(TAHNIAH)Black Kini Sah Suami Kepada Naquira Yasira

Hiburan

(TAHNIAH)Black Kini Sah Suami Kepada Naquira Yasira

Jutaan tahniah Abang Nara ucapkan kepada Black atau nama sebenarnya Hanifah Md Hanafiah yang telah selamat bergelar suami kepada Naquira Yasira dengan sekali lafaz. Majlis pernikahan telah berlangsung kira-kira jam 12.06 tengah hari di Zebra Square, Kuala Lumpur.

black kahwin

Advertisement

Majlis ini telah disiarkan secara langsung menerusi rancangan Wanita Hari Ini. Isteri Black yang turut dikenali dengan nama Chira Khairi, 28, menerima mas kahwin sebanyak RM80 dan wang hantaran sebanyak RM12,000. Majlis ini telah dihadiri oleh lebih kurang 200 orang tetamu yang terdiri daripada kaum keluarga dan sahabat handai.

Black memberikan 7 dulang hantaran kepada pengantin perempuan berupa set penjagaan diri Bvalgari, sebentuk cincin Habib Jewels, beg tangan jenama Channel, set alat solek Lunasol Kanebo, sepasang telekung, Ipad mini, kain pasang dan sepasang kasut jenama Charles & Keith.

black

Majlis resepsi pasangan kedua mempelai ini akan berlangsung pada 14 September (esok), jam 8 malam bertemakan ala ‘Vintage Inggeris’, di lokasi yang sama.  Manakala pada 15 September (Ahad) pula akan diadakan jamuan keramaian bertempat di Padang PPR Kerinchi, Pantai Dalam, bermula jam 12 tengahari hingga 4 petang.

Semoga perkahwinan ini akan berkekalan sehingga ke akhir hayat buat kedua-dua pasangan mempelai ini. Tahniah sekali diucapkan. Selamat menempuh alam perkahwinan buat anda berdua. Kredit gambar Faisol Mustapha.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...