September 27th, 2020

Pelakon senior, Noorkumalasari baru-baru ini telah diundang untuk menghadiri program bual bicara, Next To Neelofa pada khamis lalu di saluran Astro Ria.

Dia yang juga adik kepada penyanyi lagenda Anita Sarawak telah berkongsi sedikit sebanyak kisah hidupnya bersama penonton di luar sana.

Di kesempatan itu juga, pengacara program berkenaan iaitu Neelofa turut mengambil kesempatan bertanyakan mengenai perkembangan terkini Anita Sarawak pada pelakon terkenal era 80-an itu.

Mengakui banyak peminat industri seni di Malaysia tertanya-tanya kemanakah penyanyi itu menghilang sejak lebih kurang 10 tahun yang lalu, Noorkumalasari hanya menjelaskan bahawa kakaknya itu kini berada dalam keadaan baik dan sihat-sihat sahaja.

“Saya tak tahu cara menjawabnya, Insyallah. Kami semua berdoa untuknya. Sebab saya tak ada peluang untuk bercakap dengannya. Tapi ada hikmahnya juga paparazzi tak hubungi saya kerana susah. Jadi ada yang hubungi kakak sulung saya bertanya. Baru-baru ni dia telefon dan bercakap dengan abang mahathir. Mereka berdua baik, alhamdullilah,”

Menurut Noorkumalasari lagi, Anita Sarawak dan suami, Mahathir kini sedang melakukan perniagaan hartanah dan menjual rumah serta dikhabarkan merantau ke seluruh Amerika Syarikat.

Dia turut mengambil kesempatan untuk memohon peminat di luar sana supaya mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan Anita Sarawak dan suami di perantauan.

September 21st, 2020

Adik kepada selebriti terkenal Neelofa, Mohamed Aqief dilaporkan telah selamat bernikah dengan wanita pilihan hatinya, Aina Syahira pada Ahad lalu.

Berlangsung dalam majlis ringkas namun meriah dengan kehadiran tetamu daripada kedua belah pihak, ianya turut diserikan dengan kehadiran rakan artis dan selebriti.
Namun, yang menarik perhatian ialah kehadiran Pencetus Ummah (PU) Riz ataupun nama sebenarnya Muhammad Haris Mohd Ismail di majlis tersebut.

Mana tidaknya, menerusi foto serta video yang dirakam oleh tetamu dan ahli keluarga yang hadir pada hari bahagia itu, PU Riz dilihat tampil memakai baju sedondon berwarna biru dan dilihat mesra bersama keluarga Neelofa.

Lalu, muncul spekulasi dalam kalangan netizen yang merasakan seperti ada ‘sesuatu’ di antara PU Riz dan Neelofa. Jika sebelum ini Neelofa pernah menjelaskan bahawa dia dan bekas peserta program realiti TV itu hanya berkawan dan sering bekerjasama dalam beberapa program keagaamaan, keakraban mereka berdua seolah ‘dipersetujui’ oleh netizen.

View this post on Instagram

Aamiin aamiin aamiin YRA ?? #neelofa #aqiefaina

A post shared by ???? ?????? (@lofa.page) on

Dalam pada masa yang sama, Neelofa juga menyifatkan PU Riz sebagai seorang pendakwah yang bagus, bijak dan mempunyai tarikan yang tersendiri.

Malah, PU Riz juga pernah ditemubual ketika sesi tayangan perdana filem Ada Apa Dengan Doa menganggap hubungan mereka tidak lebih daripada seorang rakan sekerja.

September 17th, 2020

Pelakon dan kini bergelar usahawan berjaya, Neelofa dilihat telah menyunting gambarnya yang terdedah di bahagian tangan sebelum memuat naik semula fotonya itu di Instagram.

Malah, ruangan kapsyen turut bertukar sesuai dengan foto yang memaparkan aksinya sedang menyaksikan sesuatu menerusi sebuah teropong.

View this post on Instagram

When you’re looking for love and beauty in each other and ( swipe ) Allah Almighty blessed you with more than what you asked for ?

A post shared by Neelofa (@neelofa) on

Netizen yang sentiasa mengikuti perkembangan hidup Neelofa ternyata telah cakna dan ‘perasan’ akan perubahan antara dua foto tersebut.

Sebelum ini, figura terkenal yang berasal dari negeri serambi mekah, Kelantan itu dilihat sudah berjinak-jinak dalam usaha untuk menutup aurat secara sempurna seperti memakai ‘inner’ dan juga stokin dalam setiap busana yang digayakannya.

Rata-rata peminat menyambut baik perubahan Neelofa ke arah yang lebih baik itu dan berharap pelakon itu terus istiqamah dalam menjalani tuntutan agama tersebut.

August 20th, 2020

Syarikat penerbangan tambang murah terkenal, AirAsia Berhad mengumumkan perletakan jawatan selebriti terkenal Noor Neelofa sebagai pengarah bebas bukan eksekutif syarikat itu.

AirAsia mengumumkan mengenai perletakan jawatan pelakon dan juga pengacara terbabit menerusi Bursa Malaysia dan memaklumkan telah menerima notis tersebut pada 17 Ogos 2020 yang lalu.

View this post on Instagram

AirAsia dalam makluman kepada Bursa Malaysia berkata syarikat itu menerima notis peletakan jawatan bertarikh 17 Ogos, 2020, daripada Neelofa pada 19 Ogos, 2020. Baca selanjutnya di bernama.com atau swipe up di IG story

A post shared by Bernama (@bernamaofficial) on

 Menurut syarikat penerbangan itu, Neelofa memberikan alasan perletakan jawatannya sebagai ‘mempunyai komitmen peribadi lain’, menurut laporan Bernama.

Mengimbas kembali, pengacara program MeleTOP itu telah menganggotai lembaga pengarah AirAsia pada 8 Desember 2017 yang lalu.

Sumber : mStar Online