Blog Hiburan Sensasi Dan Terkini Tentang Artis Malaysia

(GAMBAR)Sungguh Penyayang Memey Dan Norman Hakim

Wednesday, February 24th, 2010

memey norman

Kami tahu anda semua sudah menyampah dengan gambar-gambar Memey Suhaiza dan Norman Hakim nie. Kami pun menyampah jugak. Tapi kami tetap nak berkongsi jugak gambar kali ini sebabnya gambar-gambar kali ini menunjukkan betapa penyayangnya Memey Suhaiza dan Norman Hakim. Memang penuh sifat seorang ibu dan seorang ayah mithali.

Cadangan kami kepada mereka berdua nie, kawin ajerlah cepat-cepat dan buat anak sendiri. Dengar ceritanya memang dah merancang nak kawin tahun depan, tapi tengok gaya dari gambar-gambar nie baiklah kawin tahun nie ajer. Sekurang-kurangnya kasih sayang yang penuh didada tue dapat dicurahkan kepada anak kandung Memey nanti. Rugi sungguh kalau kasih sayang tue disimpan lama-lama.

Patutlah anak-anak Abby cepat mesra dengan Memey. Rasanya memang Memey ada ciri-ciri keibuan yang sejati. Mungkin itu pun salah satu sebab Norman terpikat dengan Memey. Tapi dalam gambar-gambar yang kami kongsikan nie, lebih menyerlahkan ciri-ciri kebapaan Norman.

Korang tengok ajerlah gambar-gambar Memey Suhaiza dan Norman Hakim dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

(more…)

(GAMBAR)Romantis Memey Suhaiza Dan Norman

Wednesday, February 10th, 2010

memey suhaiza norman

Malas nak cakap banyak-banyak tapi memang romantik gitu Memey Suhaiza dan Norman nie. Memang bahagia tak ingat punya. Tahniah la kami ucapkan. Kami rasa diorang dua nie dah kawin dah nie. Takkanlah mesra camnie tak kawin-kawin lagi. Mungkin belum sempat nak umumkan jer.

Kita kutuk diorang dua nie pun tak guna gak. Still happy meppy jer. Baik kita puji dia plak. Orang kata try reverse psikologi. Mana tau ngan cara tue lagi berkesan. Tak gitu?

Lagi gambar romantis Memey Suhaiza dan Norman dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

(more…)

Facebook We Hate Memey Suhaiza Pulak Muncul!!!

Wednesday, January 27th, 2010

we hate memey suhaiza

Pas satu satu. Semalam baru kami keluarkan cerita pasal group facebook I Hate Fasha Sandha, hari nie kami dapat tau dah ada group Facebook We Hate Memey Suhaiza plak. Gambar group tue memang ganas. Sekeping gambar Memey Suhaiza tengah terbakar tue beb. Memang marah betul orang yang create group nie. Mesti kisah hidup dia ada kaitan dengan kisah hidup Memey, Norman dan Abby. Tue yang panas sangat tue.

Tapi setakat nie tak sampai seribu pun lagi yang jadi fans group nie. Adakah bermakna Memey sebenarnya disayangi ramai? Atau kami kira rakyat Malaysia dah matang dan malas nak layan group-group macam nie? Kita tunggu seminggu dua lagi sebab group Facebook We Hate Memey Suhaiza baru dibuat semalam rasanya.

Memey pun dah tau pasal kewujudan FB nie. Dia  tak kisah dan tak pernah bukak pun FB nie. Takut terguris hati dan perasaan. Nasihat kami, seeloknya memang jangan bukak. Baca description FB nie pun dah leh wat air mate meleleh. Kang ada yang menangis baca komen-komen yang agak panas kat situ.

(GAMBAR)Norman Hakim Dan Abby Abadi Menghantar Anak Ke Sekolah

Friday, January 8th, 2010

norman hakim abby abadi

Respek kami dengan Norman Hakim dari segi bab menjaga anak. Walaupun dah ada awek baru (sapa lagi kalau bukan si Memey tue), tapi tanggungjawap dia sebagai seorang ayah tetap dilakukan dengan jayanya. Inilah yang bagus sebenarnya. Bercerai bukan satu tiket untuk anda buat derk terus kepada anak-anak anda. Diorang masih perlukan kasih sayang seorang ayah dan seorang ibu.

Tahniah buat Norman dan Abby Abadi kerana berjaya mengenepikan rasa tak puas hati dalam diri untuk kebahagian anak-anak mereka. Nampak gembira anak-anak diorang dalam gambar-gambar yang diambil dari Facebook Abby Abadi. Rasanya nie time anak sulung diorang masuk sekolah kot.

Lagi gambar Norman Hakim dan Abby Abadi menghantar anak mereka ke sekolah dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

(more…)

Memey Oh Memey, Adanya Kontroversi Sebab Anda Yang Cipta Kontroversi

Thursday, December 31st, 2009

memey suhaiza

Adoi pening kepalo kami dengan si Memey Suhaiza nie. Nasib baik muda lagi umur 21 tahun. Pemikiran pun tak matang lagi kot. Tue yang dia cakap semacam je. Lain macam je kami tengok si Memey Suhaiza nie sejak “berkawan” dengan Norman Hakim. Mungkin terlalu bahagia kot di samping abang tercinta.

Cuba dengar sikit ayat dia:-

Apa yang saya perasan, orang suka mencari silap saya, terutamanya di internet yang selalu wujudkan macam-macam isu tentang saya. Selepas kontroversi dulu, saya memang sentiasa berhati-hati dengan percakapan dan tindak-tanduk saya. Apa yang pasti, dengan kedatangan tahun baru nanti, saya mengharapkan ia akan menjadi satu permulaan yang baik dan hidup saya juga akan lebih stabil. Sudah-sudahlah kontroversi…Saya ingin lupakan semuanya dan mulakan kehidupan yang baru.

Meh dengar sini sikit wahai cik Memey. Kontroversi takkan datang kepada seseorang jika anda tak mulakan kontroversi tue. Tak salah kalau kami cakap yang anda jadi femes pun lepas kantoi bercinta dengan Norman Hakim. Senang cerita lepas kantoi berkhalwat dengan suami orang. Kalau bukan sebab kontroversi tue rasanya sampai sekarang nama cik Memey orang tak tau kot. Tak gitu?

Contoh terbaik gambar anda bersama anak Norman Hakim dan Abby Abadi. Apa motif anda letak gambar tue kat Facebook? Saja nak tunjuk anda dah mesra ngan anak-anak Abby ke? Atau saja nak jeleskan Abby? Atau nak tunjuk betapa jiwangnya anda dengan Abang Norman?

Semua kontroversi yang datang adalah dari pihak cik Memey sendiri. Kalau duduk senyap-senyap dan berlakon jer macam si Lisa Surihani tue, mana ada kontroversi nak datang. So kalau anda nak tahun 2010 tak ada kontroversi, rasanya anda dah tau apa yang patut dibuatkan?

Apa-apa pun kami doakan yang terbaik buat Memey Suhaiza di tahun 2010 nie. Moga-moga bukan kontroversi yang mengfemeskan anda tapi mutu lakonan mantap yang bakal menyebabkan orang bercerita tentang anda.