Written by AbangNara | March 30th, 2016

Selamat hari jadi, selamat hari jadi, selamat hari jadi Fasha Sandha. Alhamdulillah. Selamat menyambut hari lahir yang 32 diucapkan kepada Fasha Sandha. Semoga anda dikurniakan kekuatan, murah rezeki dan sentiasa berbahagia di samping anak-anak tercinta. Suka Abang Nara tengok kegembiraan yang terpancar di wajah Fasha walaupun baru mengharungi episod duka di dalam hidupnya. Tabah sungguh wanita yang bernama Fasha Sandha ini.
fasha sandha

Satu hari nanti, mana tahu akan hadir seorang lelaki yang dapat mengisi hati Fasha Sandha buat kesekian kalinya. Sama-sama kita doakan. Lagi beberapa gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

 
Written by AbangNara | July 13th, 2015

5 Julai yang lalu, Fasha Sandha dengan kerjasama jurumekap terkenal Mohd Redza atau lebih dikenali sebagai Chomel telah pun mengadakan satu kelas solekan bertempat di Podium Hartamas. Kelas solekan ini juga merupakan anjuran bersama Chinta Salon milik Fasha Sandha. Dengan tema ‘Cantik di Syawal’, seramai 32 orang peserta telah pun menghadirkan diri untuk mempelajari teknik-teknik kelihatan lebih menawan, cantik dan berseri-seri, lebih-lebih lagi di pagi Hari Raya.

fasha sandha kelas solekan

Abang Nara memang menggemari teknik solekan yang digunakan oleh Fasha Sandha. Ia tidak terlalu tebal tetapi tetap menyerlahkan kecantikan wajahnya. Orang kata nampak ‘natural beauty’. Sebagai seorang lelaki, Abang Nara akui takut melihat wajah para wanita yang bersolek tebal sehingga muka bertukar menjadi tidak dikenali. Percayalah lelaki sukakan wanita yang bersolek ala kadar.

fasha sandha kelas solekan

Ini merupakan kali kedua Fasha Sandha menganjurkan kelas solekan sebegini. Chomel merupakan jurumekap pilihan Fasha dan juga selebriti-selebriti lain seperti Datin Marlia Musa, Lisa Surihani, Diana danielle, Ziana Zain, Irma Hasmie dan Emma Maembong. Untuk kelas pertama dahulu, Fasha telah bekerjasama dengan jurumekap Deqsha. Fasha akan menganjurkan kelas sebegini setiap bulan bergantung kepada jadual pengambaran. Fasha juga menerima tawaran daripada badan-badan kerajaan untuk mengadakan bengkel solekan dan kecantikan. Pihak pengurusan masih dalam menyusun jadual untuk tahun ini.
fasha sandha kelas solekan

Jangan lupa untuk ikuti Instagram @FashaSandha untuk mengetahui bilakah jadual kelas solekan seterusnya. Lagi beberapa gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

 
Written by AbangNara | August 1st, 2014

Hari Raya adalah hari di mana seluruh kaum keluarga berkumpul untuk berborak, bermaafan dan bertanya khabar. Makin ramai yang ada, makin meriah dibuatnya. Gelak tawa, mencium tangan yang tua memohon maaf dan berpelukan dengan saudara mara yang sudah lama tidak berjumpa memang membuatkan kita rasa gembira. Itu yang buat Abang Nara tersenyum melihat keluarga Fasha Sandha. Memang jelas terasa kebahagiaan dan kemeriahan Hari Raya mereka.

hari raya fasha sandha

Pastinya tahun hadapan keluarga Fasha dan Jejai akan bertambah meriah dengan kehadiran seorang lagi cahaya mata. Fasha pun kelihatan sangat cantik berseri-seri seiring dengan usia kehamilannya yang sudah mencecah 6 bulan. Kalau tahun depan dapat ‘baby girl’ pasti akan lebih sakan raya Fasha. Abang Nara dah rasai sendiri keseronokan beli baju raya untuk anak perempuan. Lain macam ‘feel’ dia.

hari raya fasha sandha

Semoga kebahagiaan Fasha Sandha dan Jejai serta keluarga mereka akan berterusan sehingga ke akhir hayat. Apa pun di kesempatan ini, Abang Nara sekeluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada kesemua pembaca BeautifulNara. Maaf zahir dan batin diucapkan. Lagi beberapa gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

 
Written by AbangNara | May 26th, 2014

Alhamdulillah. Tahniah diucapkan buat Fasha Sandha atas berita mengenai jantina anak kedua yang sedang dikandungnya sekarang. Berkongsi berita gembira itu di akaun Instagramnya, Fasha memaklumkan yang seorang “baby girl” bakal memeriahkan lagi keluarganya. Untuk makluman, Fasha baru-baru ini telah melakukan pemeriksaan kandungan dan daripada situ, dapat mengetahui jantina bakal anaknya.

fasha sandha baby girl
Nampak gayanya lengkaplah sepasang anak lelaki dan anak perempuan untuk Fasha dan Jejai apabila lahirnya anak kedua ini kelak. Murah rezeki Fasha. Berita gembira ini dikongsi menerusi kata-kata di bawah:-

#kisahsemalam , dah siap for ABP tapi baby girl dalam perut buat perangai pulak. Pedih perut and tak selesa. Congrats to all the winners. Congrats @kakchambh and team #abpbh #abpbh2013. Tak lupa to my fav @aarondwiaziz @diyanahalik . U deserved it. Make up by my Fav @kasihcicie and dress by @ricorinaldi Yang paling penting sekali tq to my @welovefashasandha team. Love you

fasha sandha baby girl

Sama-samalah kita doakan agar bayi dalam kandungan Fasha Sandha membesar dengan sihat dan tanpa sebarang komplikasi. Seronoklah Fasha membeli-belah baju untuk si comelnya kelak. Bolehlah mula menghias bilik dengan warna pink. Pasti comel sangat-sangat. Hehehe. Abang Nara pula yang teruja lebih. Apa pun, tahniah Fasha dan Jejai atas berita gembira ini.