Written by AbangNara | January 29th, 2012

Akhirnya AJL26 melabuhkan tirainya dengan keputusan yang telah Abang Nara teka. Awan Nano berjaya merangkul gelaran juara AJL26 dengan Beribu Sesalan mendapat tempat kedua dan Karma di tempat ketiga. Satu keputusan yang bagi Abang Nara tidak ada kontroversi.

awan nano juara ajl26

Keputusan lain menyaksikan Hafiz merangkul vokal terbaik dengan lagu Awan Nano dan Alyah berjaya menggondol persembahan terbaik. Tahniah kepada semua pemenang. Sebentar nanti Abang Nara akan update gambar blue carpet AJL26. Tahniah sekali lagi.

Written by AbangNara | December 4th, 2011

Secara ikhlas, Abang Nara memang tak menonton Muzik-Muzik sejak Azwan Ali tidak mengendalikan rancangan tersebut. Katakanlah apa sahaja, namun bagi Abang Nara, Azwan Ali di zaman “keras”nya adalah seorang pengacara yang berbakat. Walaupun tidak lagi mengikuti Muzik-Muzik setiap minggu, namun Abang Nara tak pernah miss untuk menyaksikan Anugerah Juara Lagu setiap tahun.

juara ajl26

Kalau Berpacaran oleh (Shohaimi Mior Hassan Shohaimi Mior Hassan / Ana Raffali / Altimet)
Karma oleh Faizal Tahir (Audi Mok/Faizal Tahir/Audi Mok/Faizal Tahir)
Penakut oleh Yuna (Yuna/Yuna)
Sedetik Lebih oleh Anuar Zain (Edry Abd Halim/Edry Abd Halim)
Gadis Semasa oleh Yuna (Yuna/Yuna)
Awan Nano oleh Hafiz (M.Nasir/Budi Hekayat)
Cinta Muka Buku oleh Najwa Latif (Najwa Latif/Ika Latif)
Beribu Sesalan oleh Ning Baizura/Jaclyn Victor/Shila Amzah (Kevin Chin/Tinta)
Kekanda Adinda oleh Atilia & Monoloque (Monoloque/Monoloque)
Wanita Seluruh Dunia oleh Projek Pistol (Boy Clifford/Boy Clifford)
Sungai Lui oleh Aizat (Aizat/Anas, Aizat/Anas)
Kisah Hati oleh Alyah (Manusia Putih/Manusia Putih)

Ini adalah pendapat peribadi Abang Nara tentang 12 lagu yang akan berentap di final AJL26. Abang Nara tak pernah amik kursus mencipta lagu, lirik atau apa-apa yang berkaitan, namun Abang Nara agak kurang bersetuju dengan pemilihan beberapa lagu. Antara contoh, lagu Gadis Semasa yang dinyanyikan oleh Yuna bagi Abang Nara tidak layak untuk bertanding di dalam final. Begitu juga dengan lagu Cinta Muka Buku dendangan Najwa Latif.

Mengikut halwa telinga Abang Nara, lagu Pokok dendangan Hazama dan MUH lebih ada nilainya berbanding Cinta Muka Buku. Walaupun Abang Nara akui kekuatan suara Yuna semasa menyanyikan lagu Gadis Semasa, namun rasa-rasanya lagu Sixth Sense – Menyesal mempunyai kelebihan daripada segi lirik lagu dan melodi. Ini bukan bermakna Abang Nara anti Yuna dan anti Najwa Latif. Mungkin kali ini rezeki mereka untuk masuk ke AJL26.

Harap-harap AJL tidaklah bias dan pemilihan dilakukan benar-benar atas kriteria lirik dan melodi, bukannya berdasarkan populariti semasa penyanyi tersebut. Takut-takut nanti tercalar kredibiliti AJL. Apa pun ini sekadar pendapat Abang Nara yang naif dan tak berapa pandai muzik. Pendapat anda mungkin berbeza, jadi kongsi-kongsikanlah pendapat anda di ruangan komen.