Blog Hiburan Sensasi Dan Terkini Tentang Artis Malaysia

Scha kuarkan statement terbaru

Friday, January 22nd, 2010

Selepas kisah-kisah Scha yg sensasi tak hengat tu…baru tadi dia kuarkan statement kat FB. Luahan dari hati dan jantung Scha. Bila baca statement Scha ni terusss cair hati kami nak maafkan Scha. huhu.

Kami di BeautifulNara sedia menerima Scha macam dulu-dulu masa kitaorg minat Scha, kan kan?. tapi tahun 2010 tetap Lisa Surihani….yg tu jer takleh tukar hehehe.

Salam semua. oh dear God, this is my first update in 2010 , after so long , now i am back. how are you guys been doing?

first things first, i hope this year has been a good year for you guys. God has been nice to me , Alhamdulillah. I’ve been tested one after another and here i am now, a better, and wiser person. He has given me tests, and i have passed all the tests so far. i never thought i was this strong before. thanks to my family, friends and my fans. thanks for the support, thanks for being there for me.

terlalu banyak confusion and controversy lately, but i manage to handle it well. saya yang lalui semua masalah itu, saya yg melalui pengalaman itu. jadi segala pahit manis yg saya lalui, i know God will grant me something. Dia hanya akan uji hambaNya yg mampu dan kuat. Kita juga diuji dengan kesenangan dan kekayaan kadang2. but as long as we know what we doing, benda itu ikhlas dah benar, we heading to the right direction. Kalau salah, am sure Dia akan tunjukkan. semua org ada battle masing2.

Im sorry saya tak pandai berkata kata, what u see is what u get, nak bermadah atau berpuitis, itu bukan saya. im a straight forward person.what u read here is how i feel, tanpa berselindung, saya tak dilahirkan dengan mulut yg pandai berkata kata. anyway,segala yg saya lalui sebelum ini, telah mematangkan saya. kita tak perfect, sometimes we learn it the hard way, sometimes the easy way.i would like to take this oppurtunity to thank all my fans for the faith n support. i will better myself, i must learn.
bagi yg mula menghentam saya,saya tau kat dunia ni, tak semua org akan suka kita, kita takkan boleh puaskan hati semua org. saya minta maaf =) org akan terus bercakap,melabel dan sbgnya. biarkan mereka dengan dunia mereka. tp sekurang kurangnya, mereka masih ingat pada saya =)
untuk melemparkan kata2 tak enak pada saya, hmm itu pun satu kesalahan, terpulang. untuk menasihati, theres a right and better way to do it.
kepada peminat2 saya, saya nak ucapkan thanks again for being there when i needed u guys the most.terima kasih kerana menghargai saya dan bakat saya terutamanya !!!!

secondly, i was told that ada org diluar sana yg meniru profile saya sebijik, so pls be careful. kenal bahasa yg digunakan org itu, bahasa bahasa haus tu, hehehe bukan saya. u guys shud know how i talk right??

Awan Dania 2nd season almost finished. by next month saya akan habis shooting. Alhamdulillah saya akan sambung series baru pulak lepas tu. dan Alhamdulillah, another endorsement deal saya dapat.jadi duta lagi woot woot !!!! yeayyyy ! plus i cant wait to act in a movie after i finish the series. nanti saya will update movie apa, am sure you gonna love it =)
semuanya berjalan dengan lancar sekarang.hiccups2 tu, saya rasa its just unnecessary for me to take it seriously, apa yg penting, org2 terdekat tau apa sebenarnya yg terjadi. to me im very happy with my life now. Thank you God for all the tests, You have made me realize something. You grant me with rezeki, and happiness in the end. masih ada yg sayang dan percaya.afterall, saya faham kenapa kita diuji.

terima kasih di atas doa2 anda, kerana doa andalah, saya lebih gembira dan hidup saya lebih tenang.teruskan mendoakan yg terbaik untuk saya, doakan kebahagiaan,kejayaan dan ketenangan saya. last but not least, saya juga dinominasikan antara pelakon TV drama popular ABPBH 2009. thank you kerana mengundi, teruskan mengundi ok!!

Semua orang boleh give up, but to hold it together when everyone else would understand if u fell apart, thats true strength !

have a great weekend guys. be safe =) take care and hugs !!

sincerely,
Scha Alyahya

(GAMBAR)Scha Dan Awal Di Midvalley, Hampa Hatiku

Friday, December 11th, 2009

scha dan awal

Tidakkkkkkkkkkkkkkkkk ~~~ Kecewa hati kami apabila gambar Scha dan Awal berjalan-jalan di Midvalley Megamall dikeluarkan di forum Cari.  Hampa bukan sebab apa. Cuma terkilan kerana tidak sempat mengorat Scha. Nampaknya Awal sungguh pantas mengorak langkah cuba mencuri hati Scha selepas Scha clash dengan Fahrin.

Tapi kami percaya yang Scha dan Awal cumalah kawan biasa jer. Ala standard la seorang perempuan ditemani oleh seorang lelaki semasa bershopping membeli baju. Tak salah kan? Mungkin Awal pun tengah free masa tue. Jadi dia dengan rela hati menemani Scha berjalan-jalan di Midvalley.

