Written by AbangNara | November 29th, 2012

Majalah GLAM dan GLAM Lelaki adalah antara 2 buah majalah yang paling popular di Malaysia. Kalau tak silap Abang Nara, setiap tahun pihak GLAM akan mengadakan majlis anugerah Most Glam & Most Stylish untuk selebriti-selebriti popular Malaysia.

most glam

Di antara selebriti yang hadir ialah Izara Aishah, Ummi Nazeera, Rosyam Noor, Sazzy Falak dan ramai lagi. Kesemuanya hadir dengan pakaian yang super duper glamour. Memang cantik menarik dan tertarik sungguh.

most glam

Diharap tahun depan pihak GLAM sudi menjemput Abang Nara. Bolehlah tangkap gambar yang lebih cantik untuk pembaca BeautifulNara. Lagi 8 keping gambar yang diambil daripada Instagram dengan membaca entri ini sepenuhnya.

P.S: Prank paling dasyat di dalam lif.

 
Written by AbangNara | June 24th, 2012

Bukan senang dan memang sangat jarang melihat Eja menghiasi mana-mana kulit depan majalah. Namun pihak editorial GLAM berjaya mendapatkan wajah mulus Eja untuk menghiasi majalah mereka untuk keluaran Julain 2012. Dan ternyata Eja tampil sangat vogue dan classy.

eja glam

Sementara itu pelakon yang sedang meningkat naik, Nazim Othman pula dipilih untuk menghiasi majalah GLAM Lelaki. Abang Nara memang daripada dulu agak pelik mengapa Nazim Othman masih kurang popular sedangkan pakej yang dimilikinya memang sudah sempurna. Dengan wajah yang tampan, seharusnya nama Nazim Othman sudah berdiri gah di kalangan pelakon senior yang lain.

eja glam

Mungkin tahun 2012 akan menjadi tahun Nazim Othman meningkatkan lagi popularitinya. Apa pun, jangan lupa dapat kedua-dua majalah GLAM ini sekiranya anda merupakan peminat Eja atau pun Nazim Othman. Abang Nara pasti banyak kisah menarik yang telah dikongsikan oleh mereka berdua.

Written by AbangNara | May 2nd, 2012

Pastinya ramai akan teruja apabila Rozita Che Wan menghiasi mana-mana muka hadapan majalah. Dan kali ini, untuk majalah GLAM Mei 2012, Rozita Che Wan membuat penggambaran khas di India semata-mata untuk pembaca majalah GLAM. Hasilnya sudah tentu akan memukau anda semua.

rcw

Kepada peminat Rozita Che Wan, anda pastinya tidak akan kecewa kerana terdapat 42 halaman ekslusif memaparkan Rozita dengan pelbagai fesyen terkini. Jangan lepaskan peluang ini dan dapatkan majalah GLAM Mei 2012 di pasaran sekarang jugak. 6 lagi gambar Rozita Che Wan dengan membaca entri ini sepenuhnya.

 
Written by AbangNara | March 1st, 2012

Selepas memikirkan siapakah yang layak menggantikan Lisa Surihani sebagai artis pujaan Abang Nara, Diana Danielle merupakan salah seorang top 5 calon yang paling sesuai. Comel, muda, kurang kontroversi dan mesra rakyat. Namun agak mengecewakan kerana semua orang sudah tahu yang Diana kini sedang bercinta dengan Farid Kamil.

diana danielle

Dan sememangnya sisi kebudak-budakan dan kecomelan Diana Danielle terserlah untuk majalah GLAM edisi March 2012. Bertemakan era 80-an, memang sesuai sangat dengan wajah kekanakan Diana Danielle. Cute macam Hagemaru gitu. Tahniah kepada team GLAM kerana berjaya membawakan konsep yang menarik ini untuk majalah mereka.

Lagi beberapa keping gambar Diana Danielle dalam majalah GLAM dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit sepenuhnya kepada Facebook GLAM Malaysia.