannah dan mndapat keluarga yg sakinah mawaddah dan warahmah. Aameen ya rabbal alamin.

        Selamat berbulan madu. Sejuk mata memandang, suka lihat suasana sederhana spt ini. Inang2 semua pun tutup aurat. Permulaan yg baik utk membina sebuah keluarga muslim. Semoga mndpt Rahmat dan Barakah dr Allah swt dlm melayari mahligai rumahtanggamu. Aameen.

        0

        0
        • dr drod peminat komen zairin says:

          zairin boleh berkenalan? zairin ni laki ke ppuan? sy ni minat sgt dgn setiap komen zairin.. umo bape? lulusan uni mane? keje ape? dah kawen ke? admire sgt dgn org yg boleh bertutur dgn logik n segala komen zairin xde yg pelik2 o yg xd terima hati ni..org mane? mak ayah keje ape org mane?

          0

          0
        • One Direction says:

          dr drod betina desperate !

          0

          0
        • jemah pkasam says:

          one direction…jeles ka xda org nk bknlan dgn ko? nk bknlan x smestinya nk blaki budusssss..

          0

          0
      • jemah pkasam says:

        mr roger angin sngugut tu,tu mroyan x pasal3.. layan org angin gitu,baik ko tdo..

        0

        0
    • mek nara says:

      spender itulah sumber pendapatan nak bayor insuran kete bmw dek non oiiii…spender bukan sebarang spender, spender datang dgn uwangnyer.hahaha

      0

      0
  3. Kak Limah says:

    Sape ni…? Tak pernah dengar pon….

    0

    0
  4. far says:

    sapa yg suka tgk dan ingat lagi cita asmara kat tv3 dlu kenal la sapa dia nie.
    minat gak kat dia…

    0

    0
  5. pink says:

    nape pengantin lelaki x buka kasut?
    nmpk kurg sopan la..

    0

    0
  6. Muhammad Hilmi says:

    Sape dr. drod tu?

    0

    0
  7. ohmybahasa says:

    nara,

    bukan Once City laa… One City…

    0

    0
  8. […] yang kini telah bertudung dan kedua, berita kehamilan anak pertamanya. Untuk yang tidak tahu, Faralyna telah mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Fikri pada bulan Disember 2014. Nampaknya ramai selebriti wanita yang mengambil keputusan untuk menutup aurat selepas berkahwin. […]

    0

    0