Written by AbangNara | February 21st, 2013

Ingat tak lagi dengan entri “Mungkin Aidil Mahu Kahwini Zarema Zainal Selepas Ceraikan Saya” yang dikeluarkan di sini baru-baru ini? Hari ini Aidil tampil di Berita Harian untuk menafikan perkara tersebut dan menyatakan tuduhan Rita Rudaini adalah tidak berasas.

rita aidil zaremaNamun begitu, Aidil tidak menafikan yang dia mengenali Zarema setelah diperkenalkan oleh abang Zarema yang merupakan pengurus pasukan ATM. Kata Aidil:-

Saya mengaku mengenali Zarema. Tetapi bagaimana boleh timbulnya cerita kononnya kami akan berkahwin tidak lama lagi? Memang kami berkawan tetapi tidaklah sampai ke tahap kenal hati budi. Saya baik dengan Zarema disebabkan saya berkawan dengan abang dia. Tapi bukan Zarema seorang yang saya kenal, sebaliknya semua ahli keluarganya yang lain. Saya mengaku pernah bertandang ke rumahnya tetapi tidaklah selalu seperti yang didakwa.

zarema baru

Aidil juga turut menafikan dakwaan yang Zarema menggunakan kereta miliknya seperti yang ditulis menerusi sebuah email yang dikirim kepada Rita Rudaini. Menurut Aidil, dia sentiasa menggunakan kereta tersebut dan tak mungkin Zarema memandunya. Kata Aidil:-

Saya tak faham kenapa pengirim itu mendakwa Zarema pandu kereta saya. Buat apalah dia nak guna kereta saya sedangkan dia anak orang berada. Dia mampu memiliki apa jenis kenderaan yang dia mahu, takkanlah sampai mahu pakai kereta saya.

zarema baru

Ada logiknya juga kata-kata daripada Aidil ini kan? Kalau dah kaya, baik pakai kereta sendiri daripada pinjam kereta orang lain. Macam-macam betul cerita rumahtangga Aidil dan Rita ini. Nampak gaya macam lebih elok masing-masing berpisah daripada timbul pelbagai lagi kontroversi selepas ini. Apa kata anda?

P.S: Cuba korang tengok video di atas. Sungguh pelik sekali. Apakah cahaya yang kelihatan bergerak dengan begitu pantas mengejar sebuah kereta di dalam terowong tersebut? Menurut laporan, kereta tersebut adalah isi sebuah trak kargo yang hilang ditelan cahaya beberapa hari lepas. Mengapakah cahaya misteri tersebut mengejar kenderaan itu? Ada sesuatu yang istimewa ke pada kereta tersebut? Misteri nusantara sungguh!!!

Written by AbangNara | February 18th, 2013

25 Februari ini adalah hari ulang tahun perkahwinan Rita Rudaini dan Aidil Zafuan yang kelima. Tarikh itu juga bakal menjadi detik penentuan buat hubungan mereka berdua. Aidil dijangkakan melafazkan cerai kepada Rita pada hari tersebut di Mahkamah Rendah Syariah Seremban.

rita dan aidil

Menerusi Berita Harian semalam, Rita Rudaini menerangkan yang dia menerima sebuah emel yang menyatakan suaminya, Aidil akan berkahwin dengan seorang wanita bernama Zarema Zainal selepas lafaz cerai dijalankan. Menurut Rita, kereta Aidil sudah pun menjadi hak milik Zarema dan mereka berdua sering keluar bersama. Kata Rita:-

Pada 25 Februari ini, Aidil ada failkan permohonan eai, jadi saya tak tahu apa akan jadi pada tarikh berkenaan. Dia nak cerai ke atau tarik balik permohonan itu. Namun, Aidil sengaja pilih tarikh ulang tahun perkahwinan kami yang kelima untuk kes permohonan cerai ini. Mungkin dia nak ceraikan saya sebab nak kahwin dengan Zarema. Saya tahu, Zarema adalah antara gadis yang pernah berkawan dengan Aidil. Tapi saya taknak bising, bukan jenis yang nak serang orang.

zarema zainalMalah menurut Rita, Zarema Zainal telah pun menutup akaun Twitter dan Facebook selepas hubungannya dengan Aidil telah berjaya dihidu. Kepada Aidil, lepaskanlah Rita kalau anda sudah tiada hati. Jangan dimainkan hati isteri anda. Kalau nak kahwin lain, kahwinlah dengan cara yang elok. Biar semua orang senang hati. Tak gitu?

towkey collagen

P.S: Hanya 10 hari untuk kulit yang lebih cerah dan berseri. Sudah terbukti keberkesanannya. Klik sini untuk mencuba!!!

