July 3rd, 2018

Pernah mencetuskan kontroversi kerana kelakuannya yang pelik sehingga ada yang menganggap beliau sudah tidak siuman lagi, pelakon Iqram Dinzly akhirnya sudah menemui semula dirinya pada 10 malam terakhir Ramadhan lalu dan kini menjalani kehidupan biasa seperti manusia normal.

Iqram akui cara beliau mengekspresikan setiap perasaan dalam jiwanya dan terlalu leka melayan diri membuatkan ramai yang salah sangka beliau sudah tersimpang jauh dari landasan Islam sebenar. Hakikatnya orang di sekeliling tidak akan memahami apa yang dirasainya sebaliknya dikecam pula.

Advertisement

Malu dengan perbuatannya itu, Iqram kini berjanji tidak akan mengulangi kerja gila yang beliau pernah lakukan.

Saya tidak kisah apabila dianggap sudah tidak siuman kerana hanya saya tahu, apa yang saya rasa. Apabila tersedar, saya malu dengan perbuatan sendiri. Saya bukan lagi Iqram Dinzly yang dulu. Terdetik juga di hati, apa sebenarnya yang saya lakukan? Saya terperangkap dan terpinga-pinga kerana tidak percaya dengan apa yang saya buat.

Cukuplah, saya tidak mahu buat kerja gila lagi. Dulu, saya fikir boleh berkongsi apa yang dilalui dengan khalayak, tetapi saya silap. Orang sekeliling tidak faham apa yang saya rasa.

Iqram dengan rasa rendah hati turut memohon maaf kepada semua pihak yang terganggu ataupun terguris hati dengan perbuatannya dahulu. Semoga selepas ini Iqram akan terus bersemangat untuk membuka lembaran baru dalam hidupnya.

Sumber Berita : BH ONLINE

Advertisement
June 26th, 2018

Tentu ada yang masih ingat kontroversi yang melanda pelakon Iqram Dinzly sekitar akhir tahun lalu selepas beliau sering beraksi lucah, menari dengan gaya pelik dan mengeluarkan kata-kata kesat menerusi akaun Instagramnya kepada netizen.

Pada waktu itu ramai yang mempercayai Iqram sudah tidak waras ataupun mengamalkan ilmu kebatinan yang salah sehingga berkelakuan sangat aneh. Mungkin juga beliau mengalami tekanan perasaan selepas kematian bapanya.

Advertisement

Namun,  baru-baru ini, Iqram menerusi portal BH ONLINE memberitahu berkat 10 malam terakhir Ramadhan yang lalu, beliau sudah menemui dirinya yang sebenar dan kini kembali hidup seperti manusia normal.

Saya temui semula diri yang dahulu dan kembali menjalani hidup seperti manusia normal lain. Saya bertemu mereka yang berilmu untuk bertukar pandangan. Mungkin ini yang dikatakan rahmat bulan mulia.

Saya tidak gila, cuma bersikap gila -gila. Alhamdulillah, semuanya sudah kembali seperti asal dan ia berlaku pada 10 malam terakhir Ramadhan lalu.

Dalam pada itu, Iqram akui beliau rindu untuk berlakon semula tetapi tidak mendapat sebarang tawaran gara-gara isu beliau didakwa tidak waras. Apa-apa pun, kami harap masyarakat di luar sana terus memberikan kata-kata positif buat Iqram agar beliau lebih bersemangat untuk kembali bangkit daripada apa yang sudah berlaku.

Sumber Berita : BH ONLINE

Advertisement
February 23rd, 2018

Kali ini kami bukan hendak siarkan gosip ataupun kontroversi mengenai Iqram Dinzly tetapi simpati dengan nasib malang yang menimpa beliau sehingga mengalami kerugian RM10,000 apabila rumahnya dipecah masuk pencuri. Beberapa barangan berharga sepeti jam tangan, telefon bimbit serta komputer milik arwah bapanya telah dicuri.

Hanya beberapa jam selepas memuat naik status rumahnya dipecah masuk, Iqram memuat naik pula foto kereta jenis Honda CRV miliknya yang rosak teruk di bahagian “bumper” kerana terlanggar tembok. Insiden itu berlaku kerana Iqram memandu dalam keadaan penat dan mengantuk.  Bagaimanapun, Iqram tidak mengalami sebarang kecederaan.

Advertisement

Ditimpa ujian yang agak berat, Iqram tetap tenang dan sabar. Buat beliau, apa yang berlaku adalah suratan takdir dan mempercayai ada hikmahnya tersendiri.

Advertisement
February 16th, 2018

Selepas dihimpit pelbagai kecaman kerana cuba mengganggu persembahan Altimet di AJL 32, pelakon kontroversi Iqram Dinzly akhirnya tampil memohon maaf. Iqram akui beliau terlalu asyik melihat persembahan penyanyi rap tersebut sehingga “naik sheikh”.

Iqram juga tidak terasa dengan kenyataan Altimet yang mahu memberikan beliau “buku lima” sekiranya beliau berjaya naik ke atas pentas.

Advertisement

Memang silap saya, saya minta maaf kepada Altimet, saya ‘naik sheikh’ melihat persembahan beliau. Saya pun tidak sesempurna mana, cuma mahu beri sokongan kepada beliau. Saya tak rasa apa-apa membaca tweet tersebut, saya anggap sebagai teguran. Insyaallah kita sama-sama belajar tentang adab dan adat.

Pada masa yang sama, Iqram menafikan dakwaan produksi TV3 yang mengatakan beliau beberapa kali cuba untuk menceroboh persembahan Altimet. Selepas sekali dihalang beliau terus ke belakang pentas untuk sesi temu ramah bersama portal Tonton.

Sumber Berita : mStar Online

Advertisement