Written by AbangNara | June 7th, 2013

Jutaan tahniah diucapkan buat Amar Asyraf dan Arna Salleh yang telah pun selamat bergelar suami isteri pagi hari ini dengan sekali lafaz sahaja. Majlis pernikahan telah pun berlangsung di rumah pengantin perempuan di Bidor, Perak.

gambar kahwin amar asyraf

Amar Asyraf dan Arna Salleh nampak sama cantik dan sama padan dalam persalinan pengantin serba putih. Majlis pernikahan ini hanya dihadiri oleh ahli keluarga terapat sahaja tanpa kehadiran media.

gambar kahwin amar asyraf

Buat Amar dan Arna, selamat melayari bahtera rumahtangga. Semoga masjid yang dibina akan kekal bahagia sehingga ke akhir hayat. Sama-samalah kita doakan. Tahniah sekali lagi buat anda berdua.

P.S: Topi singa untuk si kucing

43 responses to (TAHNIAH)Amar Asyraf Kini Sah Suami Kepada Arna Salleh

  1. SentapSelalu says:

    Tahniah :)

  2. springwaltz says:

    Tahniah….!!!

  3. lalalalala says:

    tanniah..amboi makcik baju putih kemain ko posing…anyway congrats

  4. zz says:

    tahniah Amar…semoga berbahagia hingga ke hujung nyawa…#frust lagi#

  5. aton says:

    sekali nafas ke sekali lafaz?heheh

    • XOXOX says:

      hai aton,
      apa yg amar tulis tu memang betul. akad nikah/ijabkabul hendaklah dengan sekali nafas.. dan dia berjaya mengungkapkannya dengan sekali lafaz

      • ddd says:

        agama mane plak ajar akad nikah hendaklah sekali nafas? memandai2 je… tu agama melayu yg ajar..bukan agama islam..

        mungkin amar ni betul sekali nafas..tp ayat kau ‘akad nikah hendaklah sekali nafas’ tu tak betul

        • mulut puaka says:

          ah sibuk lah ko.. janji dia dah kawen… ko apa ada???? buret masam kote kecut????????

        • elley says:

          Betul..aku gi kursus kawen ustaz tu siap cakap ‘sapa ajar kamu nikah kena satu napas??’

          pandai2 jek. jadinye bodoooo

        • ersalina says:

          bongok la ko nih ddd!!!

          i love you abang zain hakimi!!!!

  6. Anonymous says:

    ooo zain…………

  7. Cikcumil says:

    Tahniahhh…. Luv u.. :'(

  8. mak lampir says:

    tahniah amar… camni la kite mahu..
    xyah ribut kabut, tayang serta mencanang tau2 je mendirikan masjid..
    InshaAllah semoga bekekalan hingga ujung nyawa…

  9. Anonymous says:

    huuuuu… ari tu izzue.. pastu amar asyraf pulak……. (T_T)

    congrate.. Amar and arna.. (dengan hati yg lara n frust sedikit)

  10. Zzzzzz says:

    tahniah….semoga isteri u teruih pakai tudung… x cabut2 dah…=)

  11. dinu says:

    errkk….pelamin ke tu?

    • kaki gosip says:

      inilah penyakit orang melayu….kalau buat pelamin meriah bagai…cakap membazir..tak buat pelamin pun nak pertikaikan juga…ish2…lantak diorg lah nak buat mcm mana pun janji dh sah bergelar suami isteri.ya wajib didahulukan sudah.

  12. sailormoon says:

    tahniah buat amar dan isteri…..
    semoga berkekalan dan bahagia hingga hujung nyawa…

  13. miss kiah says:

    baguih3 beserdehana dlm setiap pkara..cinta diam3..kawin biasa3 jep..kahwin x vouge xpe dik non..apa yg penting kehidupan selepas kahwin tu..xmcm si pojiah gout tu..glemer xhengat!

    • Anonymous says:

      dah pojiah ghous mampu…ape nk kesah…toksahkan pojiah ghous..anak tok mudim kampung kayan pun kalau mampu biorlah die nk glamer2… konsep sederhana tak sama bg sumer org…bg yg kaya raya setakat pelamin 3 4 ribu masih dianggap sederhana kot..

  14. minah jambu tukar kaler merah biru says:

    elehhhhhh bangga sangat la konon jadi suami ! kena control ngan bini tk kasi berlakon nanti baru padan muka !!!!! selamat menyondol !!

  15. xxx says:

    jeles lettew

  16. sheAyang says:

    Tahniah Amar & Arna. Semoga kalian hidup sejahtera sebagai suami isteri.
    Teruskan Berkarya. #ProjekRonggeng
    :)

  17. landak says:

    musim hero drama kahwin…

  18. pti sjok says:

    sesungguhnye aku sronok tgok org muda2 kwin cepat2. Tahniah & barakallha=)

  19. Anonymous says:

    taniah buat amar asyraf dan arna semoga bahagia kehujung nyawa

  20. […] (TAHNIAH)Amar Asyraf Kini Sah Suami Kepada Arna Salleh (42) […]