Written by serenity | May 6th, 2013

Satu lagi filem yang diadaptasi dari novel cinta popular ialah Pilot Cafe. Novel asal ditulis oleh Ahadiat Akashah dan pelakon-pelakon utama filem ini ialah pelakon kacak Fahrin Ahmad serta heroin popular Izara Aishah dan Neelofa.




Buat masa ini filem ini sedang dalam proses penggambaran. Diarahkan oleh pengarah Osman Ali, mampukah filem ini untuk mencatat kutipan memberangsangkan seperti filem adaptasi novel yang juga diarahkan oleh Osman Ali iaitu Ombak Rindu?

Trivia filem ini, watak utama yang dipegang oleh Fahrin Ahmad pada asalnya dikatakan akan dibawakan oleh aktor kacak Aaron Aziz. Namun mungkin masih belum ada rezeki untuk menyaksikan gandingan Aaron dan Izara Aishah. Kalau dua pelakon ini bergandingan pasti meletup. Fahrin Ahmad memegang watak lelaki utama bernama Kapten Ameer Reza, Izara memegang watak Maya manakala Neelofa memegang watak Sharmila.

Antara pelakon lain yang membintangi filem ini ialah Datuk Eizlan Yusuf, Keith Foo, Azad Jazmin dan ramai lagi. Secara ringkasnya, filem ini mengisahkan tentang percintaan yang berputik di sebuah kafe.

Lagi 19 gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar Facebook Pilot Cafe.


Jangan lupa ke Karnival Seni Kreatif Kita pada 11 dan 12 Mei ini di Bukit Layang-layang, Pasir Gudang, Johor. Karnival dibuka dari 10.00 pagi hingga 10.00 malam. Bermacam-macam aktiviti menarik antaranya pameran, demonstrasi seni pertahanan diri Capoeira, persembahan kebudayaan, persembahan komedi “Lawak Ke Der” dan bermacam-macam lagi. Boleh bawa tikar dan makanan sambil berpiknik kita bersantai seni. Jom ramai-ramai!

 
Written by AbangNara | April 17th, 2013

Alang-alang sudah bercerita mengenai Neelofa di bawah, apa kata Abang Nara sambung sedikit mengenai Neelofa dan ABPBH2012. Secara jujur, Abang Nara agak kecewa atas kegagalan Neelofa merangkul sebarang anugerah walaupun tercalon sehingga 4 kategori.

neelofa
Walaupun tewas, Neelofa tidak terkilan dan mengakui yang bukan rezekinya kali ini untuk menang. Kata Neelofa:-

Lofa tidak ada rasa kecewa sebab kita tahu yang kak Fara pernah menang sebelum ini. Bagi Lofa, peminat Lofa dah cuba yang terbaik. Mungkin Lofa perlu masa untuk perbaiki pengacaraan Lofa. Atau mungkin belum masanya Lofa menang. Lofa tak merajuk dan mungkin itu bukan rezeki

neelofa

Salah satu kontroversi yang berlaku di ABPBH2012 ialah reaksi Tasha Shilla yang dikatakan “over” ketika mengumumkan kemenangan Fara Fauzana. Apabila ditanya mengenai hal ini, Neelofa memberitahu yang dia tidak melihat apa yang telah terjadi. Kata Neelofa:-

Sejujurnya Lofa tak tengok reaksi Tasha ketika tu sebab Lofa tengah bersedia di belakang pentas untuk catwalk. Keesokan harinya, kak Fara Fauzana menghubungi saya dan bertanya, “adik, awak okay dengan Tasha Shilla?” Lofa tanya, kenapa pula? Kemudian kak Fara kata, Tasha tak sepatutnya buat reaksi macam tu… dia tak tahu ker kita ni baik. Lofa cakap, “takper, biarlah”. Lofa langsung tak tengok bagaimana reaksi dia ketika itu dan Lofa cuma ada tengok komen-komen di Instagram yang mengatakan dia berlaku biadap dan Lofa tak mahu bersuara apa-apa. Bagi Lofa, Lofa tetap hormati dia.

neelofa

Sikap sebegini harus dipuji dan patut diamalkan oleh setiap insan. Kalau tak berjaya, usaha lebih keras lagi. Dan tak perlu membesar-besarkan perkara yang remeh. Kepada Neelofa, teruskan usaha anda. Tingkatkan lagi mutu lakonan dan pengacaraan. Moga suatu hari nanti bakat anda akan diakui orang ramai.

