Written by Bella | November 19th, 2017

Perlakuan aneh Iqram Dinzly terutama sekali semasa beliau selfie di pusara arwah bapanya mengundang kritikan dan ramai yang mengatakan aktor tersebut sudah tidak waras dan mengambil barang terlarang.

Eksklusif menerusi ruangan Raja Mawar di Bipop Berita Harian, Iqram buat pertama kalinya membicarakan segala persoalan mengenai dirinya di media. Iqram memberitahu, beliau masih lagi waras dan tidak pernah berniat mahu meraih perhatian seperti yang didakwa sesetengah pihak, beliau cuma sengaja membiarkan orang ramai berteka-teki dan melihat penerimaan mereka.

Saya masih lagi waras. Saya tahu ramai yang melemparkan fitnah tetapi tidak mengapa. Mereka mungkin tidak mengenali saya luar dan dalam. Saya minta maaf jika membuat orang tertanya-tanya. Saya bukan mahu meraih perhatian umum, sebaliknya cuma ingin melihat, sejauh mana penerimaan orang ramai. Apakah mereka akan menerima saya seadanya atau sebaliknya? Saya hidup berlandaskan kejujuran, tidak perlu berpura-pura.

Mengenai gambar di pusara arwah bapanya, Iqram memberitahu tiada siapa memahami kesedihan di dalam hatinya dan kerinduaan terhadap arwah bapanya.

Saya menangis tiada siapa yang tahu. Saya dikatakan gila dan tiada adab apabila bergambar sambil berbaring di pusara arwah abah. Saya terlalu merinduinya. Kehilangannya begitu dirasai kerana selama hampir tiga setengah bulan saya menjaganya. Saya tidak pernah meninggalkannya sejak arwah terkena serangan angin ahmar pada Ramadhan lalu.

Bila manusia berkelakuan pelik janganlah kita mengatakan mereka tidak waras dan sebagainya. Kita tidak tahu apa yang mereka lalui dan kesedihan di dalam jiwa mereka. Kata-kata negatif boleh menambah penderitaan jiwa.

Sumber Berita : Bipop Berita Harian

Written by Bella | November 14th, 2017

Selepas dikecam kerana selfie di pusara arwah bapanya,  Iqram Dinzly sekali lagi dikritik netizen beberapa hari lalu apabila memuat naik foto beliau dan arwah bapanya yang sedang sakit dengan lolippop didalam mulut. Malah, Iqram juga kini sudah tidak seperti dahulu, banyak menyendiri dan tidak aktif berlakon.

Timbul pula spekulasi kononnya Iqram kini sedang menuntut ilmu yang salah dan ada mengatakan beliau sudah tidak waras. Sebagai seorang manusia biasa, Iqram nampaknya merasa sedih dan meluahkan rasa kecewa dengan persepsi negatif orang ramai terhadap dirinya.

Walaubagaimanapun, masih ada lagi yang memberikan sokongan moral buat Iqram dan berharap beliau bersabar dengan setiap dugaan.

Bukan semua orang faham apa yang berlaku terhadap diri kita dan lebih mudah menilai daripada luaran sahaja. Apa-apa pun, kami harap Iqram tidak putus asa dalam hidupnya dan pedulikan sahaja komen –komen negatif.

Written by Bella | October 24th, 2017

Gara-gara memuat naik foto “selfie” di pusara bapanya yang baru sahaja meninggal dunia akibat penyakit angin ahmar dan beberapa komplikasi lain, pelakon Iqram Dinzly mengundang pelbagai kritikan daripada netizen.

Menerusi foto yang dimuat naik olehnya di Instagram, Iqram tersenyum di sebelah pusara tersebut dan kelihatan buku Yassin di samping batu nisan. Netizen berpendapat perbuatan Iqram untuk “selfie” di tanah perkuburan adalah tidak sopan.

Walaubagaimanapun, Iqram tetap mempertahankan dirinya dan mengatakan tindakan beliau itu tiada salahnya di sisi agama Islam.

“Selfie” di pusara ataupun kawasan perkuburan isu yang agak sensitif. Tidak semua perkara kita boleh kongsi di laman sosial kerana ia akan mengundang kritikan. Mungkin Iqram patut berfikir dahulu sebelum memuat naik foto tersebut agar tidak mencetuskan salah faham.

Written by Bella | May 1st, 2017

Baru-baru ini, ruangan Mary Jane di sisipan Pancaindera di akhar Utusan Mingguan ada melaporkan gosip dimana seseorang telah melihat aktor, Iqram Dinzly mengunjungi sebuah kelab malam di Pulau Langkawi dengan memakai serban. Sejak daripada itu, ramai juga peminatnya yang tertanya adakah perkara itu benar kerana agak tidak sesuai untuk tampil sebegitu di tempat hiburan.

Terbaru, Iqram tampil membuat pengakuan bahawa beliau sememangnya ada ke kelab malam dengan memakai serban. Namun, beliau berharap masyarat tidak membuat andaian negatif kerana beliau tidak melakukan sebarang perkara tidak senonoh ketika berada di tempat berkenaan.

Ya, memang betul saya mengaku ada pergi ke kelab malam di Langkawi. Dengan memakai serban seperti mana yang diperkatakan oleh kolum itu di Pancaindera, ia memang saya. Sepanjang saya berada di tempat itu, saya tidak melakukan perkara-perkara yang terlarang.

Menurut Iqram beliau hanya ingin berjumpa dengan rakan-rakan dan dalam pada masa yang sama, gemar mendengar lagu dan muzik yang dimainkan di pusat hiburan berkenaan.

Bukan datang untuk berseronok sangat pun. Saya hanya ingin melihat suasana dan salahkah saya nak rapatkan hubungan dengan sesama manusia? Selagi perkara itu tak melanggar akidah saya sendiri, ia tidak menjadi satu kesalahan besar pun.

Saya sebenarnya pelik, kenapa ada pihak nak pertikaikan saya pergi kelab malam? Ramai lagi orang yang kita pergi ke sana untuk minum minuman keras tetapi tak ada yang ambil perhatian pun. Sebaliknya cerita saya pakai serban pula yang dijaja sampai ke Kuala Lumpur.

Sejujurnya kami rasa masyarakat mungkin tidak terlalu mencetuskan spekulasi mengapa Iqram ke kelab malam, cuma mereka berpendapat penampilan serban itu tidak sesuai dengan tempat dan keadaan. Perkara itu yang menarik perhatin ramai sebenarnya.  Apa pula pendapat anda?

Sumber Berita : Utusan Online