Written by AbangNara | January 15th, 2015

Dalam sedang bersedih akibat keretakan rumahtangganya, Diana Rafar sempat berkongsi satu berita gembira berkaitan perubahan dirinya. Isteri kepada Zamarul Hisham itu kini telah pun bertudung sepenuhnya. Agak menarik juga perkongsian yang telah dilakukan oleh pelakon ini. Boleh dijadikan pengajaran dan iktibar buat kaum Hawa di luar sana yang masih belum mahu menutup aurat sepenuhnya.

diana rafar bertudung

Walaupun gembira dengan perniagaan dan kerjayanya, Diana Rafar masih terasa kekosongan dalam hidup. Kata Diana Rafar:-

Di sebalik dugaan hidup yang saya lalui termasuk kisah rumah tangga yang sering menjadi buruan, saya sedar ini semua ujian Tuhan untuk saya jadi lebih kuat. Saya barangkali gembira dengan perniagaan dan kerjaya, tapi ada yang bagaikan tidak lengkap.

Seperti kosong. Saya sendiri tertanya apa yang bermain di fikiran itu. Dan tanpa diduga saya tergerak hati untuk bertudung. Malah sebelum itu, saya jadi macam malas dan segan nak keluar rumah.

Saya bermula dengan mengenakan selendang dan rasa yakin diri untuk keluar rumah. Keesokan harinya, saya tanggalkan kembali selendang itu jadi janggal. Kemudian saya nekad mengambil tudung. Saya sedar kebahagiaan yang ditarik itu diganti dengan cara sebegini.

diana rafar

Setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmahnya. Mungkin di sebalik keretakan rumahtangganya, Diana Rafar menemui ketenangan dengan menutup aurat. Secara jujur, memang manis sangat Diana Rafar bertudung. Semoga ia berkekalan buat selamanya. Amin. Sumber Berita Harian.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

32 responses to (TAHNIAH)Diana Rafar Kini Bertudung

  1. cikikaka says:

    Alhamdulillah… Tutup aurat itu wajib.

    0

    0
  2. melati says:

    Hambar la kau ni kak anon purple.next!!!

    0

    0
  3. Chipsmore says:

    lepas cerai baru org tau kewujudan die balik…arrghhh sudah..ini semua tektik nak naik kan nama setelah berkurun lama tenggelam…

    0

    0
  4. Anonymous says:

    Pelik. Kat instagram both mention cam masih menyayangi. Tapi nak cerai. Ego lah korang ni

    0

    0
  5. kamal says:

    Alhamdulillah.. Penghijrahan yg baik nie. Lgpun dah ramai artis² Malaysia nie bertudung..

    0

    0
  6. aku says:

    Kalau aku laki takda duit pun aku blah…takkan nak tanggung dia plak kan..masa susah dan masa senang..tapi klu tak da kerja.tak usaha buat apa..kan suami kena beri nafkah. Skrg duit tu penting..jgn bohong lah..klu aku pun tak hingin tanggung laki yg tak kerja..kerja lah apa2..yg halal. Byk lelalki skrg tak kerja nak senang kahwin bini kaya..diana ni anak org senang

    0

    0
  7. Anonymous says:

    Korang semua kena tipu dek syiah pasal tudung. Tudung asal usul budaya Arab yg tidak wajib dlm Islam pd asal nya. Revolusi Khomeini menjadikan ia satu isu besar dimakna waktu itu syiah dilihat sbg kaum yg warak dan pengamal.Islam yg tegas. Lama2 baru lah tahu Syiah itu terpesong..tetapi perkara tudung tinggal kekal kerana ia sinonim dgn sikap Arab yg mahu ikat perempuan.Di Saudi, perempuan pun tak boleh pandu kereta. Agak ketara salah banyak manusia ini ttg Islam. Dlm Quran tudung rambut tidak dinyatakan langsung!

    0

    0
    • batu giling says:

      Dik bawa mngucap bnyk2 … apa yg adk cakap mmg sdah diwartakn sbg fahamn sesat olh Fatwa Keb. Dah lama ajaran sesat ni. Surah annur. Hadith pun dah nyatakn. Akak x boleh exlpain panjng2 sbb rasanya adk kena jumpa sndri ustaz .. ya syg. Agar ustaz tu sndri boleh prbetulkn akidah adik kmbali. Dik jgn bila kita meninggal dunia akhrat rugi. Adik blajar dr mana tahu Tafsiran dn isi kandungan Al Quran?. Al Hafiz yg blajar brtahun2 pun masih lg blajar. Dik kena ingt, kita ni umat akhr zmn fitnah dajjal dah kluar symptom2nya. Brguru dgn ulamak fuqaha yg kredibilitinya tdk blh dipertikaikn bkn ambil smbrangn. Dik boleh jatuh murtad

      0

      0
      • batu giling says:

        Dik klu ikut sejarah para sahabah, mrk blajar Al Quran ada sampai 8 thn baru blaja surah berikutnya. Bukan krn mrk tdk pandai tp utk betul2 mendalami dn mamahami Isi Kandngn Al Quran. Bgitulah telitinya mrk dn trlalu brhati2 krn takutkn Allah. Iblis sgt licik. Mrk bkn perdaya manusia dgn mmbenci AlQuran kpd siapa cintakn AlQuran ttpi memunipulasikn AlQuran scra halus dn licik smpi kita terkeliru. Jk bg mrk yg bencikn hukum Allah pula, AlQuran musuh no 1 bg mrk. Iblis adalh musuh nyata bg manusia. Prngkat awalnya Iblis adalh ketua malaikat. Jd dia tahu kelemahan2 manusia. Jgn kita jd spt Iblis.

        0

        0
        • batu giling says:

          Akak hrp adik mengucaplh kembali dn bertaubat nasuha. Jgn jd spt Iblis sesat lg menyesatkn org lain. Dik DUNIA BUKANLH KEHIDUPN KITA YG SBNAR KRNA SLPS KEMATIAN SHJLH, BARULAH BENAR2 PRMULAAN KEHIDUPAN YG HAKIKI BG MANUSIA. KEKAL ABADI KE SYURGA ATAU NERAKA. Dik kehidupn alam akhrat kekal tp dunia ni fana smentara shj. Klu dah sesat maknanya JGN harap Syurga Allah, Bau Syurga Allah pun tak dpt. Klu dah Terkeluar Akidah Jawapnya terus dicampakkn ke Neraka Jahanam. Wal iya zubillah min zalik. Dik ..Plz get help n repent .. mydear.

          0

          0
        • batu giling says:

          Dlm AlQuran dan Hadith ada nyatakn Kwajipan Mnutup Aurat. Mksudnya Menutup Sgala Keaiban diri dr bkn mahram bg org mukmin dr segi fizikal trmasuk suara perlu di rendahkn jgn menarik prhatian dan rohani cnthnya Akhlak. Tudung atau Selendang hnyalh satu istilah sbg ALAT bg menutup aurat trsebut. Mana ada org hndk memakai GUNI atau BALDI BESEN atau PLASTIK ALAS MEJA mnutup aurat fizikal mrk. Sudah tentu Tudung atau selendang lbh brsesuaian dn hndklah mngikut syariaat. Malah ank dn istri rasul pun menutup aurat. Adik pakai apa utk tutup aurat?. Syerknlh disini

          0

          0