Written by serenity | April 17th, 2013

Hans Isaac dan Neelofa kelihatan mesra sekali semasa sidang media filem Lemak Kampung Santan beberapa hari lepas, namun, Hans menyatakan yang dia tidak mahu gosip cintanya diberi tumpuan. Menurutnya, gosip cinta dengan Neelofa tidak akan membantu menarik perhatian penonton ke pawagam untuk menonton filem itu.

Malah, Hans mengakui jalan cerita filem itu klise, iaitu mengenai seorang arkitek yang datang ke sebuah kampung untuk bekerja, lalu jatuh cinta dengan perempuan kampung yang pandai memasak nasi lemak. Tetapi dia ada sebab tersendiri menampilkan jalan cerita seumpama itu. Katanya ia mudah diterima oleh masyarakat penonton filem di Malaysia.


Menurut Hans lagi dia tidak mahu kehidupan peribadinya diberi fokus berlebihan, sebaliknya dia hanya mahu dikenali kerana filem-filem yang dihasilkannya setelah bersara nanti. Info asal Red Carpet. Lagi lapan gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar We Love Neelofa.

***

Serlahkanlah bakat anda dengan menyertai Ujibakat ‘Jom Menari‘ sempena Festival Tari Malaysia 2013. Kategori terbuka kepada Kategori Tarian Tradisional dan Kategori Tarian Moden. Penyertaan hendaklah peserta yang berumur 18 tahun ke atas.

Kepada individu dan kumpulan yang berbakat dan berminat hubungi urusetia uji bakat di talian 03 – 2614 8206 atau hubungi pejabat JKKN di negeri masing-masing. Apa tunggu lagi buktikanlah dan serlahkanlah bakat anda hingga ke peringkat kebangsaan.

 
Written by AbangNara | April 17th, 2013

Abang Nara respek 2 perkara mengenai Anzalna. Perkara pertama, Anzalna tidak segan silu menyatakan yang dirinya sudah mempunyai kekasih. Perkara kedua, Anzalna tidak langsung melayan ajakan-ajakan yang mampu membuatkan dirinya terjebak di dalam skandal. Memang bagus si Anzalna ini.

anzalna

Berkata kepada Berita Harian, Anzalna memberitahu yang sejak bergelar artis, banyak ajakan telah ditolak. Kata Anzalna:-

Memang saya tidak nafikan, sejak bergelar artis, ada yang cuba mendekati, tetapi saya sedaya upaya mengelak. Walaupun cuma untuk keluar makan tengah hari atau makan malam, saya akan tolak. Bagi saya, jika kita melayan, ia akan menjadi titik permulaan untuk terjebak dengan skandal.

anzalnaPasti hati kekasihnya, Haniff Zaki tenang mendengar pengakuan daripada Anzalna. Bukan senang nak menjaga awek yang secun dan se”hot” Anzalna ini. Boleh bikin kepala pening. Anzalna turut mengakui yang dia mahu berkahwin secepat mungkin.

Kami sudah bercinta dua tahun dan saling mengenali sejak usia 15 tahun, jadi kami sepakat mahu disatukan segera. Begitupun, setakat ini kami belum memilih tarikhnya. Sepatutnya keluarga teman lelaki datang merisik tahun lalu, tetapi rancangan itu tidak menjadi

anzalna

Semoga Anzalna dan Haniff akan dipermudahkan untuk mendirikan masjid. Doa banyak-banyak agar dibuka jalan olehNya. Lagi 5 keping gambar Anzalna dengan membaca entri ini sepenuhnya.

P.S: Bahasa SMS yang sukar difahami