Written by Bella | August 16th, 2016

Sejak bulan lepas, ratu rock Ella sering memuat naik foto beliau mengenakan tudung di akaun Instagram miliknya. Ramai yang tertanya adakah beliau sudah menutup aurat sepenuhnya dan ada juga yang mendoakan agar Ella benar-benar sudah berhijrah.

Tidak mahu peminat terus berteka-teki, Ella mengesahkan beliau kini sudah berhijab sepenuhnya sejak bulan Ramadhan lalu.

Ella akui beliau merasa cukup tenang dengan penghijrahannya itu.

Saya mula bertudung sejak Ramadan lalu. Alhamdulillah, saya juga berasa lebih tenang kini. Malah, suami (Azhar Husaini Ghazali) juga gembira dengan perubahan ini.

Pada masa yang sama, Ella sempat meluahkan rasa syukur apabila keputusannya untuk berhijab mendapat sokongan dan komen positif daripada orang ramai. Ella juga memberitahu beliau akan cuba memperbaiki dirinya secara perlahan-lahan dalam menjadi seorang yang lebih baik.

Ramai peminat dan pengikut di Instagram memuji saya. Apa pun, saya masih Ella yang dulu. Bagaimanapun sebagai manusia biasa, saya cuba memperbaiki apa yang kurang.

Alhamdullillah, seorang lagi selebriti wanita yang sudah dibuka pintu hatinya untuk menutup aurat. Doakan perubahan Ella ini kekal sehingga akhir hayat.

Manis sungguh Ella bertudung bukan? Jom layan beberapa lagi foto Ella dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Sumber Berita : BH ONLINE

35 responses to (TAHNIAH) Ella Kini Sudah Berhijab Sepenuhnya

  1. hamba allah says:

    alhamdulillah. semoga istiqomah ye? and semoga bertudung bukan sbb nk jual tudung and jangan bukak tdg luar negeri macam org tuuu. apapun awak nmpk cantik & sopan :)

    0

    0
  2. mr.A says:

    Alhamdulilah.. mmbesar dgn lagu2 el, thaniah u are more beautiful now.

    0

    0
  3. HUH says:

    Alhamdulillah…akhirnya.
    Suka sangat tengok. Semuga ianya berterusan.
    Sebgaimana yg kita smua akui..solat, puasa, zakat fitrah, haji dan bertudung itu adalh tuntutan agama..sesiapa pun tdak boleh pertikaikan hukum tersebut.
    Cuma ialah kita sbgai hambaNya tidak terlepas dripd setiap dosa, kesalahan & kesilapan.
    Sya mngikuti perkembangan ella & the boys…kemudian bertukar pula kpd shima & the boys…tahun 1980an..nama ella & the boys meningkat naik…penampilan rock ella sentiasa mnjadi ikutan. termasuklah diri sya sndiri..oh itu hal yg dlu2..namun tetap mnjadi kenangan dan ingatan.
    benarlah kata para alim ulama hidayah tidak mngira siapa kita..namun kita perlu mncari ia trlebih dahulu. benar jugalah kata mereka…faktor umur akan mengatasi segalanya. cepat kita tersedar, itulah BONUSnya.
    saya juga sperti yg lain..pernah free hair,..buat rambut perang…rambut ala2 boy george…bercinta,..lupa nasihat bapa dan arwah emak..dgn adik beradik smuanya tdak kena,..pentingkn diri sndri..solat ntah ke mana…smua itu sya lalui semasa remaja. sya lupa Allah..pentingkan kawan2…namun apabila usia sya semakin meningkat, bapa dan emak pun semakin tua..sya lihat sedlm2nya,..sampai bila sya mahu hidup begitu…perlahan2 sya mulai solat..walaupun rasa berat yg teramat,..sya cuba berbaik dgn adik beradik,..kemudian sya bertudung. sya dekatkn diri kpda Allah..krna waktu itu sya rasa hidup sya amat sunyi dan asing sekali.
    dan kini..dan baharulah saya sedar, keluarga adalah segalanya…hidup akan sunyi tanpa iman didada..dekati Allah pasti beroleh ketenangan.
    sya bersyukur sangat. Thanks Allah.
    KIPIDAP KAK ELLA

    1

    0
  4. kutu says:

    ella rasaaaa….ella rasaaa…
    ella cantik sangattt…
    ella sukaa…hhahaha *tepuk bahu kawan sebelah

    semoga istiqamah…u looks pretty girl!!

