Written by serenity | August 16th, 2017

Sebelum ini, pelakon Shaheizy Sam telah diberikan notis muflis melalui sebuah akhbar oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Keratan akhbar notis tersebut telah menjadi viral di media sosial dengan kebanyakan Netizen mengkritik Sam kerana tidak menguruskan pembayaran cukai dengan baik.

Gambar: Star 2

Sam kemudiannya dikatakan berasa bingung kerana dia tidak pernah diberitahu oleh LHDN mengenai status muflis tersebut.

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya

 
Written by serenity | August 10th, 2017

Sekitar awal tahun ini, pelakon Izreen Azminda, pernah diberitakan sedang mengenali seseorang dan mempunyai kesediaan untuk kembali bergelar isteri.

20066876_469874583380763_3108140589414088704_n

Menyatakan hatinya sudah dimiliki, Izreen bagaimanapun tidak mendedahkan identiti lelaki itu.

 
Written by serenity | April 22nd, 2016

Sebelum ini, Black Hanafiah telah muncul sebagai Mentor untuk program televisyen realiti. Namun begitu Black banyak bercakap dan bergerak dalam program itu, sehingga dianggap ‘over’ oleh Netizen. Sehubungan itu, dia dikecam kerana dianggap berlebihan ketika mengendalikan rancangan itu.
 photo maxresdefault.jpg
Melalui mStar Online, penyanyi itu mendedahkan dia telah ditegur oleh bapanya berkenaan perkara itu dan itu ialah teguran pertama bapanya sejak tujuh tahun dia bergelar artis.

Selepas program Mentor Milenia lalu bapa ada telefon saya dan ingin berjumpa, ini pertama kali dia tegur saya secara serius dan memberi nasihat agar saya tidak membodohkan diri lagi seperti dalam program realiti berkenaan.

Saya sudah jelaskan kepadanya bahawa ia hanya untuk menceriakan program, namun dia tidak mahu saya dikecam oleh penonton.


 photo 12940266_156455708086182_1241779987_n.jpg
Dia juga berjanji kepada bapanya untuk tidak bersikap demikian dalam mana-mana program pada masa akan datang.

Sebagai orang tua saya faham perasaan dia bila lihat saya dikritik orang ramai. Dia juga terasa kalau orang kecam kelakuan saya.

Teruk jugalah saya kena ceramah dalam kereta oleh ayah dan mak sebab perkara itu.

Black telah muncul dengan album Black…Masih Di Sini yang memuatkan lagu hits sepanjang 2015 iaitu Teman Pengganti, Puisi Sang Dewi, Mana Mungkin, Si Putih Si Merah dan Takkan Terpisah. Dia juga akan muncul dengan satu single terbaru berjudul Anugerah Terindah yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.
 photo 12912369_456114611253873_706505216_n 1.jpg
Memang benar, dalam apa jua keadaan kita dinasihatkan untuk sentiasa bersederhana. Semoga ia jadi satu pengajaran bukan saja untuk Black, juga untuk semua pihak agar tidak over dalam mengendalikan program televisyen. Iyalah, bukan semua orang akan suka cara kita. Mujur juga Black mampu menerima teguran dan tidak melenting.

Written by serenity | March 30th, 2016

Tahun 2015 boleh dikatakan tahun kontroversi untuk Tasha Shilla apabila dia terkait dengan pelbagai gosip hangat. Antaranya, dia kecam kerana berpakaian seksi sewaktu bertemu artis Korea Jay Park. Dia juga dikatakan telah menyerang bekas kekasihnya, Hans Wong, di sebuah kelab malam atas sebab yang tidak diketahui. Di samping itu, dia juga dikaitkan dengan kontroversi gambar separuh bogel.
 photo 12751143_1689838011295307_533486772_n.jpg
Kepada mStar Online, Tasha memberitahu tidak akan berbicara hal peribadi sebaliknya hanya fokus pada kerjayanya tahun ini.

Tiada lagi cerita-cerita peribadi dan tahun ini saya mahu fokus kepada karier sahaja memandangkan tahun lalu saya banyak menolak tawaran berlakon.

Apa yang berlaku sebelum ini biarlah ia menjadi sejarah dan tidak perlu dikenang lagi.

Saya kini lebih matang dan banyak belajar tentang kehidupan jadi tahun ini dengan semangat dan azam baru saya ingin memperkukuhkan karier seni dan tidak mahu berfikir soal lain.


 photo 12716874_1065061496921501_333476390_n.jpg

Jika diikutkan saya sudah bersedia untuk berkahwin tetapi buat masa ini tiada calon dan saya lebih selesa solo selain memberi fokus kepada karier seni.

Saya kena lebih berhati-hati kerana pengalaman sebelum ini banyak mengajar saya agar tidak mudah terpedaya dengan lelaki.

Tasha di awal kemunculan pernah memenangi trofi Anugerah Bintang Baru Popular sebelum terlibat dengan pelbagai kontroversi. Sekiranya sudah sedar bahawa kontroversi bukan satu perkara baik untuk perkembangan kerjaya seorang artis, tahniah diucapkan kepada Tasha. Semua orang buat kesilapan dalam kehidupan mereka, yang penting kita belajar dari kesilapan tersebut dan cuba untuk memperbaiki diri.


 photo 1209637_1685410691729484_230583140_n.jpg

Rasai getaran dan keasyikan irama muzik asli dari akar Melayu ke mata dunia. Manifestasi dan apresiasi di dalam sebuah…

Posted by Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara on Tuesday, 22 March 2016

 photo General Banner 2.jpg

P.S: Best Buy World Malaysia kini sedang mengadakan jualan besar-besaran. Jika anda ingin mendapatkan 100% barangan authentic seperti minyak wangi, beg tangan, pencuci muka, dan kosmetik, anda memang bernasib-baik. Diskaun sehingga 70% untuk barangan kecantikan terpilih. Jom kita tengok sama-sama! Best Buy World