Written by AbangNara | February 27th, 2013

Satu langkah yang bijak daripada Shila Amzah. Putus cinta baru-baru ini nampaknya mengajar Shila erti kesabaran. Buat masa ini, Shila enggan memikirkan soal cinta dan enggan merelakan dirinya dirisik oleh sesiapa sahaja.

shila risik

Berkata kepada Berita Harian, nampaknya Shila telah redha dengan apa yang telah menimpa dirinya dalam perhubungan cinta antara dirinya dan Sharnaaz Ahmad. Kata Shila:-

Setakat ini saya tidak akan benarkan diri saya dirisik. Bagi saya, jodoh, pertemuan, ajal, maut biarlah Tuhan yang menentukan. Kita tidak mengetahui jodoh kita. Andai yang bercerai pun boleh rujuk semula. Apa yang pasti, saya mahu memandang ke depan. Dugaan yang Allah beri nampaknya sama besar dengan rezeki yang dikurniakan. Saya perlu lebih realistik malah kini saya sudah nampak hikmahnya.

Baguslah kalau begitu. Memang setiap kejadian itu ada hikmahnya. Semoga Shila lebih fokus terhadap kerjaya. Lagipun Shila masih muda. Tak perlu terburu-buru dalam percintaan. Pasti suatu hari nanti Shila akan bertemu jodoh yang paling sesuai untuk dirinya. Sama-samalah kita doakan.

P.S: Misteri cahaya dalam terowong di Jerman

Written by AbangNara | February 14th, 2013

Abang Nara janji selepas ini Abang Nara takkan update lagi cerita mengenai Sharnaaz dan Shila. Cukuplah ini sebagai entri terakhir mengenai mereka. Abang Nara yakin anda pun sudah bosan dan mungkin tidak ambil pusing lagi terhadap mereka.

sharnaaz

Bercakap kepada Harian Metro hari ini, Sharnaaz memohon agar membenarkan dirinya untuk mencari ketenangan dan mengecapi kebahagiaan seperti orang lain. Kata Sharnaaz:-

Tolong biarkan saya mencari ketenangan dan hentikanlah segala kontroversi berkaitan. Seboleh-bolehnya benarkan saya tenang seketika dan mengecapi kebahagiaan seperti mana orang lain dapat. Saya cuma nak bahagia… dengan atau bukan bersama Shila. Saya tetap mahu bahagia. Saya mahukan ketenangan dan jangan dikaitkan lagi isu itu dengan saya.

shila amzah

Dalam perkembangan lain, Shila Amzah telah mengeluarkan lagu baru yang bertajuk “Masih Aku Cinta“. Lagu ini ditujukan khas buat Sharnaaz Ahmad. Bait-bait lirik yang ada di dalam lagu ini memang menusuk kalbu. Nampak gaya Shila macam Taylor Swift pulak. Putus cinta je keluar lagu baru.

Semoga ketenangan dan kebahagiaan akan dapat dikecapi oleh Sharnaaz dan Shila. Semoga karier mereka dalam industri hiburan akan terus maju walaupun dilanda kontroversi sehebat ini. Teruskan perjuangan anda. Good luck and all the best.

P.S: Patung figura Superman yang awesome

Written by AbangNara | February 14th, 2013

Akhirnya, hubungan percintaan yang cuba dipertahankan oleh Shila dan Sharnaaz telah tamat. Memang sudah tertulis tiada jodoh di antara mereka. Namun begitu, Shila melahirkan rasa berterima kasihnya kerana Sharnaaz pernah hadir di dalam hidupnya.

shila tamat

Bagi Abang Nara, ini satu keputusan yang terbaik buat Shila dan Sharnaaz. Nampak sangat hubungan mereka tidak direstui oleh ibu dan ayah Shila. Jadi daripada merana di kemudian hari, lebih baik berpisah sekarang. Kahwin ini bukan satu perkara satu atau dua hari.

shila tamat

Kepada Shila, diharap anda tabah. Kepada Sharnaaz, jodoh anda pasti anda di luar sana. Anggaplah ini semua dugaan buat anda berdua. Apa pun Abang Nara harap Shila dan Sharnaaz akan lebih ceria untuk memulakan hidup baru mereka selepas ini.

shila tamat

Good luck and all the best. Lupakan kisah lama dan teruskan perjuangan anda. Semoga lepas ini kalau bercinta jangan dicanang sangat kisah percintaan anda.

P.S: Satu kejadian aneh berlaku di lebuh raya di Jerman. Menerusi rakaman video CCTV di atas, sebuah trak kargo telah terangkat selepas diterangi cahaya aneh. Adakah ini UFO? Makhluk asing? Cahaya aneh tersebut macam nak mengangkat kargo tersebut ke atas. Adakah ini benar-benar terjadi atau sekadar dongeng? Argh ~~ Rasa-rasanya apakah sebenarnya cahaya misteri yang dirakam menerusi di dalam video di atas tue?

Written by AbangNara | February 6th, 2013

Kasihan pula Abang Nara melihat apa yang sedang terjadi di dalam hidup Shila Amzah. Hendak diluah mati emak, hendak ditelan mati bapa. Pastinya sukar buat Shila untuk membuat keputusan yang akan memuaskan hati kesemua pihak.

shila amzah

Sebentar tadi, menerusi akaun Twitter miliknya, Shila telah meluahkan isi hatinya yang tidak mahu lagi di”over-protected” oleh keluarganya. Shila mahukan peluang untuk membuat keputusan sendiri dan berharap agar Sharnaaz dan ayahnya boleh berbaik-baik.

shila amzah

Kini, Shila berada di satu lokasi rahsia yang hanya diketahuinya sendiri untuk mencari ketenangan. Semoga kesempatan ini digunakan oleh Shila untuk berfikir semasak-masaknya sebelum membuat sebarang keputusan. Kepada Shila, tabahlah!!! Ramai yang sayangkan anda. Jangan buat keputusan melulu dan fikirkanlah masa depan.

catalyst vco

P.S: Banyak sangat kesan positif yang telah diakui ramai sekiranya anda mengamalkan Virgin Coconut Oil Catalyst. Dapatkannya sekarang dengan harga SEMURAH RM39.90. Buat tempahan sekarang dengan menghantar email ke lorongsetia8@gmail.com atau LIKE Facebook CantikBeautifulNara untuk info lanjut.