Written by Bella | April 20th, 2017

Tentu anda semua tahu baru-baru ini, Chef Wan ada memberikan sedikit komen dan juga pendedahan mengenai isu perceraian anaknya Serina Redzuawan dan Gavin Edward O’Luanaigh. Ramai juga yang mempertikaikan tindakan Chef Wan yang seakan “menjaja” kisah anaknya.

Menurut Chef Wan, walaupun beliau sedih mengenangkan nasib anak dan dua orang cucunya, beliau tetap merasakan Serina berhak untuk menjalani kehidupan yang lebih baik. Bercerai bukan bermakna ia pengakhiran hidup seseorang.

In every situation as family we all go through challenges in life, onak dan duri . I think part of life kahwin dan cerai ketentuan Allah SWT. Everyday people go through all that, but how you rise up to the occasion and make it one “happy breakup”  that’s the challenge.

Pada saya berani kerana benar tanpa perlu berdrama di dalam hidup ataupun perkahwinan. Ia satu perkara yang membuang masa kerana hidup di dunia tidak lama dan sebagai manusia kita harus cuba untuk mempunyai kehidupan yang gembira. If you are not happy with your marriage, move on because breaking up or divorcing somebody is not the end of the world.

Pada masa yang sama, Chef Wan juga tidak ambil pusing dengan komen-komen negatif netizen mengenai perpisahan anaknya itu. Chef Wan juga menjelaskan sebagai bapa beliau berhak untuk menegur menantunya yang melakukan kesilapan dan mempertahankan hak anaknya itu.

Sumber Berita : mStar Online

Written by Bella | April 18th, 2017

Selepas pelbagai spekulasi timbul mengenai keretakan rumah tangganya bersama Serina Redzuawan termasuk pendedahan Chef Wan mengatakan beliau tidak memberikan nafkah kepada Serina, Gavin Edward O’Luanaigh akhirnya tampil memberikan penjelasan.

Menurut Gavin, beliau menyedari tanggungjawabnya sebagai seorang suami dan sering memastikan perbelanjaan keluarganya mencukupi. Malah, beliau juga memberikan Serina kelonggaran untuk berbelanja mengikut kehendaknya sendiri.

Rumah tangga mereka musnah saat Serina membuat keputusan untuk berpindah dari rumah mereka dan seterusnya memfailkan penceraian pada Januari 2016.

Saya tidak kisah dengan semua perbelanjaan itu kerana ia adalah tugas saya untuk keluarga dan saya sedar mengenai tanggungjawab saya sebagai seorang suami untuk menyediakan semua keperluan dengan sewajarnya. Saya tidak tahu dan masih tidak faham mengapa dia meninggalkan saya kerana tidak diberitahu.

Pada masa yang sama, Gavin memberitahu beliau pada awalnya enggan membiarkan masalah rumah tangganya itu diketahui umum dan cuba untuk menyelesaikannya dalam diam. Baginya, perkara ini terlalu peribadi untuk di bicarakan dengan orang ramai.

Amat sedih apabila saya terpaksa menulis mengenai perkara ini secara terbuka kerana hasrat saya dan juga Serina adalah untuk menjaga perkara ini sebagai isu tertutup dan peribadi. Saya benar-benar berharap agar ahli keluarga yang mengharapkan perkara terbaik untuk anak dan cucu mereka supaya boleh bertanya kepada Serina dan saya sendiri dan bukannya menyatakan secara terbuka kepada dunia luar.

Gavin berharap agar pihak media dan orang ramai memberi ruang kepada keluarganya untuk menyelesaikan masalah mereka.

Sumber Berita : mStar Online

Written by Bella | April 17th, 2017

Ketika rumah tangga Serina Redzuawan hangat diperkatakan, bapanya, Chef Wan mendedahkan punca perkahwinan anaknya itu retak adalah kerana sikap suami Serina, Gavin Edward O’luanaigh yang enggan memberikan nafkah, meskipun sudah beberapa kali Chef Wan menasihati beliau dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang suami di dalam Islam.

Walaupun Chef Wan telah mengeluarkan kenyataan sebegitu, Serina bagaimanapun enggan memberikan sebarang komen mengenainya dan menganggap mungkin jodoh beliau dan Gavin tidak panjang. Serina tidak mahu membuka aib suaminya itu.

Saya anggap jodoh kami tidak panjang. Saya kena jaga maruah dan air muka dia (suami). Apatah lagi dia adalah bapa kepada anak-anak saya.  Saya bukan ingin meraih simpati mahupun publisiti murahan. Cuma saya minta peminat doakan yang baik-baik buat saya dan keluarga. Apa-apapun, ia (cerai) masih dalam proses lagi dan kami belum berpisah.

Saya reda dengan qada dan qadar. Jangan pernah menyalahkan takdir dan jodoh, pasti ada hikmah serta rahsia kebahagiaan yang Allah janjikan. Saya hanya berserah pada Yang Maha Kuasa.

Kami juga mendoakan agar perkahwinan Serina masih boleh diselamatkan dan agar beliau kekal tabah menghadapi segalanya.

Sumber Berita : BH ONLINE

Written by Bella | April 14th, 2017

Berita rumah tangga anak Chef Wan iaitu Serina Redzuawan kini sedang hangat diperkatakan. Ada khabar angin memberitahu Serina dan suaminya, Gavin Edward O’luanaigh sedang di ambang penceraian meskipun Serina akui sedang berbincang sebaik mungkin dengan suaminya untuk menyelamatkan rumah tangga mereka. Walaubagaimanapun, Serina enggan mengulas lanjut tentang punca masalah mereka.

Mungkin sudah diasak dengan pelbagai persoalan mengenai berita penceraian anak perempuannya itu, Chef Wan menerusi akaun Instagram dengan panjang lebar telah menjelaskan punca perkahwinan Serina menghadapi masalah.

Menurut Chef Wan,  Serina tidak pernah bahagia sepanjang 6 tahun berkahwin. Gavin gagal melaksanakan tanggungjawab sebagai suami dengan baik termasuk memberikan nafkah kepada Serina. Malah, Gavin tetap berdegil meskipun sudah beberapa kali Chef Wan memberikan nasihat mengenai tanggungjawab seorang suami dalam agama Islam.

Hati bapa mana yang sanggup melihat penderitaan anak perempuan mereka bukan? Hmmph, tidak mudah sebenarnya untuk mengekalkan perkahwinan daripada dua budaya dan bangsa berbeza. Kadang-kadang mereka tidak akan mampu memahami tanggungjawab sebagai seorang suami di dalam Islam dan sebagainya. Apa-apa pun, kami harap Serina tabah menghadapi ujian ini.