Written by Bella | July 10th, 2017

Sudah menjangkau usia 25 tahun pada 6 Julai lalu, pelakon Uqasha Senrose memberitahu beliau kini sudah mula memikirkan soal jodoh dengan lebih serius. Belum mempunyai kekasih lagi buat masa ini, Uqasha juga berharap agar jodohnya akan dipermudahkan.

Iyalah, tahun depan saya sudah 26 tahun, jadi saya lihat sudah sesuai masanya bagi saya memikirkan soal jodoh dengan lebih serius.  Saya harap hal jodoh itu akan dipermudahkan. Saya tak menolak… InsyaAllah.

Sebelum ini Uqasha pernah bertunang dengan pelakon Ibrahim dan kisah percintaannya bersama kerabat diraja Pahang, Tengku Bakar pernah hangat sebelum ini.

Satu hari nanti pasti Uqasha akan bertemu dengan seorang jejaka yang tepat dan bersesuaian dengan dirinya. Teruskan berdoa dan inshaAllah jodoh itu akan tiba juga.

Sumber Berita : BH ONLINE

Written by Bella | July 6th, 2017

Video pelakon Daler Yusof yang secara tidak sengaja memegang bahagian dada Nelydia Senrose ketika aktres itu membrek secara mengejut sewaktu mereka menunggang motosikal bersama menjadi viral. Daler yang menerima kritikan daripada netizen bagaimanapun sudah tampil memohon maaf.

Susulan daripada itu, Nelydia menerusi portal Media Hiburan turut menjelaskan situasi sebenar yang berlaku dan pada masa yang sama tidak menyalahkan sesiapa atas apa yang sudah berlaku.

Waktu kejadian, itulah kali pertama saya menunggang motosikal, di kepala saya agak bercampur baur, fikirkan nyawa pembonceng, camera man di hadapan, keselamatan diri lagi memang buatkan saya langsung tidak sedar apa yang terjadi. Saya akui, dalam keadaan yang ‘terlalu’ berjaga-jaga saya terhilang sedikit kawalan dan berhenti secara mengejut kerana sedar ada bongol di hadapan.

Menurut Nelydia,  isu ini tidak perlu diperbesarkan lagi meskipun ia agak sensitif. Nelydia turut memberitahu Daler bukanlah seorang  yang suka mengambil kesempatan dan pelakon lelaki itu sudah pun menghubungi beliau dan memohon maaf.

Dia ada hubungi saya tetapi saya tidak ambil pusing tentang pekara ini. Bagi saya hanya salah faham. Saya sendiri tidak tahu sama ada ia benar-benar tersentuh atau hanyakerana angle video tersebut. Jadi bukan isu berat pun dan kami memang tiada masalah bersama.

Ada perkara yang kita boleh elak dan ada yang tidak. Apa-apa pun, harap selepas ini mereka berdua akan lebih berhati-hati jika ingin melakonkan sesuatu adegan didalam drama dan memuat naik video promosi agar ia tidak lagi mengundang fitnah dan kecaman.

Sumber Berita : Media Hiburan

Written by AbangNara | July 3rd, 2017

Niat di hati hanya ingin mempromosi drama lakonan terbarunya, namun tindakan Daler Yusof memuatnaik sebuah video ke laman sosial telah memakan dirinya. Di dalam video tersebut, Daler dilihat sedang menunggang motosikal bersama Nelydia Senrose. Akibat terkejut dengan tindakan Nelydia membrek secara mengejut, Daler Yusof telah secara tidak tersengaja memegang bahagian dada pelakon tersebut. Video tersebut telah menjadi viral. Akibatnya, Daler Yusof dikecam oleh para netizen.

daler yusof uqasha senrose

Ini adalah video yang telah menjadi sebutan ramai kebelakangan ini. Ramai yang turut sama melahirkan rasa “cemburu” dengan ketidaksengajaan Daler Yusof tersebut. Nelydia Senrose beb. Sapa tak cemburu kan?

 

 

Tidak lama selepas itu, Daler Yusof telah bertindak memadamkan video tersebut daripada Instagramnya. Pelakon itu juga telah tampil memohon maaf. Kata Daler:-

Sejujurnya saya memang tidak sengaja terpegang bahagian dada Nelydia ketika itu. Saya dengan rendah hati memohon maaf kepada semua yang tersinggung atau terasa hati dengan video itu. Memang tak sangka video yang saya muat naik pagi tadi menjadi viral dan menerima banyak kecaman”

Niat saya kongsi di Instagram hanya untuk mempromosikan salah satu babak menarik dalam drama tersebut. Terus-terang saya sendiri tak sedar babak akhir dalam video tersebut ada insiden itu. Selepas ini saya akan lebih berhati-hati dalam memuat naik sesuatu

daler yusof uqasha senrose

Biasalah itu bila naik motor dan terbrek sengaja mengejut memang boleh terjadi perkara sebegini. Diharap Daler dapat bersabar dengan kecaman dan kritikan netizen. Lepas ini sila lebih berhati-hati ketika upload sesuatu ke laman sosial. Periksa dulu 5,6 kali untuk mengelakkan sebarang kontroversi. Sumber Mstar Online.

P.S: Maaf tersalah taip nama pulak. Sepatutnya Nelydia Senrose, bukan Uqasha. Mabuk lemang lagi.

Written by Bella | June 16th, 2017

Drama Hero Seorang Cinderella bukan sahaja tertumpu kepada pelakon utamanya sahaja tetapi juga buat Uqasha Senrose yang membawakan watak antagonis iaitu Puteri . Kata orang, setiap kelakuan jahat Puteri yang selalu cemburukan kebahagiaan Nura Media lakonan Fazura  sangat memberikan kesan kepada penonton.

Pernah menerima pelbagai kritikan mengenai lakonannya, Uqasha meluahkan rasa syukur kerana akhirnya penonton sudah mula nampak bakatnya sebagai pelakon.

Alhamulillah, memang ramai terkesan dengan watak antagonis yang saya bawa dalam drama itu. Penonton mula nampak bakat saya sebagai pelakon. Secara tidak langsung juga dapat tutup mulut orang yang hanya bercakap tentang kisah peribadi saya sahaja.

Kadang-kadang sesuatu watak itu juga penting untuk menyerlahkan lagi bakat lakonan yang ada. Apa-apa pun, tahniah kami ucapkan kepada Uqasha yang berjaya membawakan watak dalam HSC dengan baik.

Sumber Berita : mStar Online