    0

    0
  5. peminat Ella says:

    Beautiful!! Just..beautiful! and you look younger, too :) Moga istiqomah

    0

    0
  6. anonymous says:

    suka ella walau dah nak dekat 50an nampak macam teenagers lagi….love you Ella all the best to you…and to your lovely hubby jaga ella baik2 …sya suka sya suka …Ella

    0

    0
  7. Anonymous says:

    alhamdulilah…ella memg nmpk lagi cantik bla bertudung…moga pas ni bgi kesedaran pd retis y seangkatan ngan ella ni agar tredetik pintu hati dia org nk bertudung..

    0

    0
  8. sentap says:

    lagi lawa bertudung…cuma gedik manja yg dibuat2 tu kurangkan la dah senja2 ni…

    0

    0
  9. yanti says:

    masya Allah,, cantiknya… :D moga istiqomah

    0

    0
  10. peminat ella says:

    alamak cam mana nak “ella rasaa..ella rasa” sambil kibas rambut, tak apa boleh kibas tudung…melawak naa jgn mara

    0

    0
  11. Anonymous says:

    Business tudung coming soon..jual jubah manik2!!!

    0

    0
  12. Anonymous says:

    Dah kertu. Bersara terus pun ok gak!!

    0

    0
  13. loyalmalaysian says:

    pakai tudung biar la sbb ikhlas….bukan sebb dah tua dah beruban..jadik nak tutup uban pakai tudung…

    0

    0
    • Anonymous says:

      ok la tu beruban pakai tudung..kira dia sedar diri la..kalu beruban dia pegi warnakan rambut lagi teruk

      0

      0
  14. hcubeshop says:

    Ella nampak makin cantik berhijab^-^

    0

    0
  15. dina says:

    love u ella…..hidayah itu anugerah dari Allah kepada ella….

    0

    0
  16. melati says:

    hahahaha…pasni tak boleh lew perasan ala2 manja gituuuu…sebab rambut dh berhijab………!! tapi pasni kalo ader Tudung jenama Ella , mesti saya ludah punya…!!!!

    0

    0
  17. me says:

    ko dah kenpa melati…hati hitam.
    puiiiihhh lar…ikut orglah nak jual apa pun.
    ada dia kacau hidup ko ke…
    org lain jual tudung tu ada ke dia suh ko beli.
    marilah kita pakat ludah muka melati ni.

    basa manusia hati iblis

    0

    0
  18. david teo ciplak Zack Kapchai says:

    kenapa nara taik naik citer david teo ciplak karya kartunis gila2 Zack kapchai buat movie..cakap kaya tp kaya dgn curik idea org pui..masuk metro kut..

    0

    0
  19. Mak iti says:

    Alhamdullilah..semoga terus istiqamah

    0

    0
  20. chetaktaulah says:

    ambil pendekatan yg sempurna
    pakaian atas kepala hinggalah ke tapak kaki..
    di kalangan artis yg berhijrah..
    Mizz Nina, Noorkumalasari contoh yg baik..
    walaupun pastinya ada kekurangan dlm diri..
    sebab kita… solat unt jadi baik
    bukan… dah baik baru solat

    0

    0
  21. Aishwarya says:

    Syukur.saya gembira tgk kak ella.teruskan usaha perbaiki diri ya!

    0

    0
  22. Puteri_Laila says:

    isk.. dia bertudung xkena, xbertudung pun kena hentam.. cuba doakan yg baik2.. cukup setakat itu.. xperlu nak sindir pihak lain, xperlu sindir tudung la, baju koyak la.. kita check dl diri kita dah cukup lengkap tak tutupnya.. adik2, kakak2 kita, makcik2 kita, sedara2 kita, jiran2 kita, dah complete tutup belum…gi lah tegur.. jgn komen, ngata sbb berani dalam siber ja..

    pada kak Ella, semoga terus sukses dalam apa jua yg diceburi. Rezeki semua dari Allah S.W.T., yg penting berusaha. love u kak.

    0

    0
  23. Puteri_Laila says:

    isk.. dia bertudung xkena, xbertudung pun kena hentam.. cuba doakan yg baik2.. cukup setakat itu.. xperlu nak sindir pihak lain, xperlu sindir tudung la, baju koyak la.. kita check dl diri kita dah cukup lengkap tak tutupnya.. adik2, kakak2 kita, makcik2 kita, sedara2 kita, jiran2 kita, dah complete tutup belum…gi lah tegur.. jgn komen, ngata sbb berani dalam siber ja..

    pada kak Ella, semoga terus sukses dalam apa jua yg diceburi. Rezeki semua dari Allah S.W.T., yg penting berusaha. love u kak ELLA

    0

    0