Blog Hiburan Sensasi Dan Terkini Tentang Artis Malaysia

Linda Jasmine Nafi Halang Que Terus Berlakon

Wednesday, December 9th, 2009

que haidar linda jasmine

Kan kami dah cakap budak darjah 6 yang buat gosip kononnya Linda Jasmine tak bagi Que Haidar berlakon dah. Memang nampak sangat tak logiknya. Ada ke patut jadi pengurus kilang baja? Kalau buat gosip jadi pengurus kilang baju dalam ke logik la jugak. Nie kilang baja. Nampak sangat dah kering idea nak reka gosip panas. Kesian betul kat sapa yang mereka cerita gosip nie.

Tak sampai 2 3 hari keluar gosip murahan nie, Linda Jasmine  terus bagi kenyataan balas. Mungkin dia pun bengang kot orang cakap suami dia jadi pengurus kilang baja. Tapi kami paling suka Que Haidar punya jawapan. Memang sempoi dan kacak bergaya:-

Kalau dia tak sayang dan sokong saya, takkan dia sanggup datang ke Anugerah Skrin baru-baru ini.

Korang bacalah cerita penuh yang diamik dari Mstar dengan baca artikel nie lagi.

(more…)

(GOSIP)Linda Jasmine Arah Que Haidar Berhenti Berlakon?

Monday, December 7th, 2009

que haidar linda jasmine

Panas, panas dan memang panas seperti air yang baru dijerang. Kami terbau-bau yang gosip nie adalah gosip tipu semata-mata tapi kami nak kongsi jugak. Nama pun gosip kan? Nak tau betul ke tak kena tunggu Que atau Linda Jasmine bagi kenyataan. Buat masa nie, sila jangan percaya gosip ini.

Khabarnya kerana kejelesan yang teramat sangat, Linda Jasmine dah arahkan Que Haidar agar berhenti dan melupakan terus dunia lakonan. Dengar ceritanya Que dah tak boleh terima apa-apa tawaran berlakon dah sekarang nie. Paling tak logik, Que sekarang dah jadi seorang pengurus di kilang baja kat Kuala Lumpur. Nampak sangat tipu kan?

Untuk menambahkan kesedapan cerita gosip nie, Que menangis di telefon ketika mengadu mengenai perkara itu kepada pengarah, Afdlin Shauki, baru-baru ini. dengar cerita Que turut terpaksa menolak pelawaan Mamat Khalid membintangi filem terbaru arahannya.

Kami di BeautifulNara percaya 100% yang gosip nie telah direka oleh budak sekolah darjah 6 yang baru habis UPSR. Nak buat gosip pun janganlah sampai jadi pengurus kilang baja. Nampak sangat ketaklogikannya kat situ. At least jadilah pengurus kedai LV ke, bukak butik baju ke. Nampak skit ada kaitan. Tak gitu?

Tengok Muka Farid Kamil Ngan Que Haidar Mesti Teringat Filem Papadom

Friday, October 23rd, 2009

farid kamil

Akibat tergelak kuat tak hingat di dalam bilik sorang-sorang, kami telah di”sound” oleh emak kami. Terpaksalah slowkan volume ketawa sambil refresh balik babak-babak Que Haidar dan Farid Kamil dalam filem Papadom. Serius lawak gila mamat 2 orang nie, lebih-lebih Que Haidar dengan muka skema tak ingat dia. Sila pergi tengok filem Papadom yang dah kutip RM2.4 juta kalau anda tak faham apa yang kami tengah cerita nie. Kalau nak baca review filem Papadom daripada kami, sila klik sini.

Tapi gambar-gambar Farid Kamil, Que Haidar, Lisa Surihani, Siti Saida dan ramai lagi nie bukannya diambil bersempena pelancaran filem Papadom. Lisa Surihani tak berlakon pun dalam cerita Papadom. Gambar-gambar nie semuanya diambil sempena Majlis Rumah Terbuka AstroLife yang meraikan pelanggan-pelanggan Astro Mustika.

Ok dengan jujurnya kami akui kami tak langgan Astro Mustika nie. Tapi jangan terkejut plak yang dah seramai 355,000 orang yang langgan pakej Mustika nie. Macam tak percaya kan? Mungkin sebab harga dia yang murah kot. RM12.95 je sebulan lepas tue boleh dapat 3 channel. Astro CITRA (saluran 131), Astro WARNA (saluran 132) dan B4U (saluran 133).

Lagi gambar sekitar Majlis Rumah Terbuka Astrolife dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

P.S: Apa khabar agaknya Linda Jasmine yang tengah sarat mengandung? Rasanya due date dia dah sampai dah kalau tak silap kami. Dah terkeluar ke anak dia ?

(more…)

(GAMBAR)Linda Jasmine Mengandung Terbaru

Wednesday, July 8th, 2009

linda jasmine mengandung

Wah, gambar terbaru Linda Jasmine mengandung masih menunjukkan kecantikan dan keseksiannya walaupun perut dah makin membesar. Kagum sebentar kami dibuatnya. Memang tak sia-sia Que Haidar kahwin ngan Linda Jasmine. Maintain mantap gitu walaupun dah berumur.

Kami pulak yang rasa tak sabar nak tengok gambar anak Linda Jasmine dan Que Haidar nanti. Mesti comel mengalahkan anak Erra Fazira. Que dah la muka cam Sudirman. Tambah pulak ngan Linda Jasmine yang muka Eropah skit. Kompem anak jadi model nanti.

Ada lagi satu gambar terkini Linda Jasmine sedang mengandung dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

(more…)

Que Makin Geram Tengok Linda Mengandung

Friday, April 17th, 2009

que dan linda

Masa malam ABPBH 2008 hari tue, kami dah perasan sikit kebesaran badan Linda Jasmine. Lengannya agak lebih besar dari biasa. Maklumlah orang tengah mengandung. Bunting pelamin la katakan.

Tapi yang tak tahan bila Que Haidar dengan ikhlasnya cakap dia suka melihat badan isterinya semasa mengandung. Memang sempoi la Que Haidar. Betul kata sesetengah orang, wanita yang mengandung nampak lebih seksi.

Harap-harap Que Haidar sabar ye. Jangan bersenam lebih-lebih. Nanti terganggu anak dalam kandungan. Anyway Que dan Linda Jasmine nampak sangat-sangat sweet.