Written by Bella | December 29th, 2015

Tahun ini bukan sahaja Stacy yang menerima kecaman apabila meraikan perayaan Krismas tetapi pengacara Marion Caunter juga turut terpalit dengan hal yang sama apabila beliau dikritik di laman sosial kerana memuat naik foto yang menunjukkan beliau menyambut perayaan tersebut bersama ahli keluarganya baru-baru ini.

Enggan perkara tersebut berpanjangan, Marion menerusi akaun Instagramnya telah menjelaskan sebab mengapa beliau menyambut Krismas.

Buat Marion yang sebelum ini membesar selama 29 tahun sebagai penganut Katolik dan memeluk Islam ketika berkahwin dengan SM Nasarudin,  bukan bermakna beliau harus berhenti menyambut perayaan tersebut . Marion mahu anak-anaknya juga merasa kemeriahan Krismas.

Malah, beliau yang juga mempunyai darah kacukan Cina ini turut meraikan sambutan tahun baru Cina kerana menghormati hubungan bersama keluarga beliau.

Cuba sekali sekala anda memandang sesuatu perkara itu daripada sudut yang positif, lagipun Islam tidak pernah menggalakkan seorang Muslim untuk memutuskan hubungan bersama keluarga.

Written by Bella | August 27th, 2015

Pengacara Marion Caunter dan suami SM Nasarudin telah selamat menimang cahaya mata ketiga mereka yang juga merupakan anak lelaki pertama didalam keluarga mereka semalam.

Berita tersebut di sampaikan sendiri oleh Marion dan suami dalam satu kemaskini tebaru di Instagram mereka. Dalam foto terbaru itu, Marion dan suami meluahkan rasa syukur mereka atas kelahiran orang baharu dan sempat mengucapkan terima kasih kepada mereka yang memberikan ucapan tahniah atas kelahiran tersebut.

Alhamdulillah. Words can’t describe how happy and blessed we feel right now. We welcomed a little baby boy into the world yesterday. Thank you for all your well wishes and prayers. Leia and Lana now have a little brother to bully.

Pasangan Marion Caunter dan SM Nasarudin mendirikan rumah tangga sekitar Disember 2010. Sebelum ini mereka sudah dikurniakan dua orang cahaya mata perempuan iaitu Leia Rose dan Lana Rose.

Tahniah kami ucapkan kepada mereka berdua, Alhamdullillah kali ini impian mereka untuk mendapatkan anak lelaki sudah dimakbulkan Tuhan. Semoga kebahagiaan mereka bertambah.

Written by AbangNara | May 5th, 2015

Jutaan tahniah diucapkan kepada Marion Caunter dan suami atas kehamilan anak ketiga mereka. Insya Allah kalau murah rezeki, kali ini dapat anak lelaki pula. Marion Caunter kini berada di Seoul untuk menghadiri majlis pelancaran Chanel Jewellery. Bukan calang-calang orang boleh mendapat jemputan ke upacara terkemuka ini. Walaupun sedang hamil, Marion Caunter tetap kelihatan jelita dan memukau pandangan.

marion caunter hamil anak ketiga

Selain Marion Caunter, antara selebriti tempatan yang berada di Seoul untuk majlis pelancaran ekslusif ini ialah Zizie Ezette dan Zahida Rafik. Agak comel apabila Zizie Ezette berkongsi gambar dirinya dengan Marion Caunter dan melahirkan rasa ‘cemburu’ dengan kelangsingan Marion walaupun sedang hamil. Hehehe.

marion caunter hamil anak ketiga

Semoga kehamilan kali ini berjalan lancar sehingga hari kelahiran buat Marion Caunter. Tahniah sekali lagi atas berita gembira ini. Lagi beberapa gambar si jelita ini dengan membaca artikel sepenuhnya.

 
Written by AbangNara | October 9th, 2014

Sukanya Abang Nara melihat Marion Caunter, SM Nasarudin dan anak-anak mereka. Jelas terserlah keseronokan, keindahan dan kebahagiaan mereka sekeluarga. Secara jujur, Abang Nara melihat SM Nasarudin sebagai idola kerana bukan sahaja berjaya dalam bidang perniagaan namun turut sama berjaya membina sebuah keluarga yang tampak sempurna. Bukan senang nak bahagikan masa jika anda mempunyai sebuah syarikat sebesar SM Nasarudin.

sm nasarudin marion caunter

Melalui perkongsian yang dilakukan oleh Marion Caunter di laman Instagramnya, mereka sekeluarga telah ke Paris dan juga London. Di Paris, Marion telah menghadiri majlis pelancaran koleksi baru Chanel dan Louis Vuitton. Bukan calang-calang orang boleh mendapat jemputan sebegini. Pasti Marion seronok dapat menjadi antara yang pertama melihat beg tangan keluaran terbaru 2 syarikat besar ini.
sm nasarudin marion caunter

Marion, SM Nasaruddin dan anak-anak juga sempat menghabiskan masa di Disneyland Paris. Pasti anak-anak mereka gembira dapat berjalan-jalan di salah sebuah taman tema terbaik dunia. Apa pun, semoga kebahagiaan keluarga ini terus berkekalan ke akhir hayat. Sama-samalah kita doakan. Lagi gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

P.S: Pergh cun jugak Proton Iriz R3 ini