Written by serenity | March 21st, 2013

Hasil kutipan filem-filem Malaysia di Pawagam secara keseluruhannya tidak begitu membanggakan pada tahun lepas, namun tahun 2012 menyaksikan dua filem tempatan diiktiraf oleh pengkritik-pengkritik luar iaitu filem Songlap dan Bunohan.

Bagi kami ini satu perkembangan yang menarik, bila pembikinan filem lebih menepati citarasa global, penayangan filem-filem Malaysia yang berkualiti di pesta filem asing memberikan gambaran yang baik tentang kualiti filem negara.

Tahun ini, satu filem yang kelihatan baik terutamanya dari segi solekan kesan khas bakal muncul di pawagam tidak lama lagi. Filem ini berjudul Paku, diarahkan oleh P. Rameesh dan membariskan pelakon seperti Johan As’ari, Aishah Ilias, Diana Johor, Azad Jazmin, Kamal Adli, Diddy Hirdy, Wan Hanafisu, Zaidi Omar, Sidik Hussin dan ramai lagi.


Secara ringkas, Paku mengisahkan Fahmi yang sanggup melakukan apa saja untuk mendapatkan kembali isterinya Rania yang meninggal dunia selepas melahirkan anak sulung mereka, temasuklah menusuk tengkuk jenazah Rania dengan paku. Apa kata saksikan treler filem ini untuk mendapatkan serba sedikit gambaran tentang filemnya? Jom!

Lagi gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya. Maklumat lanjut, sila like Facebook Filem Paku.

 
Written by serenity | January 2nd, 2013

Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan oleh pihak Excellent Pictures hari ini, filem terbaru hasil kerjasama syarikat tersebut dengan syarikat filem milik Datuk Yusof Haslam, ‘Gangster Celop’, sebuah filem aksi komedi akan menemui penonton mulai 21 Februari 2013 di hampir 70 pawagam seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei.

Filem ini diarahkan oleh Ahmad Idham, akan menampilkan Syamsul Yusof, Kamal Adli dan penulis blog popular dan cun yang kini menceburi dunia lakonan, Hanis Zalikha.

Saksikan treler filem ini di sini:

Written by AbangNara | November 27th, 2012

Sabtu lalu bertempat di The Pool, Ampang, telah pun berlangsung majlis EH! 20 Yang Anggun Dan Disenangi. Untuk yang tidak mengetahui, EH! adalah salah satu majalah yang sangat popular di Malaysia. Majlis ini diadakan untuk menunjukkan penghargaan kepada selebriti-selebriti tempatan.

eh

Antara selebriti yang hadir ialah Izara Aishah, Fahrin Ahmad, Intan Ladyana dan ramai lagi. Paling mencuri perhatian ialah Intan Ladyana yang tampil comel dengan dress serba pink. Memang comel level gadis Melayu.

eh

16 lagi gambar selebriti-selebriti popular tanah air di majlis ini dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar Facebook Shahrizal Photography.

P.S: Amalan ajarah Syiah di India dan Iran.

 
Written by AbangNara | September 27th, 2012

Intan Ladyana nie kalau jadi awek Abang Nara dah lama dah Abang Nara ajak kahwin. Mungkin Kamal Adli ingin mengukuhkan lagi kewangannya sebelum melamar Intan. Namun kata orang, jangan tunggu lama-lama, nanti lama-lama dikebas orang.

intan ladyana

Pasti ramai yang terpesona dengan kecantikan Intan Ladyana ketika menghadiri majlis pelancaran BodyCurve daripada Cosry Fashion semalam. Muka Intan yang keanak-anakan itu pasti membuatkan banyak hati yang terpaut kepadanya. Lagi 6 keping gambar Intan Ladyana dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar kepada Ryaniez Moments Photography.

P.S: Cinta Butterfly, sebuah filem pendek percintaan Islam.