Written by AbangNara | December 26th, 2014

Jutaan tahniah diucapkan kepada A Rahman Hassan dan Fadhillah Mansor yang telah pun sah bergelar suami isteri malam semalam dengan sekali lafaz. Majlis pernikahan mereka telah berlangsung di Dewan Tun Hussien Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) kira-kira jam 9 malam. Pengantin lelaki telah menyerahkan mas kahwin berupa sebentuk cincin berlian kepada Fadillah manakala wang hantaran dirahsiakan jumlahnya.

gambar kahwin a rahman hassan

Seramai 400 orang tetamu termasuk rakan-rakan artis seperti Datuk DJ Dave, Datuk Jalaluddin Hassan, Rohana Jalil, Uji Rashid, Hail Amir, Salwa Abdul Rahman serta Den Wahab turut hadir untuk memeriahkan lagi majlis pernikahan tersebut. Pihak pengantin lelaki turut memberikan lima dulang hantaran iaitu beg, kasut, wangian, alat solek dan sepersalinan pakaian. Manakala pihak pengantin perempuan membalas lima dulang hantaran iaitu cincin, kasut, wangian dan manisan.

gambar kahwin a rahman hassan

Selamat pengantin baru diucapkan kepada Datuk A Rahman Hassan dan Fadhillah Mansor. Semoga berbahagia sehingga ke akhir hayat. Sumber Mstar Online.

P.S: Gambar-gambar sekitar banjir di Kelantan

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

19 responses to (TAHNIAH)A Rahman Hassan & Fadhillah Mansor Kini Suami Isteri

  1. HAMBA ALLAH says:

    SYUKUR DAN TAHNIAH. MOGA KEKAL HINGGA KE JANNAH. AAMIIN.

    0

    0
    • minah jambu tk suka hipokrit says:

      cinte 200 ratu ela ni wardina nagan Rashid sidik dua2 kayu nyampah minah jambu huh ! sape pengarah dia ni tk bagos betol !

      0

      0
  2. PINKY says:

    Alhamdulillah..cantik nye baju pengantin..warna pon sweet gitu..pernah jumpa Fadhillah ni depan2..sbb die ni makcik pada kwn aku..mmg cantik orgnye..walaupon dah berumur..

    0

    0
  3. Sara says:

    Alhamdulillah…
    semoga bahagia hingga jannah..aminn~~

    0

    0
  4. anon says:

    Tahniah….bagus rahman ni cari isteri yg hampir sebaya. Setengah lelaki tua nak anak dara je, mcm UAI yg sibok duk atur ke bini ….ape2pun jodoh pertemuan ditangan tuhan…

    0

    0
    • aaaaaaaaa says:

      hmm..tau pulok awak jodoh pertemuan di tangan tuhan. dah tu xpayah lah nak sebut2 UAI atur ke bini ke ape ke. dah memang tertulis jodoh dia ngn anak dara, cuba kalau datuk a.rahman hassan ni pun nikah dengan anak dara. orang akan mengata juga.

      *muhasabah diri

      1

      0
    • Anonymous says:

      Baguslah klu ko tau ayat ko tu…apepun jodoh di tangan tuhan…xperlu kot bagi contoh dgn menyebut nama org klu xpasti n jatuh fitnah…

      0

      0
    • kelas mengaji says:

      cakap mcm org x de agme…drpd ko ntah2 dah tue…x kawin2..x de org hingin kt ko..kalu ade pon.spesis nk pupus cm ko je..

      0

      0
  5. noname says:

    Ko dengki lettew.. Anak dare xnk dgn ko.. Mak dare yg sangkut.. X gituw..

    0

    0
  6. Anonymous says:

    sama era wan maimunah, ruminah sidek..

    0

    0
    • Anonymous says:

      ruminah sidek, wan maimunah lebih tua dari fadhilah mansor.
      yg samanya ialah mereka berkahwin semula di usia begini.
      semoga bahagia.

      0

      0
  7. kelas mengaji says:

    tahniah..datin lah ye.same cm i…tpi i datin mude..
    never mind..by the way..cntik baju datin.i suke..alun2 gitu kainnye..i like!!!!

    0

    0
  8. Tipah Kompang says:

    Barakallah dan tahniah.

    Selepas pemergian Almarhumah Maimom Mutalib (Al Fatihah), Datin Faridah Mansor adalah antara pelakon “Favorite” saya, yang boleh menyakitkan hati saya atau menghibakan hati saya dengan lakokannya.

    0

    0
  9. Anonymous says:

    semoga berkekalan hingga ke akhir hayat

    0

    0