Written by AbangNara | January 31st, 2013

Ini satu kenyataan yang pastinya dapat menghuraikan pertanyaan banyak pihak. Ramai yang tertanya-tanya punca sebenar Rita Rudaini tidak mahu Fauzi Nawawi ada dalam apa jua penggambaran yang melibatkan dirinya.

rita dan fauzi

Sehinggakan ada suara-suara menyatakan yang Fauzi pernah bercinta dengan Rita suatu ketika dahulu. Namun hari ini menerusi Mstar Online, Fauzi Nawawi menafikan perkara tersebut sekeras-kerasnya:-

Saya tak pernah kacau, bercinta mahupun menjalinkan hubungan cinta tiga segi dengan Rita semasa dia belum kahwin dulu. Selepas insiden pergaduhan mereka (Rita dan Lisdawati), saya berkahwin dengan Lisda dan kami bahagia sehingga sekarang dan bagaimana pula dengan rumah tangga Rita?

fuzzu

Ayat terakhir daripada Fauzi Nawawi itu memang boleh buat Rita Rudaini terbakar jiwa raga. Tambah menarik apabila Fauzi Nawawi mengakui dirinya bangga sering dikaitkan dengan ramai wanita walaupun sudah berusia 40 tahun dan berstatus ayah.

Ya… saya begitu berbangga apabila dikaitkan dengan ramai wanita walaupun saya sudah berkahwin dan mempunyai anak. Walaupun saya agak bosan dengan kontroversi itu, ia bermakna sebagai seorang lelaki, saya sebenarnya masih lagi laku.

Diharapkan agar Fauzi Nawawi hanya berbangga dan tidak pula berhasrat untuk menambah bilangan isteri. Kang tak pasal-pasal mengamuk pulak isteri anda. Jangan marah ye. Gurau-gurau je. Apa pun semoga hubungan Fauzi Nawawi sekeluarga akan bertambah mesra selepas penafian percintaannya dengan Rita Rudaini ini.

P.S: Anak gajah menangis melihat ibunya mati keracunan

Written by AbangNara | January 28th, 2013

Dua cerita dalam satu entri. Mungkin ini adalah penamat bagi kisah cinta Nazmi Faiz dan Tengku Fiella. Terbaru, Nazmi Faiz menerusi akaun Twitternya telah memohon maaf dan menyatakan yang Aidil Zafuan tidak ada kaitan dengan apa yang telah terjadi.

nazmi faiz

Adakah akaun Twitter Nazmi Faiz telah dihack sehingga statusĀ  yang mengaitkan Tengku Fiella dan Aidil Zafuan dikeluarkan? Ada kemungkinan untuk perkara tersebut terjadi. Namun begitu, isteri Aidil, Rita Rudaini berkata kepada Utusan yang dia tidak terkejut dengan dakwaan daripada Nazmi terhadap suaminya.

Saya tidak terkejut pun, kalau hal itu benar-benar berlaku. ?Ini bukan kes pertama dia dikaitkan dengan perempuan, sudah banyak kali. Saya anggap sudah lali dengan cerita cinta dia sampaikan tak mahu fikir lagi dengan siapa dia hendak bercinta, biarkanlah dia dengan cara hidupnya. uma saya harap, dia akan selesaikan kes mahkamah kami dengan baik dan ingat akan tanggungjawab kepada anak-anak yang sudah sekian lama diabaikan.

rita

Diharap dengan penjelasan terbaru daripada Nazmi Faiz, kontroversi ini telah berakhir. Nazmi harus fokuskan kepada kerjayanya di Portugal dan kalau boleh, jangan dikongsi hal peribadi menerusi medium Twitter. Apa pun Abang Nara bersyukur pada zaman muda dulu tak ada Twitter. Kalau tak mesti banyak luahan hati yang dilakukan oleh pemain bola sepak ketika itu. Hehehe ~~

P.S: Iklan Ikea Thailand yang fail