Written by AbangNara | October 2nd, 2012

Gembira Abang Nara membaca kata-kata Sasha Saidin yang diterbitkan menerusi Kosmo Ahad baru-baru ini. Nampaknya Sasha sekarang ini sedang sibuk mendalami ilmu agama. Mengakui dirinya nakal semasa muda, kini Sasha sering menghadiri kuliah-kuliah daripada penceramah luar negara seperti Mufti Zimbabwe, Ismail Menk dan Shuhaib Webb.

sasha saidin

Walaupun masih belum terbuka hati untuk berhijab, Sasha Saidin percaya satu hari nanti hidayah akan sampai jua kepada dirinya. Untuk itu, Sasha kini sedang giat mempelajari ilmu Al-Quran. Kata Sasha:-

Kebanyakan orang berpendapat, jika tidak mendapat hidayah, kita tidak boleh membaca Al-Quran. Bagi saya, itu kurang tepat, sebaliknya jika kita selalu mendekatkan diri, pasti hidayah itu akan sampai juga. Bagi mereka yang hati tidak tenang, alangkah bagus jika mereka mendengar zikir kerana ia mampu menenangkan jiwa. Setiap kali memulakan perjalanan untuk ke suatu tempat, kata-kata pujian kepada Allah itu menjadi teman saya. Saya sedar ada orang sinis saya berkata bergini. Malah ada orang kata saya mahu berceramah tapi percayalah, niat saya hanya ingin berkongsi dan apa yang saya lakukan ini dengan niat ikhlas untuk mencari keredaan Allah dan mengharapkan hidayahNya.

sasha saidin

Semoga pencarian Sasha akan berakhir dengan berita gembira satu nanti. Abang Nara doakan kehidupan Sasha bersama anaknya Adam akan terus bahagia di masa hadapan. Bukan senang hendak menjaga anak tanpa seorang suami di sini namun Abang Nara dapat lihat ketabahan di wajah Sasha. Teruskan usahamu Sasha Saidin!!!

P.S: Cara menangkap labah-labah yang betul.

Written by AbangNara | July 10th, 2012

Berita kurang gembira untuk dunia hiburan hari ini apabila Sasha Saidin atau lebih dikenali dengan nama Sasha Elite telah pun disahkan bercerai talak satu dengan suaminya, Salyo Priyanto. Lafaz cerai telah dilakukan oleh suaminya pada jam 2.55 petang tadi di Mahkamah Rendah Syariah Gombak. Mereka berdua telah berkahwin selama 5 tahun dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki.

sasha elite cerai

Semasa lafaz cerai diucapkan, Sasha dan Salyo dilihat mengalirkan air mata. Pasangan ini mengambil keputusan tersebut atas alasan tiada lagi wujud kasih sayang dan persefahaman selain berhadapan dengan konflik rumah tangga yang berpanjangan. Salyo telah diperintahkan untuk membayar edah sebanyak RM300 sebulan kepada Sasha. Yang penting Salyo turut bersetuju untuk memberi nafkah sebanyak RM500 sebulan kepada anak mereka berdua.

sasha

Abang Nara ucapkan takziah kepada kedua-kedua pasangan ini yang telah memilih penceraian sebagai jalan penyelesaian masalah mereka. Mungkin itu sahaja caranya yang tinggal. Apa pun, Abang Nara doakan agar kebahagiaan bakal menjadi milik mereka juga suatu hari nanti. Kredit info Mstar Online.

Written by AbangNara | June 28th, 2012

Kalau semalam Sasha Saidin enggan memberitahu punca sebenar kehadirannya ke Mahkamah Syariah Gombak Timur, hari ini menerusi Kosmo, Sasha mengakui yang dia ke sana untuk mengambil borang penceraian. Namun Sasha enggan berkongsi punca di sebalik permohonan cerainya itu.

sasha saidin cerai

Kata Sasha:-

Buat masa sekarang, saya membuat keputusan untuk tidak memberi sebarang kenyataan atau menceritakan mengenai perkara yang sebenar sehingga saya membuat keputusan untuk bercerai. Mungkin kalau sudah tiba masa yang sesuai nanti, barulah saya akan mendedahkan tentang permasalahan yang berlaku antara kami berdua. Namun, sekarang ini lebih baik saya berdiam diri sahaja terlebih dahulu.

Hmmm. Kalau sudah nekad dan memang tidak serasi, nampaknya penceraian adalah jalan terakhir buat Sasha dan suaminya, Salyo Priyanto. Abang Nara ingatkan perkahwinan kedua Sasha ini akan kekal sehingga ke akhir hayat tapi nampaknya jodoh mereka berdua hanya sampai di sini sahaja. Apa pun semoga proses penceraian ini dipermudahkan dan tidak meleret. Diharap juga memikirkan soal anak mereka berdua yang kini sudah berusia 3 tahun diselesaikan terlebih dahulu agar tidak menganggu masa depannya.

Written by AbangNara | June 27th, 2012

Semalam, Sasha Saidin telah dilihat mengambil borang penceraian di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur. Bagaimanapun Sasha yang ditemani oleh ibunya enggan memberi sebarang komen mengenai kehadirannya di situ kira-kira jam 10 pagi. Menurut Sasha, perkara tersebut terlalu peribadi untuk dikongsikan.

sasha saidin cerai

Berikut ialah kata-kata Sasha Saidin kepada wartawan Mstar Online:-

Saya hadir ke sini bagi menyelesaikan hal peribadi. Selebihnya, saya enggan komen lebih lanjut. Diharap anda (pihak media) faham dengan permintaan saya. Ia sangat peribadi untuk dijelaskan.

Abang Nara doakan agar kehadiran Sasha ke mahkamah tersebut tidak melibatkan permohonan penceraian dengan suaminya, Salyo Priyanto. Untuk makluman, Sasha dan Salyo telah pun berkahwin pada 2007 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang kini berusia 3 tahun. Diharap Sasha dapat menyelesaikan masalah peribadinya secepat mungkin dan terus menjalani kehidupan bahagia di samping suami dan anak tercinta.