Written by AbangNara | March 30th, 2015

Tahun lalu, seluruh peminat Running Man digembirakan dengan kehadiran 5 orang anggota program hiburan tersebut ke Kuala Lumpur. Kali ini, para peminat Malaysia sekali lagi boleh bergembira apabila kehadiran kesemua ahli Running Man iaitu Jae Suk, Seok Jin, Gary, Kim Jong Kook, Ha Ha, Kwang Soo dan Song Ji Hyo akan turun ke Tasik Bakun, Sarawak untuk menjalani penggambaran salah sebuah episod di situ. Memang daebak!!!

running man di Malaysia

5 ahli Running Man tahun lalu di Malaysia

Pemilihan Tasik Bakun, Sarawak sebagai lokasi penggambaran adalah kerana keunikan tempat tersebut dan juga sambil menghadiri Festival Filem Antarabangsa Asia (AIFFA 2015) yang akan berlangsung di Kuching, Sarawak pada 9 sehingga 11 April depan sebagai tetamu khas. Tidak diketahui tarikh tepat penggambaran tersebut akan dilakukan, namun pastinya ia sekitar tarikh di atas. Fuh!!! Ini rasa nak pergi book chalet/hotel/rumah sewa di sekitar Tasik Bakun nie.

running man

Jadi jika anda peminat tegar Running Man, inilah satu-satunya peluang untuk anda melihat mereka beraksi secara ‘live’. Kenalah berkorban sedikit. Sedangkan Korea pun boleh dijelajahi, inikan pula Tasik Bakun. Hehehe. Selamat berjuang!!!

Written by AbangNara | November 4th, 2014

Kehadiran 5 ahli Running Man iaitu Ji Seok Jin, Kim Jong Kook, Ha Ha, Lee Kwang Soo dan Song Ji Hyo pada Sabtu lalu masih lagi diperkatakan sehingga ke hari ini. Kesemua hadirin yang menyaksikan konsert mereka rata-rata terhibur melihat gelacat lucu Running Man. Senang cerita, apa yang anda tengok di kaca tv, itulah yang ditunjukkan oleh mereka ketika menghiburkan ribuan rakyat Malaysia.

running man di malaysia

Diharap kehadiran Running Man seterusnya akan menyaksikan ketujuh-tujuh ahli mereka hadir bersama-sama. Pasti lebih meriah. Terima kasih kepada OneHD kerana berjaya membawa Running Man ke Malaysia. Anda memang daebak. Lagi beberapa gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

P.S: Harga rokok naik RM1.50 mulai 5 November

 
Written by AbangNara | November 3rd, 2014

Sabtu lalu, 5 ahli Running Man iaitu Song Ji Hyo, Jee Seok Jin, Kim Jong Kook, Ha Ha dan Lee Kwang Soo telah menjejaki kaki ke Malaysia. Dibawakan oleh OneHD, kelima-lima ahli ini telah menghiburkan ribuan rakyat Malaysia dengan aksi lucu mereka di konsert yang telah berlangsung di Stadium Negara. Menariknya, perwatakan mereka di dalam Running Man adalah sama dengan apa yang dipertontonkan ketika konsert.

running man di malaysia

Dengan tema #RaceStartMY, kelima-lima ahli Running Man ini memulakan hari mereka dengan sidang media di Double Tree Hilton kira-kira jam 11 pagi. Para media yang hadir tergelak besar melihat gelagat lucu Ha Ha dan Lee Kwang Soo. Jawapan-jawapan yang diberikan ketika menjawab soalan daripada media juga membuatkan hadirin ketawa. Mereka berlima turut berjanji akan memberika aksi terbaik untuk para hadirin yang akan menghadiri konsert mereka yang akan bermula jam 6.30 petang.

running man di malaysia

Selepas sidang media selesai, kelima-lima ahli Running Man bergegas untuk sesi ‘autograph’ bersama peminat di Paradigm Mall. Daripada apa yang Abang Nara baca, khabarnya keempat-empat tingkat kompleks membeli-belah itu penuh sesak dengan para peminat mereka. Pastinya para peminat program tersebut tidak mahu melepaskan peluang bersemuka dengan ahli Running Man yang sentiasa membuatkan mereka ketawa dengan aksi lucu mereka setiap hari Jumaat jam 11.45 malam di OneHD saluran Astro 393.

running man di malaysia

Ketika konsert, jujur Abang Nara katakan diri ini amat terharu dengan kesungguhan, semangat dan usaha gigih yang ditunjukkan oleh kelima-lima ahli ini untuk menghiburkan para peminat yang datang. Ha Ha dan Lee Kwang Soo banyak berinteraksi dengan peminat untuk memeriahkan lagi konsert. Malah Lee Kwang Soo dilihat berlari sehingga ke penonton di tempat duduk atas untuk memberikan mereka peluang melihat dirinya secara lebih dekat. Memang terharu dibuatnya.

running man di malaysia

Diharap sekiranya Running Man hadir sekali lagi ke Malaysia, ia adalah untuk sesi rakaman bersama ketujuh-tujuh ahli. Pasti akan lebih meriah sekiranya Yoo Jae Suk dan Gary turut turun padang melengkapkan kesemua ahli Running Man. Kesimpulannya, aksi Running Man di Malaysia untuk #RaceStartMY memang daebak. Terbaik dari ladang. Lagi beberapa gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

 
Written by AbangNara | October 20th, 2014

Ya kalau sebelum ini Ji Seok Jin, Song Ji Hyo, Ha Ha dan Kim Jong Kook telah mengesahkan kehadiran mereka ke Malaysia pada 1 November ini, kali ini seorang lagi ahli Running Man akan turut sama menyertai mereka. Lee Kwang Soo yang turut dikenali sebagai Prince of Asia di kalangan peminat Running Man akan bersama rakan-rakannya yang lain menghiburkan para peminat tanah air di Stadium Negara tidak lama lagi.

runningman lee kwang soo

Kehadiran Lee Kwang Soo ini pastinya akan memeriahkan lagi konsert Running Man kali kedua di Malaysia ini. Dibawakan khas oleh Hotlink, tiket-tiket bermula daripada RM199 sehingga RM729 boleh dibeli di TicketCharge. Pastinya kehadiran Lee Kwang Soo ini akan menyebabkan tiket laris dijual seperti pisang goreng cheese.

runningman lee kwang soo

Kepada anda yang mengakui peminat setia Running Man, inilah peluang anda untuk bersemuka dengan mereka secara ‘live’. Jangan lepaskan peluang ini. Kepada Lee Kwang Soo, terima kasih kerana sudi hadir ke Malaysia sekali lagi. Anda memang best!!!