Written by AbangNara | September 19th, 2013

Abang Nara sudah mendapat informasi ini beberapa minggu yang lalu. Namun kerana masih tiada kepastian, tak jadi ingin berkongsi berita gembira ini dengan anda semua. Namun hari ini menerusi portal GUA, pelakon Dazrin Kamaruddin mengakui telah pun bertunang dengan Amyra Rosli, yang juga merupakan seorang pelakon.

dazrin dan amyra rosli bertunang

Mereka berdua sudah pun berkawan selama 3 tahun dan Abang Nara rasa langkah pertunangan ini menunjukkan bahawa Dazrin adalah seorang yang mempunyai cita-cita dan masa depan. Kata Dazrin:-

Ya, saya sudah mengikat tali pertunangan bersama Amyra Rosli. Saya bertunang dengan dia pada 25 Ogos lalu. Saya dan dia sudah tiga tahun berkawan. Saya rasakan pertunangan saya dengan dia merupakan langkah seterusnya yang saya ambil setelah bersahabat dengannya dan juga sebelum kami melangsungkan perkahwinan

dazrin dan amyra rosli bertunang

Ditanya apakah ciri-ciri Amyra Rosli yang membuatkan hatinya terpikat, Dazrin berkata:-

Amyra seorang yang baik dan peramah. Dia pandai menjaga hati saya. Cara layanan dan cara dia menjaga saya membuatkan saya tertarik. Apa yang penting, dia merupakan seorang yang ‘family person’. Itu yang sangat penting bagi saya. Dia sangat rapat dengan keluarganya dan cara dia melayan keluarganya sangat baik dan bersopan santun. Dia juga sangat mesra dan melayan keluarga saya dengan begitu baik sekali

Sweet kan? Semoga hubungan pertunangan ini akan bersambung ke perkahwinan dalam masa terdekat. Berhati-hati melayari alam pertunangan, banyak cabaran dan dugaan. Kalau kahwin nanti, jangan lupa jemput Abang Nara. Hehehe. Lagi beberapa gambar pasangan ini dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

dazrin dan amyra rosli bertunang
dazrin dan amyra rosli bertunang
dazrin dan amyra rosli bertunang
dazrin dan amyra rosli bertunang
dazrin dan amyra rosli bertunang

41 responses to (TAHNIAH)Dazrin Kamaruddin Telah Bertunang Dengan Amyra Rosli

  1. Nureza Aida says:

    Eh, azlan tunang dah dengan ana! He3 #jodoh

  2. hani says:

    sepadan..

  3. NORA says:

    EN AZLAN AKAN MYESAL KALU X KAWEN NGAN SAYA… DIALOG DLM JODOH SEBLOM ANA KUAR…..HAHAHA

    LAST2 BTUNANG GAK…TAHNIAH

  4. kiki lala says:

    aiseyyy… apa2 pun tahniah…

  5. Mimi says:

    Gambar pertama tu, Ingatkan dia tunang dengan yang bertudung tu.

  6. sherry situ sana sini says:

    heh heh heh yg wanita di pertengan itu comel la..ada mcm muka si ana..haku rasa tu kakaknya

  7. breep2 says:

    my uitm clasmate…hihi..

  8. EE says:

    akhirnya berjodoh jugak mereka… si “ana” dalam cerita JODOH ni kan suka menangis.. nasib baik bukan dengan Catiyaaa… Hahaha… =D

  9. ti ceng says:

    cantiknye..cantiknye..

  10. mak c kina says:

    cathiya tu ok jugak…cme dlm jodoh tu dia gedik skit…tp aku suke dia dlm ‘cinta jannah’…mcm xde skrip je dia cakap…rse tampor je…

  11. anon says:

    Tak pernah dengar or tengok dua org ni, tapi handsome lah si lelaki tu.

  12. shirah says:

    laa, ak ingt dia ni pkai tdung, dlm warkah cinta, siap berpudah g..

  13. CPU PLUG says:

    anak cikgu yasmin ni dah bertunang lama dah oii..lambat gak korang hidu ye?..hahaha

  14. Anonymous says:

    nia ramadhani

  15. aku says:

    muka tunang dia mcm type2 pelakon indonesia…

  16. Tahniah.. says:

    Oh tidakkkk..hahaha

  17. Anonymous says:

    amyra rosli ni..yang berlakon citer cinta dan wahyukan dengan ustaz imam muda nazrul..kalau tak silap lah..pakai purdah…

    • mak c kina says:

      ye, dia la tu…tp jgn la taksub dgn drama…mne ada org pakai purdah nk jd pelakon…sme la mcm reen rahim yg drama dia pakai purdah tu (aku xigt tajuk dia)…rambut karat g..

  18. Anonymous says:

    pompuan nie bkn ke yg belakon ceta lagenda budak setan versi lisa lps accident tue???

  19. Tira says:

    sediiiiiiiiiiiiih gwa gwa sediiiiiiiiiihhhhhhhhhhhhhhhhhhh

  20. bukan peminat says:

    patut la jmpa diorg berdua kt pandah indah hari ru.rupanya tgh couple

  21. bukan peminat says:

    patut la jmpa diorg berdua kt pandan indah hari tu.rupanya tgh couple

  22. […] semua Namun hari ini menerusi portal GUA pelakon Dazrin Kamaruddin mengakui telah pun bertunang Read More This entry was posted in Entertainment and tagged Amyra, Bertunang, Dengan, Kamaruddin, Rosli, […]

  23. bedah says:

    Sebelum ni pon wartawan dah penah tulis, Amyra Rosli jelmaan Nia Ramadhani…. sbb wajah mereka mmg ada iras! dua2 cantik…

  24. dfgj says:

    masa aku tgk cietr jodoh tu aku dah tepiki pompuan ana ni paling cantik bukan si katiya tu..nape tak amik ana ni jd sbg katiya..tapi rupe2 kat luar dazrin btoi2 terpikat ngn dia..wahh suke sukeee..

  25. MAKB says:

    MAKB MAKB MAKB MAKB MAKB MAKB MAKB MAKB MAKB MAKB MAKB!!

  26. xoxo says:

    muka nak mcm nia ramadhani je..

  27. xyz says:

    sape amyra rosli?tk kenal pun…maknanya tak famouslah tu…..

  28. xyz says:

    sape amyra rosli?tk kenal pun…maknanya tak famouslah tu…..ada hati nak argue dgn fasha sandha

  29. […] (TAHNIAH)Dazrin Kamaruddin Telah Bertunang Dengan Amyra Rosli (40) […]