Written by Bella | November 9th, 2017

Beberapa hari lepas, nama Mira Filzah menjadi bualan hangat dan dikecam netizen gara-gara beliau mengenakan pakaian “inner” warna kulit ketika ASK 2017 yang kurang sesuai dengan imejnya sebagai seorang muslimah.

Mira berkata beliau sedikit pun tidak berkecil hati dengan teguran mahupun kecaman yang diterima dan sudah menjadi lumrah sebagai seorang selebriti dimana setiap perkara pasti akan mendapat perhatian ramai.

Mereka akan berminat untuk memberi komen. Cuma, apabila komen itu lebih ke arah kecaman dan negatif, saya tidak mahu ambil pusing. Apatah lagi hendak berasa kecil hati kerana saya sedar zaman sekarang memang netizen sangat aktif memberi komen di laman sosial.

Saya ingin menjelaskan warna sebenar baju itu adalah kuning gelap dan tidak mengikut langsung warna kulit saya seperti didakwa. Malah, baju itu juga saya gayakan dengan palazo dan tudung pun masih dipakai labuh menutup bahagian dada.

Apa yang berlaku menjadi pengajaran buat Mira dan beliau berjanji akan lebih berhati-hati dalam pemilihan pakaian mahupun warna untuk digayakan agar ia tidak lagi menimbulkan fitnah ataupun salah faham di masa depan.

Sumber Berita : Harian Metro

Written by Bella | July 25th, 2017

Selagi belum mempunyai kekasih dan mempunyai rencana untuk berkahwin, pelakon Mira Filzah tidak akan boleh lari daripada soalan tentang jodohnya. Mahu bergelar isteri dan mengimpikan untuk mempunyai keluarga sendiri sama seperti orang lain, Mira bagaimanapun tidak mahu terlalu terdesak untuk mencari cinta dan akan menunggu jodoh terbaik buat dirinya.

Saya tidak pernah tolak untuk berkasih-kasihan, saya juga tidak tolak untuk ke jenjang pelamin pada bila-bila masa. Cuma jodoh saja belum tiba. Barangkali perjalanannya tersekat akibat kesesakan jalan raya.

Saya teringin akhiri hubungan cinta dengan baik, tetapi masih menunggu. Tidak guna untuk mendesak membuat keputusan demi kesenangan hati pihak lain. Saya percaya masa itu akan tiba jua, cuma bukan sekarang. Lagipun, tiada apa yang perlu dirahsiakan apabila bergelar anak seni. Lambat-laun peminat dapat hidu juga dengan siapa saya berkawan.

Terdahulu, Mira pernah dikatakan bercinta dengan Zizan Razak selepas beberapa kali bergandingan bersama di dalam drama dan filem serta memuat naik foto mesra bersama di Instagram. Walaubagaimanapun, Mira dan Zizan menafikan gosip tersebut dan menjelaskan hubungan mereka tidak lebih daripada seorang kawan sahaja.

Sumber Berita : Harian Metro

Written by Bella | January 10th, 2017

Mula menceburi dunia hiburan sebagai pelakon, populariti Mira Filzah membuka peluang untuk beliau bergelar pengacara pula. Meskipun ia langkah yang agak baik untuk mengukuhkan lagi nama dalam industri hiburan tanah air buat Mira, tetapi ada pula sesetengah pihak tidak berpuas hati dan mendakwa Mira terlalu tamak.

Namun, Mira memberitahu beliau tidak bersifat sebegitu tetapi hanya merebut peluang yang datang.

Saya bukan tamak cuma apabila mendapat peluang tersebut, saya cukup gembira. Mengacara adalah impian saya. Dahulu setiap kali cuti semester saya akan menyertai pertandingan pencarian bakat.

Namun selalunya tidak berjaya. Ketika itu saya anggap belum tiba masanya lagi. Tapi Alhamdulillah… sekarang saya mendapat peluang yang sememangnya tidak disangka-sangka.

Jujur, siapa yang tidak kenal dengan nama Mira Filzah bukan? Beliau mempunyai jumlah peminat yang agak ramai juga diluar sana. Ramai juga yang tertanya bila agaknya Mira akan beraksi di layar perak.

Walaubagaimanapun, Mira akui beliau belum bersedia dan merasa yakin untuk berlakon dalam mana-mana filem.

Tahun lepas saya mendapat beberapa tawaran berlakon filem, cuma saya belum bersedia. Tidak yakin dengan kemampuan diri. Saya akan kutip pengalaman dan belajar lagi supaya lebih yakin. Kalau nak kata saya terlalu selesa berada pada tahap sekarang, mungkin jawapannya tidak.

Peluang tidak datang dua kali dan adalah langkah yang baik untuk Mira merebut apa sahaja tawaran yang ada. Pedulikan apa orang kata, mereka cuma cemburu melihat kejayaan orang lain.

Sumber Berita : Utusan Online

Written by Bella | November 24th, 2016

Populariti Mira Filzah membuka peluang untuk beliau menjadi pengacara bagi program 3 Juara di TV3 gandingan bersama Ammar dan Issey.

Lumrah sebagai selebriti, ada penonton yang mengkritik Mira kelihatan agak kaku sebagai pengacara dan hanya bergantung kepada gandingannya.

Walaubagaimanapun, Mira tidak cepat melatah dan menganggap setiap komen dan kritikan yang beliau terima sebagai pembakar semangat untuk memperbaiki kelemahannya ketika mengacara.

Ada juga komen [negatif] sebegitu di media sosial tetapi saya ambil ia sebagai benda positif. Didominasi Issey dan Ammar? Tidak sama sekali, masing-masing main peranan. Mira memang perlukan mereka untuk melengkapi antara satu sama lain.

Bila program realiti macam ini, seronok ada mereka menceriakan suasana sebab Mira tidak boleh buat kelakar.

Malah, Amar dan Issey juga berpendapat bahawa Mira melaksanakan tugas yang diberikan dengan baik. Mira juga mempunyai bakatnya sendiri cuma cara penyampaian beliau kelihatan agak sopan berbanding pengacara-pengacara di luar sana.

Sumber Berita : THE MALAY MAIL ONLINE

Kredit Foto : azriannaphotography