Tapi tak ada yang salah kalau betul Scha ada sesuatu dengan Awal. Dedua pun tengah single mingle. Cuma harapnya kedua-duanya berkawanlah terlebih dahulu. Kenal hati budi masing-masing. Kalau rasa serasi barulah take it to another level. Lagipun kami dengar-dengar khabar angin yang Scha dan Awal nie memang suka bermesej sesama sendiri guna Blackberry.

Lagi gambar Scha dan Awal di Midvalley Megamall dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

P.S: Ingat lagi tak promosi XPAX Every Month Double Bonus XXL. Tawaran nie sah sampai 31 Disember 2009 jer tau. Pastikan anda dapat 6% bonus dengan minimum penggunaan sebanyak RM50. Maklumat lanjut leh gi lawat laman web XPAX.

(more…)

Scha Dan Fahrin Confirm Putus Cinta

Monday, October 5th, 2009

scha fahrin putus cinta

Uish. Terkejut kami dengar cerita putus cinta Scha dan Fahrin. Maklumlah sebelum nie nampak memang hangat. Nampak berapi-api cerita cinta diorang nie. Tapi semalam Harian Metro dah keluarkan cerita yang diorang berdua nie confirm dah putus cinta. Salah siapa agaknya ye?

Teori kami ialah wujudnya badi program Sehati Berdansa. Dulu dengan Linda Onn pun Fahrin putus cinta masa tengah host rancangan nie. Skang pun ngan Scha pun sama gak. Tapi ada berita panas yang kami dengar cakap sebenarnya Scha sebenarnya bercinta dengan Awal Ashaari. Gosip jerlah tapinya. Betul atau tak kami tak tau.

Kesian kat Fahrin. Bukan senang nak dapat awek selawa dan sebaik Scha nie. Inilah orang kata bercinta bagai nak rak. Kalau dah tak ada jodoh, memang tak boleh buat apa-apa. Mungkin ada silap kat mana-mana antara mereka berdua nie. Marilah berspekulasi.

Buat Scha, moga tabah. Buat Fahrin, gunakanlah kehenseman anda untuk mengorat awek-awek lain. Ramai yang sudi lagi tue.

Scha Jadi Host Sehati Berdansa Dengan Fahrin Dan Awal

Tuesday, September 15th, 2009

scha host sehati berdansa

Murah rezeki betul artis kegemaran kami nie. Dah confirm Scha Al Yahya akan jadi host rancangan Sehati Berdansa bersama dengan pakwenya Fahrin Ahmad dan Awal Ashaari. Nampaknya Linda Onn dah ditolak ke tepi dan digantikan dengan Scha yang lebih hot dan mengancam. Lagipun kan lagi elok kalau Fahrin diapit dengan Scha berbanding dengan Linda Onn time program tue nanti.

Tapi sebenarnya kami risau jugak dengan kemampuan Scha nie. Dia tak pernah jadi pengacara rasanya. Mampu ke dia nak hos rancangan Sehati Berdansa nie? Harap-harap sebelum dipilih dah dibuat uji bakat terlebih dulu la. Kalau setakat nak guna kepopularitian percintaan Scha ngan Fahrin untuk femeskan program nie memang kami amat-amat tak setuju. Harap-harap Scha dapatlah bersedia. Kang nanti kena kutuk pulak.

Buat Fahrin, bagilah tunjuk ajar kat awek anda tue. Time nie la nak tunjuk macho. Masa nie la nak guna ilmu yang ada di dada untuk dikongsi bersama dengan si dia. Baru makin naik saham nanti. Buat Scha, all the best. Kami yakin anda boleh buat. Chaiyok-chaiyok.

P.S: Terkejut kami baca tajuk ruangan hiburan Berita Harian semalam pasal Scha dan Fahrin putus kasih. Baca punya baca rupa-rupanya Scha mintak orang jangan asyik citer pasal gosip bercinta dia jer. Dia nak orang judge dia berdasarkan mutu lakonan dia. Bukan sebab percintaan dia dengan Fahrin. Bagus betul la budak Scha nie.

(GOSIP)Scha Dan Fahrin, Tunggu Masa Nak Ikat Kasih?

Friday, August 21st, 2009

scha

Kami nak mintak maaf terlebih dulu kalau ada pembaca yang menyampah. Maklumlah, sikit-sikit kuar citer Scha Al Yahya. Bukan apa, kami nie memang minat sangat-sangat kat dia. Sebab bagi kami dia ada pakej yang sangat lengkap. Mutu lakonan pun not bad lah jugak di mata kami.

Mungkin semua orang dah tengok video iklan Celcom Scha dan Fahrin tue. Ala yang Fahrin ajak Scha kawin guna SMS tue. Kali nie bukan sekadar lakonan dah tapi yang real punya. Dengar cerita nya mereka berdua nie memang tunggu masa jer nak bertunang. Mungkin sebab Fahrin takut kot pisang berbuah dua kali. Lagipun Scha nie kan ramai peminat.

Walaupun kami tak berapa suka sangat kat Fahrin, tapi kami sentiasa mendoakan kebahagiaan Scha. Jadi kalau Scha bahagia di samping Fahrin, biarkanlah mereka berdua bercinta. Buat Fahrin, cepat-cepatlah masuk meminang. Kang terlepas kang baru menangis tak berlagu.

Lagi gambar terbaru Scha Al Yahya dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

(more…)